Tuesday, 4 February 2014

Pakcik Bas



Hola!

Kakak aku dah balik uitm haritu, cuti dia sampai ahad minggu lepas je walhal cuti aku sampai ahad ni. Entah la nak gembira ke apa sekarang, ahaha. Sebab... kalau kakak aku takde siapa nak bawak aku keluar berfoya foya. sobs


So tinggal la ku sendiri...


Haritu sebelum cuti midsem, ktorang budak module 1 habis exam awal berbanding module 2 dan 3 yang amik sc comp mahupun budak akaun. So bahagia tidak terkata aku dan wawa enjoy di dalam bilik sebab ktorang dua je module 1 tak amik sc comp. Sesekali rasa bahagia apa salahnya asyik nak stress je nanti cepat tua pula. So ktorang balik naik bas. Yang lawaknya, ktorang yang budak bas kl sentral adalah yang terakhir kat situ dan ktorang batch kl sentral yang terakhir. Mana tak nya, bas bas sebelum ni bila ktorang masuk je, dah ramai jaga tempat untuk kengkawan dia, satu kampung kut kawan dia, punya ramai! Lama wei nak tunggu untuk bas seterusnya. Waktu tengah duduk duduk tunggu bas, muka semua dah macam kecewa rasa macam nak cuti sini jela ambik upah cuci asrama. Lepastukan, ada la abang guard yang tak belajar kemahiran dinamika, boleh lak dia jerit "KL SENTRAL!" banyak kali konon macam bas ktorang dah sampai padahal takde pun! Pastu dia gelak gelak. Serius rasa macam nak langgar perut dia yang tak muat nak butang tu dengan traktor mesin rumput. Tak lawak la! Ni aku rasa sebak tetiba ni

Ktorang tunggu dari pukul 5, pukul 7 baru bas sampai. Dan bas tu aircond rosak.


Pastu masuk jugak la dalam bas tu. Abistu kau nak tunggu kat depan kolej tu sampai malam ke

Dalam bas tu, memang la panas, bahang weh, bas mana boleh buka tingkap lak tu muahaha. Pastu pakcik bas tu cakap nak stop jap kat r&r sebab nak tukar bas. Pastu ktorang pegi la beli makanan dan duduk dekat depan surau membelakangi toilet. Time tu dah rasa macam pelarian, serius. Dengan tetiba ada serangga spesies aku tak blaja, bunyi kuat gila and dia macam terbang ke arah aku. Aku? Mestila jerit! Pastu serangga tu terkejut dia terbang langgar pokok pastu mati.

Dia langgar pokok weh....

Haih

Bukan salah aku.


Pastukan bas pun sampai sejam kendian lepas tunggu macam dah boleh bentang khemah dah kat tepi highway tu. Pukul 8.30 malam, baru naik bas. Pastu dalam bas yang gelap tu kan, aku tidur -___- Sekejap terjaga, tudung aku dah terkebelakang nak terkeluar semua rambut, sekejap terjaga, tudung aku dan terkedepan nak tercabut. Nampak tak betapa tak sedar diri aku tidur -__- Pastu sampai kl sentral, tudung aku dah tak gaya tudung. Seb baik keluar keluar bas terus lari masuk keta nisa. lalalala. Sampai kl sentral tu pun dah pukul 11 lebih. Sungguh aku tak mampu nak tersenyum waktu tu. eh memang aku tak suka senyum


Aku dah buat keputusan pasni balik aku nak naik train je daripada naik bas. AKU TAKNAK NAIK BAS!!! Bukan sekali kejadian kena tunggu berjam jam ni terjadi. Dan bila nak habis matrik baru aku terfikir idea nak naik train ni, luls, tah pape tah --"





ps : pin upu dah boleh beli. aku tengah terfikir untuk sambung studi jauh sket, cetttt padahal perak je pun dah homesick. eh tapi actually tu bukan homesick kut......tapi still aku taknak sambung studi dekat dekat dengan rumah, entah

Monday, 3 February 2014

Pengalaman paling tragis 2013 - PLKN



Dulu waktu aku check nama untuk PLKN, tak pernah terlintas langsung aku akan terpilih. Sebab kakak aku pun PLKN jugak dulu, dan entah kenapa aku percaya khabar angin yang cakap kalau ada abang or kakak yang pernah masuk PLKN, kta takan terpilih dah. DUsta belaka itu semuaa

So aku pun buat preparation macam biasa, tak rasa apa lepas tahu ada kawan lama aku masuk jugak, nama dia A, rasa macam apa nak jadi, saya redha. Tapi tak sangka dalam banyak banyak kem plkn, aku kena masuk kem yang sama dengan dia dekat rembau sana. Apa aku boleh buat kan. Allah knows best.

Hari pendaftaran tu aku terlambat, lol, aku kan. ahahaha. So aku pun jadi dak dak yang batch bas yang terakhir kat stadium tu. Rasa macam blur semacam je time tu sebab takde kawan kan. Ke memang aku takde perasaan. Jolina pulak dah lama naik bas padahal kem dia kat selangor jep, huh. haha. So dalam bas, lepas je tak nampak bayang mama dengan papa, aku terus nangis. Lawak tak, AHHAHAHAHA. Sebabnya budak cina belakang aku pun nangis -__-


Sampai je kat kem, dengan mata yang sembab, aku masih lagi blur, taktahu nak pegi mana. Bas turunkan ktorang kat depan dewan makan, aku tengok semorang macam dah habis makan. Maklumlah aku sampai paling last heh

And lepas kena spotcheck bagai, encik tu suruh aku check nama kat list, tengok aku kompeni apa katanya. Aku pun pegi mencari nama aku kat list tu, dan tulah pertama kali aku perasan Mazaleeia pun kem tu jugak. Gembiranya hatiku waktu itu, cewah. Lepas pendaftaran and sukat berat bagai, aku pun disuruh makan. Oleh kerana aku sensorang so aku blur lagi. Taktahu tray makan tu kat mana. haha. Lepastu aku dapat tahu Mazaleeia tak sama kompeni dengan aku :( maknanya tak sama dorm :( dia bravo, aku charlie. /eh tetiba bila sebut nama kompeni, aku rasa macam goosebumps, sebab aku sangat rinduu wuwuwuw




Pastu kat dorm aku boleh relaks baca novel yang ada orang hadiahkan, lalala. Itu yang kengkawan aku kat PLKN selalu ungkit, waktu first time dorang kenal aku, dorang ingat aku budak yang relaks baca novel atas katil tuuu. haaa. Pastu ktorang kena pegi dewan makan pastu kena amik uniform dekat bilik logistik. hmm tulah saat yang paling sengsara dalam hidupku. sebab uniform dia banyak dan dia letak dalam satu beg palstik hitam, kau kena angkat sendiri, dengan boot lagi. Waktu tu dahla hujan renyai. Aku macam pasrah je seret plastik tu dalam hujan. Lemah sungguh aku time tu sebab sikit sikit berhenti, kawan aku semua berhenti bawah bumbung, aku je yang berhenti tengah tengah hujan sebab dah tak larat lol. haahahaha. Oh ye lupa nak cite, kat bilik logistik tu la waktu aku amik baju baju uniform aku, aku jumpa A, pastu aku macam er nak buat tak nampak ke tak, er, huh. Dahla aku yang terakhir perempuan, belakang aku semua lelaki, so waktu encik yang tukang catat size tu minta size uniform baju seluar boot kasut sukan, aku kena cakap kuat kuat size aku. ah


Ok tu jela pengalaman hari pertama aku. Waktu tu aku still blur teramat, masih tak pasti apa aku kena buat pasni, nak pegi mana pasni


Pernah gaduh tak dalam PLKN?


Wah macam interview diri sendiri je ni.

Memang gaduh weh, sampaikan waktu practice nasyid, kawan aku boleh nangis, orang semua ingat dia menghayati lirik lagu nasyid tu padahal dia stress. lol. sebab gaduh gaduh ni la aku pegi setuju sign borang pelepasan awal. Lepastuu menyesal! Eh yeke aku menyesal? hahaha. Takde lah, aku sign borang pelepasan awal sebab dapat matrik. Pastu sedih kena tinggalkan semua orang orang kesayangan aku, termasuk? pakcik alpha (F) yang selalu kejut aku bangun tidur setiap kali aku nak berehat lalalalala


Tapi bila keluar dari kem, segalanya hanya tinggal kenangan. untuk semua orang. bukan aku ye, semua orang lain. Manis la tapi. Kat mana lagi manis berbanding plkn? Tapi kenkadang aku rasa macam manis manis pahit. gitew



Ada orang cakap kat plkn ktorang tak mandi? wah wah wah, sebelum subuh lagi dah mandi tau. Tapi kat plkn ni suka buat kau kena cecepat salin baju lain padahal peluh kau tak kering lagi. haaaa jangan membayang k jangan.


Lepas solat subuh jemaah pakai full loreng, dalam keadaan tengah ngantuk tu aku gagahi jua sarung semula boot kat tengah tengah jalan, pastu beratur nak pegi padang kawad. PT nama dia. lalala rinduu pulak nak sebut itu, PT! physical training kut tapi lebih kepada aku lari keliling padang sambil nangis. Kat plkn la aku belaja tidur di semua tempat, contohnya time ni lah, time tengah jalan dalam baris lepas solat subuh pegi padang kawad, ngantuk sangat, betul :( sambil baca ikrar dalam gelap tu pun kekadang tersentak, ngantuk sangat :( tapi yang indahnya, waktu waktu ni jela dapat merasa matahari naik, hari mulai cerah lepas subuh. Sangat cantik Subhanallah. Waktu ni je dapat rasa, pas masuk matrik, lepas subuh sebelum pegi kelas kena kelam kabut baca nota lecture -___- pfftt. Lepas habis pt pagi, sarapan, lepastu kena kelam kabut balik dorm nak tukar baju kelas pulak.



Satu hari, waktu aku tengah nak tukar baju kelas, aku tengok seluar kelas aku takde! Aku tersilap pegi hantar dobi dua dua seluar! Aku pun menggelabah sebab takleh suka suka pakai seluar lain kalau tak kena lari padang /yelahtu kauu pastu aku pun tanya semorang dalam dorm tu, ada tak seluar lebih, nak pinjammmm. Pastu semorang takde, sebab hantar dobi jugak. Ada lah kawan aku tetiba jadi penyelamat bagi pinjam seluar dia, tapi kecik! apa boleh buat, aku pakai jugak lah


Waktu tengah dalam baris nak pegi kelas, aku relaks je jalan belakang dengan Nad (TOC kompeni aku) ahaha. Pastu tetiba aku rasa dorang semua jalan cepat, aku dengan Nad macam kat belakang. Tengah tengah aku bercerita dengan Nad, tetiba pakcik alpha, F (dia kompeni alpha sama dengan A) yang jalan lambat sebab kononnya pimpin kawan dia S (yang kononnya sakit kaki. ceh). Tetiba pakcik ni tegur "woit, jalan cepat sikit! Gosip je tahu, nasib baik cantik" (eh ni S yang cakap sebenarnya, F sopan je memula) pastu aku pun jeling. K. hahaha 'cantik' tu kena kecik sikit agar anda tidak muntah haha. Aku dengan Nad pun jalan blah jauh sikit dari dorang pastu aku dengar dia jerit "eh awak kenapa pakai seluar senteng?" omg ada orang perasan aku pakai seluar pinjam, aku pun tarik Nad jalan lagi laju, pastu dia jerit "senteng! nama awak siapa?" pastu aku dah tak dengar sebab aku dah belok masuk kelas. Malu sebenarnya. Dalam kelas, memang tak selesa la dengan seluar tu pastu kena duduk bersila dalam bulatan kumpulan, ergh aku tak tidur dalam kelas haritu. Sekian.


***Untuk memudahkan proses anda membayang, S ni gemuk sikit, manakala F tinggi dan tak gemuk. jajaja


Sejak haritu, bila aku dalam barisan nak pegi kelas, mesti nampak F dengan kawan sejati dia tu jalan kat tepi, bebudak yang sakit kaki ada excuse la untuk tak jalan dalam barisan. Bebudak yang sakit kaki dengan budak yang baik hati macam F pimpin kawan dia. Pastu F tanya nama aku secara serius, dah tak panggil senteng kahkah

Haritu, aku kena hanta makanan kat budak kompeni aku yang sakit kat medic (bilik sakit), pastu kat depan pintu medic tu aku tak reti nak tutup pintu sebab tombol pintu rosak, tetiba S turun tangga dekat depan medic dengan F, S sengih cam biasa aku tak faham kenapa perlu,
pastu F tanya

"buat apa kat sini?" 


"kenapa masuk medic?"


"sakit apa?"


aku cakap aku hanta makanan je, pastu S sibuk buat urut urut dada bajet macam lega, nyampah ai.
F pulak senyum je.

Senyum kambing.



Dekat plkn dulu, waktu dalam surau, perkara paling feveret ialah zikir lepas maghrib. Kat sini waktu zikir, semorang semangat gila, bergegar surau tu dengan suara wira dengan wirawati. Ada satu zikir ni yang paling kuat

Cintakan bunga, akan layu
Cintakan manusia, akan mati
Cintakan Allah, kekal abadi
Itulah cinta, cinta yang sejati.

Hasbi Rabbi bahasa melayu.

Bila lalu kat dewan makan pun, aku dengar dak dak wira zikir ni. ahaha

Serius rindu suasana dalam surau. Baca mathurat setiap kali lepas maghrib sambil tertidur di pertengahannya. Kawan sebelah aku dah tahu dah, time aku baca mathurat, dia akan tolong tutupkan di pertengahannya. muahahaha. Memang waktu ni semua orang penat dan ngantuk sebenarnya (aku la yang paling over), tapi bila bukak tirai, amboi, tetiba hilang ngantuk. Bagi mereka la. Aku tak! Aku still rasa mamai dan bengang kenapa dorang kena bukak tirai. Tak boleh bagi aku rehat dengan aman damai, nak jugak bukak tirai pastu ter-eye contact dengan ustaz. Tapi ustaz relaks je, dia tak pernah marah setiap kali aku kena jumpa dia dengan ajk ajk lain, eh lupa nak cakap, aku ni ajk surau kompeni aku. Mihihihihi. Ustaz, saya takan pernah lupa ustaz tau! :(








Yang pasti dalam kelas ada buat benda pelik ni setiap kali start kelas, iaitu lukis peta minda tentang apa yang kita telah buat sepanjang hari semalam punya. Memang aku tidur waktu ni. Lawak tau tak kat plkn ni, that moment bila budak botak muka gengster habis panggil aku "ana" dengan nada lembut pastu semua kawan aku tahan gelak. ahaha. Dan macam mana aku rasa nak nangis setiap kali kena lari padang waktu pt pagi. Aku lari satu round pun tak habis, wira alpha boleh pulak lari dalam baris sambil nyanyi lagu macam nak pegi perang. Aku menyampah betul bila kena lari taktahu kenapa. Pastu waktu ada kena mengundi. Kononnya dorang nak bagi kita rasa pengalaman sebenarnya mengundi. Kenapa tah A jadi penjaga kotak undi kat kelas tempat aku mengundi pastu aku tak letak kad undi tu betul betul aku biar je dia tersekat dalam lubang pastu A ketuk dengan pembaris, amboi, protes nampak. Tapi lawak gila aku dengan Iffa, ktorang lah yang paling semangat tampal poster parti ktorang kat merata tempat sampai hampir gaduh dengan parti lain. Politik tak ingat hahahahaha mazaleeia pulak jadi macam media reporter bahagian berita lah yang kononnya temu ramah setiap parti (ada dua parti je), pastu kalau media macam interview parti lain lebih sikit, ktorang marah. ahahahaha lawak. 


Pastu kat plkn jugak aku biasakan diri minum air kosong yang panas di hari yang panas. Lepas kawad berjam jam tengah panas tu, dia just bagi kau air kosong panas je, saya redha. Tapi memang penat sebab aku yang jarang sakit ni pun (cewah) pernah rasa nak pengsan jap.

Waktu first time mak dengan ayah aku datang melawat, serius rasa macam lama sangat tak jumpa, first sekali nampak papa, papa tanya "camner duk sini? Ok tak? haha" waktu tu tetiba je, tetiba je, aku rasa aku ternangis sikit. lol farhana kau kenapa hahahah


muka tak jelas pun still aku kenal bahahaha. Waktu ni dorang nyanyi Kau Ilhamku.



Aku rindu. Banyak sangat kenangan. Dan ada la beberapa lagu yang aku takleh dengar sebab bawak balik semua memori ni. Waktu dalam kelas, cikgu suruh semua yang akan balik untuk pelepasan awal keluar ke depan, pastu yang akan stay tu nyanyikan lagu Kau Ilhamku. Waktu tu macam malu semacam sebab yang nak keluar pelepasan awal berdiri bertentang mata dengan yang akan stay. motipp





Kalau aku nak cerita semua sekali pasal plkn kat sini mungkin tak tidur la aku malam ni. Banyak. Tak tercerita aku. Biarlah ianya jadi memori terindah untuk aku. erk walaupun memori pahit pun banyak!

Kem PLKN Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan. Kumpulan 2, Siri 10/2013