Monday, 8 February 2016

Perangai mama

Kisah 1


Waktu makan dekat restoren ayam penyet dengan mama and intan, aku makan habis semua sayur yang dihidang dengan ayam penyet itu. Sebab aku memang tak suka makanan tak habis. Walaupun kenyang selalunya aku akan sumbat jugak la. Walaupun sayur yang aku tak pernah makan, macam terung goreng (tak pasti terung goreng berlada ke namanya haha). Sejak dah dewasa ni, memang pantang betul makanan tak habis, taktau kenapa. Pastu mama cakap "eh mama taktahu hang suka makan terung!".



Sejak hari tu, mama asyik masak terung berlada tu. Siap tanya aku, mana lagi sedap, compared dengan dekat restoren tu. Siap dia tak makan, or makan sikit je sebab nak tinggalkan untuk aku.





Sebenarnya aku nak cakap yang aku tak suka pun makan terung.


.....







Kisah 2


Waktu tengah makan, mama letak tempe dari pinggan dia ke pinggan aku, "nah tempe. hang suka makan tempe kan". (sebab aku bagitau yang aku asyik makan tempe je dekat sarawak)



Pastu aku cakap "eh mama ni. Nape tak makan tempe. Makan la".



Mama cakap, "sorry, mak kite tak ajar makan tempe".



Berlagaknya.



"mak kite pun tak ajar!", kata ku.