Saturday, 10 May 2014

Kolej Matrikulasi Perak, kenangan terindah


Assalamualaikum~

ni waktu dekat matrik, tu couple chopstick dengan nisa. lamanya tak makan maggi eh


Tetiba ada mood pulak nak update blog. Cuti lepas habis matrik seriously rasa macam kau dah takde tanggungjawab, separuh bebanku pergi (tajuk lagu?), relaks like a bawse kat rumah, baring atas katil sepanjang hari tengok movie. Makan tidur makan tidur. Tapi disebalik jasad yang berehat dengan bahagia ni, hati aku still tak tenang. Fikir pasal UPU.... Fikir pasal dapat U mana pasni... siapa tak takut wei kalau dapat course lelong sebab result sem 2 ni. Hadoii.... apa pun, hanya mampu berdoa dekat Allah je. Takleh putus harapan! Result belum keluar pun lagi so jangan give up!! 

Duduk dekat rumah rasa pelik. Aku dah tak rasa macam pelajar. Relaks sangat pun pelik, ko ni..... Yela, duduk matrik, sampai tidur atas lantai kau menghafal. Tersengguk sengguk ku gagahi jua. Kenkadang buat kerja kat bilik study sebab takut tidur je lebih kalau study bilik, sampai balik bilik pukul 2-3 pagi, pastu naik tangga asrama sambil doa doa tak berselisih dengan akak rambut panjang baju putih. aaaaaaaaa


aku dah jatuh cinta. ottokae

Siapa ni cuba teka? Adik Cheon Song Yi. #mylovefromthestar

Duduk rumah cuti ni, selain tengok cerita korea je keje, aku ingat nak pergi jogging, keluar peluh menyingkirkan toksin dalam badan, yeahhh. Tapi harapan jela, bangun pun lambat. Kat matrik dulu selalu jugak jogging lepas subuh, rasa macam productive gila hari yang dimulakan dengan senaman, selain ia mencegah kau untuk tidur balik lepas subuh.


btw tujuan sebenar aku ialah nak cerita pasal kawan kawan kelas aku dekat Kolej Matrikulasi Perak ni. ehehe.



Izzanurain. Kawan baik, dimana sahaja selalu bersama. Kenkadang buat kerja kat bilik dia berakhir dengan tetidur atas katil dia sampai tengah malam baru sedar. Perkara biasa. Dia bukan nak kejut, kata kesian la nampak letih la. Padahal aku ni yang tak sedar diri, boleh tidur di mana mana sahaja ahahahaah bahaya betul. Selalu gelak bila lecturer buat lawak, lagi dia gelak bila tengok muka aku yang serius bila lecturer buat lawak. Apa yang lawak pun aku taktau.




Maria Munira~~~partner physics selain Chong. Rindu gila kat maria...selalu buat kerja pelik pelik dengan dia. Selfie time lab, pastu dulu ktorang lab physics pagi pagi, so orang macam aku yang tak reti turun awal selalu lapar dalam lab. Bila lapar, memang takde mood nak buat experiment. Pernah sekali konon nak pergi tandas, tapi ikut tangga lain, bukak lab coat, pergi bistro, makan. hahahahaha ya Allah rinduuu sandwich bistro TT^ TT

Aku selalu singgah bistro jap sebelum masuk lecture hall, beli sandwich pastu makan dalam lecture hall. Bakat aku ialah makan dengan laju, selalu melahap dalam lecture hall umpama takde orang nampak. ala sapa nak tengok pun. lecturer pun relaks je. mihihihi. Selalunya kalau malas nak comot comot dalam lecture hall, aku beli biskut je kat ksiswa. Ya Allah rinduuuu lagiiiiii......dulu aku ni dah macam supplier makanan, bawak keluar biskut dalam beg, semua orang pandang tertarik kat aku, amboi


last day of kuliah with maria :)




ni Chong. hahaha partner lab physics. ktorang tiga orang sekali dengan maria. Chong boleh kata leader la ahaha. Dia yang tahu every experiment. Mungkin sebab ktorang selalu jadi group paling cepat siap, bila sekali experiment tak jadi, rasa sedih semacam.

Chong ni la yang start panggil aku pengedar dadah, asal ngantuk je, panggil aku mintak dadah. hahahaha. Sebabnya? Aku ada something yang boleh hilangkan ngantuk. ala gula gula mint je, tapi yang sangat pedas. kan aku ni dah macam supplier makanan. Macam macam ada. 

Apabila Chong amik gamba, hah, blur je semua. hahahah


Last day of kuliah with Chong.





Safekah, hahaha kawan aku yang paling lawak. Suka buat something yang unexpected, contohnya, waktu aku present physics kat depan, dia tetiba menari lagu girls day kat tempat duduk dia, bagi semangat. ceh. pastu Syafiqah Baharuddin, classmate aku paling comey, heheh, maria punya bestfriend, selalu melekat. Ada 4 orang Syafiqah dalam kelas aku, jangan memain. lepastu Jahira, selalu tanya aku pasal Izzue Islam. Tengah tengah aku putus cinta dengan Izzue, boleh pulak dia tanya, isteri Izzue dah pregnant ke belum..wuaaaaaa TT^TT

Classmates aku ramai so tak mampu la nak citer semua. Apa yang pasti, aku rindu gila kat dorang semua. Betul wei apa kata lecturer lecturer semua, lepas matrik, kamu rindu macam mana pun, susah nak jumpa balik, semua dah tercampak merata rata seluruh Malaysia mungkin luar Malaysia pun ada. Sobs. Walaupun pahit harus ditelan jua. //ewah








ni waktu last lab Chemistry dengan Madam Chai. //nampak ke mana madam? haha


Aku lebih suka experiment chemistry la kalau nak compare dengan Physics and Biology. Sebab aku suka campur campur liquid pelik pelik pastu ada reaction pastu bau busuk nak pengsan. Tapi sebenarnya mula mula aku mana suka lab Chemistry, terlalu bahaya untuk aku. Selalu aku minta partner aku yang tolong masukkan chemical dalam test tube, sebab aku takut sangat benda tu kena tangan aku. Setiap kali lepas lecturer briefing pasal experiment, terus aku grab goggles dengan gloves sebab kenkadang tak cukup atau dapat yang longgar. Orang lain semua takmau pakai goggles tu sebab nanti ada garisan kat muka lah, nanti tudung tak betul la, hidung penyet lah. Aku memang sangat takut kalau tak pakai. hahaha. Terutama bila kena ambik chemicals dekat fume cupboard. Pastu bila kena tuang chemicals yang tak guna dalam satu tong. Tapi lama lama, hilang dah fobia tu. Lab partner aku dalam lab Chemistry ni sangatlah caring, haha. Bila aku terkena chemicals ke, terbuat beaker pecah ke, dia tolong tengok tangan aku, pastu tolong basuhkan siap gosok gosok dengan sabun lagi. Aku rasa macam budak budak pun ada haha. Thanks to Farah :)


Mungkin sebab physics ni, dia lebih kepada pengiraan, so agak boring bagi aku. Tapi lab Physics la paling sempoi, enjoy je buat experiment. Lecturer best, lecturer aku Sir Redzuan, selalu cakap "siap cepat boleh balik!!", aku apa lagi, terus terbayang bistro! ceh


Dalam lab Biology pulak, kau jangan harap dapat relaks camni, aku selalu berada dalam keadaan tegang waktu lab Biology sebab lecturer nya amat strict. All Biology lecturers are scary for me. Selalu tanya soalan, kalau dapat jawab pun, still rasa seram. So jangan la berani masuk lab Bio ke, tutor Bio mahupun lecture Bio dengan tangan kosong, MESTI kena study dulu. Partner Biology aku, Nik. Oleh kerana meja ktorang kat depan sekali, and dia je lelaki kat meja tu, selalu kena soal. Waktu experiment tikus paling tak boleh blah, aku boleh menggigil nampak tikus bergerak, dahla Nik ditugaskan pas pas tikus dekat semua pelajar. Aku dah takut camner nak handle sorang, nasib baik Madam kata kat Nik jangan bagi tikus kat aku lagi, tunggu Nik dah setel duduk dengan aku dulu. Loser gila


Kalau modul satu, memang kena usaha lebih. Takleh merungut. Siapa suruh kau nak ambik modul satu kan, haaa.... Aku pernah rasa menyesal kenapa la aku tak tukar modul 2 atau 3 je. Tapi sebenarnya modul mana mana pun ada kelebihannya tersendiri. Selalunya, course yang kritikal upu akan beri peluang lebih dekat budak modul 1. Sebab full science. Tapi, modul 2 dengan 3 lagi senang nak score. Bagi aku, yang penting pointer tinggi, tak kisah la modul berapa pun. Usaha tangga kejayaan!!





dulu selalu merungut sebab bangunan tutor tinggi sangat, sekarang rindu
dulu selalu merungut lauk cafe tak sedap langsung, sekarang rindu.... terutama ayam goreng cafe mama T.T selalu beli ayam cafe mama dua ketul, sampai rumet terkejut.
dulu selalu cakap aku nak balik, aku nak balik.
dulu selalu nangis bila homeworks banyak sangat nak kena siapkan satu malam.
dulu bila lecturer sebut pasal "mak" sikit aku dah rasa air mata nak keluar, betapa homesicknya duk perak ni.
dulu tidur tak menentu, selalu bahayakan nyawa minum nescafe setiap pagi sebab takut tidur dalam lecture hall.
dulu nak release stress selalu pegi lepak bilik tv dengan budak kelas tengok running man pastu gelak macam dunia kita yang punya.
dulu lepas balik kelas, penat, tak balik bilik, tapi pegi baring kat sofa kat bilik tv sensorang.
dulu kat bilik, heaven gila bila tetiba ada orang bawak balik makanan. Agaknya selalu belajar selalu lapar..
dulu selalu tunggu hari jumaat. Hari Jumaat tu paling heaven la dulu. Mood tetiba jadi baik bagai.
dulu selalu outing dengan roomates, shopping tak ingat dunia.
rindu.......


Tak mungkin aku lupa la kenangan kat KMPk ni. Walaupun sekejap, walaupun 10 bulan je, macam macam aku belajar, macam macam aku lalui. Nak jumpa lagi mungkin susah, tapi kalau ada jodoh  tak kemana :)


Salam rindu dari saya, muahhhhxx



ps : doakan aku dapat dapat course upu yang terbaik untuk aku ye :)

Thursday, 1 May 2014

Roommates KMPK tersayang



Assalamualaikum.

Dah kenapa mula mula dah letak gamba dekat laluan asrama lelaki..

Siapa budak kmpk mesti familiar dengan tempat ni, tempat amik angin petang petang, tempat melepak walaupun kerja tak siap lagi, tempat tengok lelaki hensem jogging, tett

Takdela, aku tak pernah suka kat lelaki hensem. Aku suka lelaki beriman je.

uuuuu~

Dah dua hari dah aku relaks kat rumah lepas keluar matrik. Sungguh la, rindu. Aku ingat lagi, aku masuk matriks dalam keadaan kelam kabut sebab baru keluar PLKN. Semua urusan parents aku yang setel sebab tu aku macam blur sikit waktu mula mula orintasi. Waktu dah start belajar, aku selalu terfikir kalau aku buat keputusan betul untuk masuk matriks ni. Bila aku rasa macam susah sikit, aku nangis waktu solat, aku tanya kat Allah "betul ke aku layak ada kat sini?". Aku ingat lagi, waktu aku dapat tahu yang rayuan upu kena tolak sebab aku dah daftar matrik, aku rasa frust sangat sebab aku nak keluar matrik, aku tolak semua barang bersepah kat lantai, pastu nangis kat atas katil sampai tidur. Dengan roommates aku pun aku tak cakap. Annoying nya aku masa tu.

Tapi roommates aku baik, tak pernah pun ungkit apa apa. Tak pernah pun sakitkan hati aku.

pinky girls~ waktu pergi ceramah anti couple, dengan wawa, dengan lin. Dua dua budak kelantan. The best roomates ever!!

waktu tengok night movie. syue and nisa~ ^^

Rindu gila kat korang, Sumpah saya rindu (boleh buat tajuk novel)

MEh aku kenalkan rumet aku, 4 orang semuanya, berminat boleh whatsapp ye. Bukan whatsapp saya, whatsapp bapak mereka ye. Sekian.

urutan ni random je.

1) Lin

im gonna miss this girl a lot. Rumet aku yang paling lembut hatinya. hahahahaha. Dia selalu takut nak kejut aku, serius weh dia takut kalau aku mengamuk hahahaha lawak. Dia selalu kejut lembut lembut. Aku ni takde makna nak terjaga orang kejut lembut sangat, kalau orang kejut bising sangat pun aku tak suka. (semua tak suka, dahtu, ko bangun sendiri lah!!)

Lin ni selalu stress tak study lagi tak study lagi, tapi selalu dapat markah tinggi, huh. Pastu selalu tengok cerita anime kat laptop, tapi kerja siap sokmo.

Lin lah yang selalu teman aku makan, bila rumet aku yang lain busy dengan hal masing masing. Kalau takde lin, aku makan sorang sorang, buat kerja dalam bilik sorang sorang. Pastu lin ni macam perempuan melayu terakhir. Aku harap nanti kat u, lin dapat kawan yang baik macam aku yang tak rosakkan pemikiran suci dia hehehe. Untung dia dapat aku yang baik ni. Nanti kalau kat u ada budak pompuan nak gaduh ke nak buli ke, kontek ai ye, biar ai tarik rambut dia. Pastu kalau ai kalah, ai panggil syue haha

Lin, jaga diri bebaik tau. Rindu nak dengar lin panggil ana~




2) Syue

Syue ni rumet aku yang paling bergaya. Pastu paling garang dengan orang lain kecuali rumet. Kalau orang buli, report je kat syue. hahaha. Kalau ada orang nak gaduh rebut mesin basuh dengan kite, call je syue suruh turun. haahaha. tapi tak pernah la lagi orang cari gaduh dengan aku, berani depa nak gaduh.

Apa yang aku suka, syue selalu bawak balik makanan, memalam kalau keluar mesti bawak balik makanan. Kalau waktu balik rumah, mesti bawak balik makanan banyak, suka suka!^^

Syue suka tengok citer hindustan, mungkin sebab dia dari kedah? kan orang orang kedah ke penang ke suka tengok citer hindustan...kan...eheh. Kalau aku, memang tak. Setiap kali aku cakap yang aku tak minat tengok citer hindustan, mesti rumet, dengan classmates pandang pelik, belagak tui tak tengok citer hindustan. hahahaa. Ada sekali tu, satu bilik nak tengok cerita hindustan apa tah tak ingat tajuk, tutup semua lampu, aku layan jela duk atas katil syue. Aku sampai tetidur sebab lama sangat, yang lain duk feeling sambil pegang tisu. Aku tidur, bangun, tidur, bangun balik, tak abis abis lagi citernye. apakah....

Oleh kerana ramai orang ngejek aku sebab tak tengok citer hidustan, aku start copy beberapa cerita hindustan masuk laptop. ngehehe aku yang dulu bukanlah yang sekarang~~

Sekarang ni aku baru habis nangis baca surat syue. Syue, kalau aku mampu, betul aku akan buat kita semua jumpa balik.Ai takan penah lupa syue. Sayang syue sangat sangat. Rindu sangat sangat. :( Thanks for everything u did for me, tolong copy citer korea kat anum lah semua hahha~



3)Wawa

                       

Budak yang sehari tak gaduh dengan aku tak sah. Selalu gaduh, sampai semua rumet aku kena tenangkan ktorang.  hahaha. Bila gaduh je aku akan cakap "EH SIAPA LAGI TINGGI SEKARANG? SIAPA?" sambil cekak pinggang pastu jengket kaki, pastu dia akan buat gaya macam dia kena buli, mengada gila. Pastu dia ni, suka tengok cerita korea straight sampai habis! Sanggup tak tidur tak makan, bergerak untuk solat je. Aku selalu jadi macam makmak "kalau nak tengok cerita korea kat laptop ai, tak boleh tengok sampai habis semua episod pastu tak buat keje, kalau tak ai simpan laptop dalam locker. takleh tengok langsung!". hahaha rindunya nak bising kat wawa.

Aku selalu baring kat katil wawa sebab aku malas nak kemas katil. Serius aku buat macam katil sendiri, kalau wawa ada, kena la baring dengan aku hahaa. Sebab tempat wawa sejuk dan best~~

Dulu waktu mula mula jadi rumet, aku tak faham apa wawa cakap sebab dia cakap kelantan. Aku macam geram, apesal la tak cakap luar, sini bukan kelantan, hahaha. Stress gila dulu, nak cakap dengan dia kena pakai annisa sebagai translator.  Sebab nisa kacukan kelantan so dia faham la jugak. Pastu lama lama, aku faham sendiri. Pastu selalu marah bila wawa menggedik try cakap luar dengan kawan dia hahaha 
Wawa, janji tau, datang shah alam dengan aisyatul, pastu jalan jalan dengan ai, dengan nisa! 

*Wawa still sambung matrik sebab dia program dua tahun, sama dengan aisyatul, my schoolmate, so wajib folo aisyatul datang sini nanti !!!




4) Nisa
\


Rumet aku yang paling semangat exoooo hahah, She loves food so much. I love food toooo. Selalu stay up study, rajin tau. Pastu suka buat lawak sengal. Dia macam syue jugak, suka nyanyi sensorang. Pastu rakam suara sendiri hahahahahahaha. Pastu tukar jadi macam suara pondan la, aku failed tahan gelak bab ni. Pastu suka buat suara doraemon. Kalau aku tengah mandi, tetiba dengar suara doraemon, sah la dia ni. Cita cita nak kerja part time jadi belakang tabir latar suara doraemon.

Nisa jugak pandai rap, hahaa, hebat bak ang. Kau reti ke rapping lagu kpop laju laju?, haaaaa

Paling payah nak kejut. Dia dengan aku sama, katil paling dekat dengan pintu, tapi haramm nak dengar kalau ada orang ketuk pintu kalau tengah tidur. Tidur mati. Alarm phone pun sama. Alarm phone aku dengan dia, harammmm nak dengar, rumet aku yang katil hujung yang bangun. hahaha. Even orang lalu kat depan bilik pun boleh dengar, siap tanya "alarm siapa yang bunyi macam nak pergi perang tu". Nak pergi perang ko cakap? Tu lagu B.A.P baru ganassss/ (ganas pale hotak hang, bangun nye tak jugak)

Nisa la peneman naik bas balik rumah, pergi outing, tengok cerita korea, tengok running man, entah kenapa apa yang aku suka, dia pun suka, even my chinese crush, dan dia punya chinese crush pun aku selalu ter-usha. lol. Crush share takpe, hihihi. But i like my crush more la.

Banyak sangat aku lalui dengan dorang. Susah senang, gelak macam orang gila dalam bilik, menari lagu kpop dalam bilik kalah girls generation ke girls day, terutama bila nisa menari lagu exo, nangis exo kalau tengok wei, main tali skipping dalam bilik tengah tengah malam sampai kawan aku bilik bawah takut nak stay up dia ingat pebenda la lompat lompat tetengah malam, hahahah maaf dipinta, haha pastu lagi teringat macam mana stress study sampai rasa nak muntah. I'll miss u guys a lot, sebab aku ni jenis yang susah nak move on. Selalu teringat benda yang lepas. Kalau aku sayang, aku sayang la. Susah nak tetiba dah tak sayang.

Semua korang, kahwin nanti, jemput aku!! Sanggup aku pegi kelantan ok. Ya ALLAH takleh bayang kalau dorang dah kahwin, waktu tu mesti aku dah tua. lol


Matriks life taught me a lot about life and friendship. Kawan dekat u nanti manakan sama dengan matriks....

Goodbye to you my trusted friends..

I'll  make sure that one day, we'll meet again!!! Sayang korang sangat sangat sangat!


Pasni aku nak tulis pasal classmates pulak. Orang orang yang aku sayang jugak, yang banyak ajar aku, yang banyak berfoya foya dengan aku lepas kelas, yang layan aku ngantuk dalam lecture hall. Lepasni lepasni.. Byebye

Nak sambung tengok emergency couple.