Tuesday, 26 February 2013

Random


Assalamualaikum.


Aku taktahu nak cerita apa dulu sebab aku ada beberapa benda nak catat di sini, err.




 Aku baru habis baca Twenties Girl. Daebak! Ed Harrison sangat manly~~~~~~~ dan kacak! aaaaaaaaaaaaaaa. Suka sangat. Kadang-kadang aku tak faham dengan apa yang Lara fikir, kenapa mesti kita kena bersungguh-sungguh terkejar-kejar ex-boyfriend? Obviously, kalau dia betul suka kita, dia takan putuskan hubungan. Kan? Lambatnya nak tunggu Lara kena lempang dengan realiti.


Because you can want and want and want.” She turns away, hugging her knees. I can see the bony line of her spine through her dress. But if he doesn’t want you back… you might as well wish the sky were red.” 

-Sadie Lancaster



 Malam tadi, actually beberapa malam ni, sebelum tidur, aku asyik terbayang result SPM. Terbayang hasil segala usaha aku. Terbayang saat aku bangun dekat dataran dan berjalan dalam barisan nak masuk dewan. Terbayang bayang bayang. hahah. Aku ingat lagi yang aku buat banyak latihan dekat satu part dalam tajuk alkene kut? dan turn out benda ni tak keluar langsung dalam paper Chemistry.



 Awkwardnya bila aku tengah tengok Starking, dan ayah aku decide untuk tengok sekali dengan aku. Tetiba ... ada lelaki pakai seluar dalam keluar tayang otot. er aku tak sure tu seluar dalam atau seluar pendek ketat. (╯°□°)╯︵ ┻━┻



 Tengah hari tadi, jiran aku buat apa tah dengan rumah dia. Renovate bahagian dapur kut?. Bunyi bising tu sangat jelas dekat tingkap bilik aku. Aku tak dapat layan youtube dengan tenang. Tapi sekejap jela. heh :B



 Aku baru tahu Erul masuk KPOP Star Hunt. hahaha. Sebab aku tak ikuti pun benda tu dekat tv sebabnya? Aku tak suka orang Malaysia jadi artis kpop. Apatah lagi orang Melayu? Orang cina boleh diterima akal la. Macam mana orang Islam nak survive jadi artis kpop ni?



 Gambit akhirnyaaaa dah tersingkir dari Fear Factor. Partyyyyy
Moral of the story : Kita hidup di muka bumi ni bukan sahaja kena jaga hubungan dengan Allah, tetapi juga kena jaga hubungan sesama manusia.
Dahla partner Gambit, si Alif tu kacak. -___- Tapi of course la bagi mak aku, Dazrin paling terkacak sekali. Masih tak pasti kenapa (¬_¬)


 Cara untuk rasa sedih teringat kenangan-kenangan waktu sekolah senang je, layan gambar dekat fb, gambar yang kena tag tu. Baca komen. Baca inbox, yang penuh dengan conversations lama. /eh perlu ke


 Dah lama tak makan karipap :(


 Tak suka cara fangirls dekat China main rempuh je Kris dekat airport, pastu halang jalan dia. Dahla dia sorang-sorang waktu tu.


SM patut sediakan bodyguards untuk Exo! Scary ok fangirls dekat sana.



 Oh ya, aku nak share video favourite aku. hihihihi. Putih gila Daehyun! Bila artis korea datang Malaysia, dorang tetiba nampak macam putih gila, padahal waktu dekat Korea biasa ja -.-


Jangan baca comment dekat youtube. Stay innocent ok. haha


 Aku baru edit blog. Girlish tak background ni? lol. Taktahu nak guna background apa lagi T T   Dan aku taktau nak tambah apa lagi dekat sidebar T T  twitter punya widget gedabak sangat T T


 Tak dapat nak luahkan macam mana betapa aku kagum dekat orang yang pandai melukis. Kelebihan tu. *o* Kalaulah aku ada kelebihan tu jugak.... Macam mana rasanya meluahkan perasaan melalui lukisan agaknya....


 Tetiba aku terfikir, kalau dekat universiti/matrikulasi nanti, kalau aku jumpa orang yang ada minat yang sama dengan aku, nak ke aku kawan dengan dia? hahaha. Maksud aku, tetiba kan, aku jumpa orang yang claim yonghwa tu boyfriend dia. Mesti aku sedih. ok mengada


Bye!



ps : bila tetiba radio mainkan lagu girl on fire tu, tetiba aku teringat cikgu aku sing along lagu tu dalam kereta dengan penuh perasaan "THIS GIRL IS ON FIREEEEEEEEE!!!!  THIS GIRL IS ON FIREEEEEE!!!" haha. Actually semua lagu dia nyanyi sekali. Aku tahan gelak je drive sebelah dia. 

Wednesday, 13 February 2013

Kisah sedih

Pada satu hari, seorang gadis berjalan melangkah ke dalam bilik. Belum sempat sampai ke katil, beliau telah rebah ke lantai. Mungkin sebab sedih sangat kut? Baring atas lantai yang sejuk sambil pandang ke siling. Tiba-tiba dia mengeluh. The end.



Yang penting, kena ingat,

Gagal sekali












bukan bermakna

















takan gagal lagi lepasni. -Nurie




bai ! nak nangis sambil dengar lagu Bruno Mars.

♫  ek ek ek ek ek ek ek ek OOH  ♪ ♬


pft, tertekan gila


Monday, 11 February 2013

Lazuardi by Nasz

Assalamualaikum.


Wei apa kes pasal Rabiatul Afifah? Okay aku rasa dia memang cantik macam Yoona. Kan memang dalam dunia ni ada 7 orang muka serupa, untungla boleh serupa dengan Yoona -.- hm. Tapi of course la aku suka Yoona lagi daripada dia.  motipp



Haritu aku pergi popular sebab kakak aku nak redeem voucher buku dia, oh tidak, tapi aku pilih satu novel je, manakala kakak aku beli satu bakul -______- Masalahnya novel yang aku nak takde, Sweet Sour takde, tah pape la popular ni. So aku beli Lazuardi je la.




Aku baru habis baca malam tadi. Siapa yang tak baca lagi tak digalakkan baca tulisan aku ni sebabnya, spoil nanti. heh. Aku suka starting cerita ni dimana Shark masih budak sekolah, comelnyaaaa. Aku suka sangat persahabatan Odie dengan Anaz waktu starting. Tapi bila muncul je watak Ain dekat tengah-tengah cerita, aku dah terbakar. Aku start tak suka Odie. Kalau aku jadi Anaz, susah untuk aku terima Odie jadi kawan balik atas apa yang berlaku. Sampai hati Odie tak percaya dekat kawan sendiri, yang dah kawan dari tadika, yang dah setiap hari kongsi cerita suka duka, sampai hati!


Sampai dekat tengah cerita, berdarah darah peparu aku baca.



Lepastu ending dia ringan je :) Si Ain ni memang la penjenayah tegar. Cuma aku terfikir, betul ke wujud orang jahat macamtu? Yang benci orang tanpa sebab munasabah pastu bersemangat buat macam-macam nak tengok orang tu susah. Bersemangat gila sampai dia hidup hari-hari sebab nak plan apa lagi nak buat bagi orang tu susah apa lagi nak buat ni apa lagi. Takde kerja?!


Aku nak cakap aku kagum dengan Shark. Aku suka dia :B


Dia sangat matang. Dia tak kedekut langsung nak tolong Anaz (yang aku rasa kena mandi bunga bawah jambatan sebab nasib malang sangat!). Shark juga penyabar sebagai seorang suami. Mengikut cerita-cerita motivasi perkahwinan yang aku baca *motif baca?* Dalam rumah tangga ni, kalau ada masalah dengan pasangan tak kira serius mana pun, kita kena cuba membaiki hubungan, cari jalan penyelesaian. Ibarat macam, kalau rosak baiki, kalau rosak baiki, kalau rosak baiki. Bukannya macam kasut, kalau rosak, buang, beli baru. Dalam rumah tangga, bila ada masalah, kena bijak guna akal nak baiki balik hubungan bukannya give up dengan hubungan yang dah rosak and start a new life with a new partner no no no, ini bukan kasut. Sebab perkahwinan yang kita nak mesti la untuk sampai seumur hidup. Eh apekes aku samakan rumah tangga dengan kasut? Sekian.




Okay sampai mana tadi aku puji Shark? Oh dan juga, Shark ni tak berpura-pura, contoh kalau dia suka Z, dia tunjuk yang dia suka. Kalau dia tak suka C, dia tunjuk. Shark juga pandai dan boleh diharap, macam kalau homework/assignment kau tak siap tapi kena hantar esok, tak sia-sia minta tolong dia. Actually kan, kalau aku ada boyfriend, aku tak suka minta tolong pasal pasal ni -____-


Yang si Anaz pula, memang pemikiran dia tak sama macam aku atau mana-mana gadis cliche di luar sana, dimana dia banyak buat aku bengang. Sekarang bukan zaman cinderella lagi nak hidup tragis harapkan prince charming tolong pakaikan kasut -.- Kita sebagai perempuan kena la kuat! Contohla, kalau Anaz dengar orang tengah menfitnah dia atau bercakap buruk-buruk pasal benda yang dia tak buat, apa yang Anaz buat : hanya berdiam diri sebab malas nak layan. What the fish?
Dia tak rasa bertanggungjawab pun untuk clearkan orang lain punya salah faham, yang melibatkan dia pula tu. Dia relaks je buat tak dengar, kebalnya hati kau. Tapi sebenarnya bagus juga macamtu, after all, silence is the best revenge.


Watak Odie pula, aku suka waktu awal je. Tapi kecewanya aku sebab senang sangat dia dipengaruhi oleh anasir luar. Rapuh sangat kepercayaan dia walaupun dah lama kenal Anaz daripada Shark kenal.


Aku rasa, watak Nueq macam sikit sangat, serius cakap. Dahla dia kawan Shark :( .Watak Lily waktu last last pun sikit, takde pun actually? Hm. Tu je. Yang lain semua okay! :D







ps : Esok ada kelas driving

malasnyaaa

Friday, 8 February 2013

Things will get better

Assalamualaikum.


"Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah" sebenarnya melibatkan banyak situasi. Betul la tu. Aku rasa semua orang pernah lalui cuma mungkin ada yang tak perasan. kut


Aku harap sangat boleh sambung belajar cepat. Memang waktu form 5, aku impikan kehidupan lepas SPM yang aman damai tanpa sekolah tapi entah aku taktahu apa yang aku fikirkan masa tu. Sekarang setiap kali masuk kedai buku, hanya kisah nak beli novel dengan komik je. Rasa pelik bila lalu dekat alat tulis, tak singgah pastu test semua dakwat pen kat situ. hm


Kadang-kadang kan aku terfikir, mesti dia ingat aku mesti ingat aku sombong, or kera sumbang? Mesti dia tak suka aku. Agaknya dia rasa tak kalau aku takde kan best. Aku cuma terfikir je.




Apapun terjadi, aku taknak lah pessimist sangat. Walaupun aku sedih, aku cuba rasa bahagia. Walaupun aku jealous, aku cuba berlagak biasa. Masuk bilik air rasa macam nak nangis pun, aku akan cuba nyanyi lagu yang ceria dalam tu. haha. Kadang-kadang, rasa sedih kita akan rosakkan rasa gembira orang lain, so tak perlu la nak tunjuk kita sedih. sebab one day things will get better.


Aku just nak sambung belajar cepat-cepat. Nak buktikan, yang aku takde la useless sangat. heh



BTW?


guess what?

kompilasi under 18~ ni otw nak pergi klinik teman intan pasang braces.



lain kali pergi sini, pakai stokin. Sejuk tak ingat.




ps : Teacher: If you have 10 chocolate cakes and someone asks for 2, how many do you have left?
  • Me: 10


Tuesday, 5 February 2013

Midnight rant

Assalamualaikum :)




Tahu tak, tak semestinya kita berasal daripada keluarga yang jahat penjenayah terhina sekalipun, kita tak boleh jadi baik, tak semestinya kita berasal daripada keluarga alim ulama kita akan jadi baik. Hati kita Allah yang pegang. Semua orang nak jadi baik, tapi orang yang kuat je yang boleh push diri dia jadi betul-betul baik. Soalnya, aku pun taktahu aku ni kuat ke lemah.


Disini aku nak cakap matlamat aku, aku nak jadi baik. Aku nak jadi anak yang baik. Aku nak jadi kakak dan adik yang baik. Aku nak jadi kawan yang baik. Aku nak jadi hamba Allah yang kuat iman, tak lemah.


Tapi macam mana? Aku nak jadi anak yang baik, tapi aku mesti akan marah atau tinggikan suara bila mama cakap aku yang buat salah sedangkan tak. Aku nak jadi kakak yang baik tapi aku biarkan adik aku yang jumpa aku kalau diorang ada benda nak tanya pasal kerja sekolah, bukannya aku tanya diorang dulu. Sedangkan beria azam nak tolong Wafiy dengan Luqman buat kerja sekolah lepas habis SPM. Aku nak jadi kawan yang baik tapi entah la, aku taktahu benda baik apa yang aku sumbang, aku tak bawak apa-apa nilai murni pun. Aku hanya ikut emosi, bila aku marah, tanggunglah korang. huh. Aku nak jadi hamba Allah yang kuat. Pernah tak rasa malu nak berubah? Berubah ada banyak maksud ye. Aku selalu rasa macamtu, nampak sangat aku lemah. Aku nak jadi baik tapi dalam hati kadang-kadang ada rasa tak puas hati. Kalau aku tak suka dia, dia mesti akan tahu yang aku tak suka dia. Sebab aku tak boleh nak kawal apa yang aku rasa. Pernah tak kau tengok muka seseorang yang kau tak pernah bercakap pun dengan dia, tapi kau tak suka dia. Tanpa alasan kukuh. Macam mana? Macam mana nak cuci hati bagi bersih eh? Macam mana aku nak sentiasa positif sedangkan aku ni negatif sangat.


Kat akhirat nanti, segala perbuatan maksiat yang kita pernah buat akan ditayang. Waktu tu nanti ibubapa akan menangis tengok apa yang anak dia pernah buat.
-diba cakap dekat aku masa duduk waktu perhimpunan form3


Maksiat tu tak semestinya berzina. Semua orang tahu. Berpegangan tangan, bermanja-manja bila bercakap, tak jaga pandangan.


Aku tak ingat macam mana ayat dalam Versus tapi lebih kurang macam "pernah tak kau rasa, lepas kau mengaji, lepas kau bangun buat qiam, lepas kau solat sunat, kau rasa diri kau tu baik sangat". Riak.


Banyak ayat dalam Versus tu kadang-kadang buat aku malu sendiri. Actually semua buku Hlovate macamtu. Kadang-kadang, manusia pelik. Bila dah tengok kebenaran terang-terangan tapi masih memilih yang salah. Tapi kadang-kadang, sebab jahil ._.

Jahil dan lemah nak lawan diri sendiri.





ps : semalam aku terserempak dengan tikus dalam toilet. Aku hentak je kaki, bagai lipas kudung dia larikan diri.

Sunday, 3 February 2013

Happy sweet 18 Makcik Hidayah Nadwaa

Assalamualaikum~

Harini 3rd Februaryyyy




hari jadi akak gigi rabbit kite yang
















bercita-cita naik bela panda

heh --" konon pencinta haiwan :B

Happy birthday dear Hidayah~~ ^^ Bestnyaaaa kita dua dah 18, boleh buat perkara dewasa bersamaaaa, ahaks. Terima kasih sebab jadi kawan kita selama ni :) terima kasih sebab selalu halau awan mendung atas kepala kita and terbangkan sebijik pelangi di situ *ewah, terima kasih sebab sentiasa bawak aura positif awak tu, heh, terima kasih sebab walaupun dah tahu keburukan kita tapi still tak kisah kawan dengan kita, hihi

Semoga waktu umur 18 ni, awak dapat muhasabah diri sendiri tentang apa dia penghijrahan yang awak patut buat :) . Kita doakan awak jadi pelajar yang lebih cemerlang tahun ni *ehem, jadi anak yang baik yang bukan sekadar dengar kata ibu bapa tapi berusaha untuk balas jasa mereka satu hari nanti inshaa Allah. dan yang paling utama dapat jadi hamba Allah yang teguh iman :)





Banyak sangat memori manis yang tak tercerita di sini, memori dalam kelas, dekat jalan raya, depan gerai makcik micup, dekat tuisyen, dekat rumah kita, dekat rumah awak, dekat rumah semua orang, dalam panggung wayang, dekat ice skating punya tempat, dalam bilik nurie, lol. The moments may have ended but the memories lasts forever. 난 당신을 사랑 ~




you'll never know until you try


Semoga hajat untuk dapat Asasi UIA tercapai, inshaa Allah~



ps : buku fixi satuu!