Wednesday, 30 January 2013

Tulisan


Assalamualaikum~



Zain ni hensem kut, rambut tajam, hihi. Yang kawan dia aku taktahu kenapa macam syaiton sangat, dahla rambut penyet. Tak faham apa yang dia dapat kalau Zain bercerai dengan El. Besar dosa buat fitnah tau. Yang comelnya si Zehra, bagus betul pergi jerit dekat depan rumah Zain "kau memang jahat!" pastu nak cucuk Zain dengan kunci kereta. Lol. Waktu Zain kata kat El yang dia nak jadi suami yang soleh, aku hanya mampu ketawa, hohoho.


Nak jadi suami yang soleh ye, firstly, kena la berhenti minum arak, suka suka je kau minum air tu pastu kata nak jadi suami soleh tak lawak ok. Secondly, kena la jaga hubungan dengan perempuan bukan muhrim bukannya kalau nak lepas tension je keluar dengan pompuan, dah tahu Eliza tu gatal, kena la tolak dengan tegas! Katakan TAK NAK! Ni... taknak pun macam nak -.- Yang ketiga, kalau Zain nak jadi suami soleh, kena la jaga aurat isteri. Wallahualam. Pandangan aku je ni :)


Dan kat episod ni baru tahu yang El dapat masuk Asasi Sains UM! huyooo...... Tetiba terimbas borang upu aku T.T ah lupakan. Rupanya El muda lagi, aku baru tahu dia sebenarbenarnya baru 19 tahun. Lagi muda daripada kakak aku. Tapi dia nampak mature kut? So nanti Zain tinggal sorang-sorang lah nampaknya? haha


Siang tadi punya la bersungguh-sungguh aku isi borang, lepas dah siap, tunjuk dekat papa, dia kata "tulis la lawa sikit. tulisan macam budak darjah 6 je!". w--what? Ini semua sebab dah lama tak menulis, tulisan aku tak buruk :'(, wuu, balasan sebab dulu aku selalu complaint tulisan kawan aku. Papa, terima lah diriku seadanya....


tak ngantuk

tetiba mengantuk

tak boleh tahan dah wey, bantal please~


Tetiba je kan, haha. Ni gambar lama, waktu aku tengah salin jawapan trial Sejarah, cikgu Muniswari paksa suruh salin jugak walaupun ada antara ktorang yang dah ada skema -.- sambil dia baca jawapan, dia lalu lalang dekat sebelah aku, tetiba je kan rasa mengantuk datang menjengah --" so terseksa gilaa aku menulis sambil tahan ngantuk, kalau ikutkan, setiap kali ngantuk aku tidur je. Tapi waktu ni cikgu lalu lalang sebelah aku -_______- Dahla mood cikgu kurang baik lepas bagi result trial, so takan aku nak tidur pula, aura seram dia motivate aku supaya teruskan menulis jangan berhenti. Jauh di sudut hati, aku rasa cikgu perasan tulisan aku macam orang mabuk sebab dia sekejap sekejap berhenti tengok salin dah sampai mana. Entah la. haha


hm
once upon a time dah nak habis~
tak dapat tengok prince charming dah.
prince charming yang kacak.


Aku ingat seminggu sebelum pergi PLKN nanti, aku nak jogging setiap pagi. Pemalas gilaaa taknak jogging dari sekarang! Aku takut kalau kat sana tetiba kena berlari, badan aku terkejut. huh


ps : rindu nak pergi tengok wayang dengan mereka. sobs

Monday, 28 January 2013

Ayo STOP LEMME PUT IT DOWN ANOTHER WAY

Assalamualaikum




Hai. Hidup lagi kita semua. 
Sebenarnya aku malas nak online kebelakangan ini. Tengah mood nak baca buku and tengok tv je ._.

Ada beberapa situasi pelik berlaku beberapa harini. Hm.

Dalam kereta En Rafi. Aku duduk dekat tempat sebelah driver. Waktu berhenti dekat traffic light, En Rafi tarik benda warna hitam yang hadang tingkap tu apa nama dia eh? hoho (gelak gigi terkeluar). En Rafi tarik benda tu yang berada dekat tingkap aku. Pastu dia buka tingkap aku pula. Pastu dia suruh aku buka pintu. Aku yang terkebil-kebil dalam hati 'apa en rafi ni.....'. Dia suruh buka pintu banyak kali tapi aku macam err taknak buka, macam bongok kan? Sebab terpengaruh drama konon kena halau keluar kereta pastu kereta jalan laju tinggalkan kita. Dekat traffic light kut? Takan nak tinggal aku? Atau takan nak suruh aku lari pegi fotostat kat situ? Eh. Then aku buka juga pintu, dngan pantas En Rafi tarik penghadang hitam tu. Rupanya terkepit dekat pintu. Dia tampal benda tu dekat cermin dia. Waktu tu cahaya matahari terik sangat dekat sebelah dia. Sebab tu la.

Waktu tampal penghadang tu dekat cermin, dia kata "Panasnya. Hitam kulit saya nanti. kalau hitam, nak kena pakai losyen pula bagi putih". Err. Aku hanya ketawa tawar. Then dia kata "Suka ke lelaki putih ni? Macam lembut je. Lelaki yang hitam ni esok kahwin dapat anak handsome woo". Heh, no comment -.-

Haritu aku terbaca something dekat twitter, tetiba aku terfikir macam mana aku mati. Takut. Aku terfikir tentang kubur aku nanti. Sempit ke tak? Sebab semua manusia muda dalam kubur tu, semua tak jangka yang dorang akan meninggal seawal tu. Harini suka ria hu ha hu ha, esok buka mata kita dalam kubur. Dorang yang mati muda tu semua tak jangka pun. Maka, sama-samalah kita tingkatkan amal ibadat kita sambil elak-elak buat dosa. :)

Harini aku pergi metro awal dengan Encik S pastu tunggu En Rafi dalam office lama, dipendekkan cerita, aku dapat no 032 untuk QTI sedangkan waktu tu budak no 004 baru keluar pegi test. Nak tunggu no seterusnya pun hampir tumbuh misai aku, En Rafi agak turn aku mungkin waktu malam -_____-  Nurie kata "32 is my lucky number!". Okay. Maknanya sesuatu yang baik akan berlaku ke apa ni? Mula-mula aku pegi pondok motor tengok orang bawak motor (ramai gila orang......), pastu aku pegi office, bosan sangat aku pergi cafe. Waktu nak keluar cafe tu, terjumpa En S yang baik hati tanya nak bawak kereta tak? Dia nak ajarkan sekejap memandangkan aku 032. So aku pun ikut dia. Waktu baru naik bukit sekali, dapat call yang dekat office sekarang dah no 030. Cepat gila?. Okay memang lucky number. Yang ajaibnya, En S puji aku harini. Hihi. So QTI punya cerita, aku tak drive pun, macam biasalah kalau tengah hari orang pun malas, dia tick tick kertas aku sambil ktorang sembang pasal kucing. Lol. Siap exchange phone number lagi sebab kucing ._.

Then waktu keluar office tetiba aku terbabit dengan budak baju hijau yang meluahkan rasa tak puas hati dia. Okay aku tak tahu nak bagi kata-kata motivasi apa kat dia -.-


Pelik oh harini.

btw, tahun ni tahu pertama Exo masuk Idol Championship >///////<




haha. cute


eh?


eh budak ni


eh eh? dengan sungjong

L.Joe everywhere -___-




p/s : Aku dah rosakkan charger laptop dengan tak pepasal ia hasilkan "pop" sound. lol. Letupan mini T.T


Monday, 14 January 2013

Driving Class *phew

Assalamualaikum.

Aku balik dari driving class tadi, terus solat dan jalankan kerja stalk blog orang, lalala. Macam mana la novel aku nak habis macam ni T.T

Aku nak cerita yang harini cikgu lain yang ajar aku drive, nama dia Encik S. Encik S ni agak garang dan semua komen dia main cakap lepas, dia tak pendam. *bukan semua orang dekat metro macam tu ke* Aku ni bukannya tak pandai sangat cuma kemahiran untuk kawal klac tu kurang, kalau aku tersalah angkat ataupun kaki aku tergatai tekan brek, mati enjin. Harini, banyaaaaaaaak kali aku mati enjin :'( dan Encik S terus membebel, aku rasa tak puas hati sangat. Dia asyik membebel dan cakap "rosaklah kereta ni lepasni". Sebab aku tersilap masuk gear tanpa tekan klac. 




apekah -.- memang kereta merah dekat metro tu diwujudkan untuk dirosakkan pun! What do you expect Mr. S??! Tapi dalam sikap dia yang macam tu, dia sebenarnya berniat baik of course, kalau tidak dia, siapa yang nak mahirkan aku untuk naik bukit. Mungkin perasaan geram and tak puas hati yang aku rasa ni ditujukan untuk diri aku sendiri. Aku kena lebih focus dan ingat steps, tak boleh la expect orang nak sabar je duaplohpatjam kan.


Semalam, aku dapat cikgu driving yang paling aku puas hati cara dia. Nama dia Encik T. Supaya kamu lebih jelas, Encik T ni badan dia agak sihat dan muka macam takde perasaan sangat. Waktu aku drive, best gila, dia tak banyak comment pun. Sebab dia tidur. ha ha. Waktu dia ajar, setiap kali mati enjin je dia asyik ulang "freekan gear, start enjin", so bila enjin mati, aku cecepat freekan gear, start enjin pastu terus masuk gear, bagi mengelakkan dia bengang, hoho. Tapi dia tak marah pun, sabar je dia layan aku. Bila dia cakap kan, aku tengok muka dia macam bila-bila masa je boleh tetidur time bercakap. ok -,- Tapi bila aku hampir nak hentam kereta depan, dia boleh pula tekan brek. Ingatkan tidur tadi. Zufre (yang pernah diajar oleh Encik T) kata Encik T ni memang suka tidur and dia akan terbangun macam takde apa jadi. err ha ha. Encik T ni la orang pertama puji aku :D Waktu nak keluar kereta tu, dia cakap, "boleh ni, dah nampak gaya boleh bawak ni". Walaubagaimanapun, aku tetap tak puas hati sebab sekejap sangat dia ajar, lepastu terus suruh aku drive pergi cafe. haih --" Aku bukan apa, kalau satu hari tu belajar beberapa jam je, not worth my time la :( Bukan setiap hari dapat belajar drive. Dahla semalam tu, aku drive dalam hujan, best~ sebab sejuk, beku hidung aku siap boleh cabut simpan dekat poket beg.


Harini punya, aku pergi, rehat, balik semua dengan Syafiqah. Waktu lepas kelas, aku pergi sergah Syafiqah dekat cafe waktu dia tengah order air. Muka dia macam banyak benda nak cerita and aku pun banyak benda nak cerita, lol. Syafiqah dapat cikgu yang pernah ajar aku mula-mula dulu, Encik H. Aku tak tahu la Encik H ni ke yang Nurie pernah cerita pasal cikgu hensem yang ngajar dia tapi aku tak perasan pula mana-mana cikgu metro lain yang hensem (?) Sebelum Syafiqah start kelas dia dengan Encik H pagi tadi, aku dah cerita dekat dia yang Encik H pernah buat aku badmood dulu *over tau* dan untuk tak bagi Syafiqah takut, hehe, aku tak cerita la Encik H ni garang. Dulu waktu aku belajar dengan dia, mula-mula dia baik tau, cakap lembut je. Lepastu, dia dah mula membebel bila aku tersilap masuk jalan. Lepastu dia tanya "awak ni memang suka bawak kereta macam ular sawa eh?" sebab aku tak pandai kawal stereng. 




Aku diam je. Mula-mula bila dia comment, aku akan ok ok ha ok ha ok ha ok, tapi makin lama, aku dah takde mood, aku diam je, dia nak cakap apa, dia cakap lah, aku telan je setiap perkataan dia tanpa balas apa-apa. Dia pun mulai cakap lembut balik, sebab dia memang cakap nada tak kasar pun, aku tahu dia baik. Lepastu, waktu keluar kereta, dia cakap la dia minta maaf kalau ada salah silap bicara, aku angguk. First time kut aku tak cakap 'okay' atau 'terima kasih'. Walaupun Encik H dah buat aku geram, tapi hakikatnya dia dah banyak berjasa tau. Banyak benda yang aku first tahu daripada dia. So, sorry la sebab tak cakap 'terima kasih' haritu, terima kasih Encik H~


So Syafiqah pun menerima pengalaman dengan Encik H yang lebih kurang sama dengan aku. Jangan risau awak, kite pun kena marah tadi. heh


Lepasni aku akan belajar drive dengan ayah aku pula. Aku nak sangat cecepat setel test JPJ, so that I don't have to come to metro anymore. Penuh dengan tekanan dan kepenatan. Aku kena berusaha lebih gigih untuk maju hi yaaahhh!



p/s : Don't you think I was to young to be messed with?
the girl in the dress
cried the whole way home..

Thursday, 10 January 2013

I'm not ready yet


Assalamualaikum.

Malam ni takde apa pun aku nak tulis, sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Terbuku lah sangat. Aku suka kehidupan aku sekarang. Fangirling dekat manusia yang peluang untuk jumpa secara live hanya tinggal harapan, habiskan setiap hari buat benda yang aku suka, bangun lambat gila sarapan sekali dengan makan tengah hari, lepak dengan family, dengan bestfrreng, tinggalkan phone dekat mana-mana yang aku suka tanpa peduli text sesiapa.


Kalaupun aku suka sesiapa pun, contoh aku suka Pak Mat, aku tak pernah harap Pak Mat jadi boyfriend aku haha gila, kalau Pak Mat jadi boyfriend aku, rosaklah segalanyaa. Lagipun, perasaan aku berubah-ubah, aku tak pernah sukakan seseorang dalam jangka masa yang lama. err kecuali bebudak k-pop! dan Robert Pattinson.




Sesungguhnya, aku belum bersedia untuk pegang sebarang commitment sebagai kawan istimewa, No hard feelings. Aku bukan apa, cuma rasa hidup aku bahagia dan aman damai sangat tanpa sebarang err tanpa seseorang yang kita kena sentiasa jaga perasaan dia. Aku belum bersedia weh perlu ke bersedia -.- aku rasa nak demam bila fikirkan kehidupan berpasangan yang indah khabar dari rupa. Aku nak hidup macam aku suka, aku taknak hidup terkawal dan tak best lah. Aku tak suka lah ada boyfriend. Aku taknak ada boyfriend. Drama lebih. Apa pun yang terjadi, apa yang aku taknak, aku taknak. Aku nak hidup yang macam aku nak. Aku taktahu apa aku merepek, jiwa kosong~



Didi : Fana, i rasa awak lah yang akan kwen paling awal -.- Fana, jum la kwen lambat! I nak kumpul ilmu and harta banyak-banyak supaya sekufu dengan husben i nanti!

oi apakah? Jangan le cakap camtu, i pun takmau kwen awal. Kalau ye pun, tak semestinya orang yang kahwin awal tak boleh berjaya. Eh tapi kenapa tetiba cakap pasal kwen ni?! Dahla Adam Hawa dah habis. Ganti Sehangat Asmara lak tu. Hangat ke asmara tu, kahkah. Aku rasa tajuk dia macam untuk 18 and above kan? -.- eh aku la tu ottoke




Aku taktahu nak cakap macam mana betapa aku cair tengok Adi Putra berlakon T^T Aku lebih sukakan diaaaaaaa daripada Aaron Aziz. Taktahu kenapa, aku rasa badan Aaron Aziz tu bukan tough tapi lemak je lebih, biasala orang dah kahwin. Lakonan Aaron dalam Adam Hawa pun aku tak suka sebab dia macam kurang sweet la, muka serius je pandang Ain, kalau aku jadi Ain, lesing je muka Adam tuu tak mungkin aku jadi Ain, haha. Jom lah tengok gamba Sehangat Asmara? ohoho




pakai camtu pun aku dah rasa Rita lawa angat ^^






Izreen dengan anak Rita :)

Rita ni anak dah dua pun cantik lagi, semoga aku ada anak tiga nanti pun still kurus, mihihi. Aku tak kisah pun cerita ni beronak duri pun *walhal aku tak suka cerita banyak dugaan* sebab aku yakin dekat Adi Putra! Siang tadi, mama minta tolong aku hantarkan Wafiy dengan kereta, omg, mati hidup balik pun aku takan pegang stereng tu buat masa sekarang. Tunggu ye mama, nanti lepas dapat lesen i akan jadi driver Wafiy okie ;)




p/s : Ramai orang dah nak setelkan UPU, aku disini masih sibuk dengan Pak Mat pula, ceh, sebenarnya aku takut weh. Interview scholarship mak ai ketaq lutut baca pengalaman semua orang.


Wednesday, 9 January 2013

People I want to punch in the face


Assalamualaikum.




Semalam aku baru tengok Juvana The Movie tu, haha akhirnya. Waktu aku ambik cd tu dalam bilik mak aku.


Aku : Wafiy, best ke tak cerita ni? Last sekali siapa mati?
Adik aku : Last sekali Botak mati.
Aku : whattt? Tipu!
Adik aku : Betul lah! Lan yang bunuh!


Ah, aku tak suka cerita yang suka matikan watak utama. Walaupun begitu, aku tengok juga. Sampai dekat scene yang Lan gaduh dengan Apek, pastu Daim pulak nak masuk campur, memang tak lawak ok gaduh dengan pisau dekat tangan. Tetiba Lan tertikam  Botak. Aku dah sedih dah waktu tu, "aww, botak dah nak mati..." /motipp Pastu waktu kat scene depan mahkamah, eh, Botak sihat je duduk atas wheelchair.


Aku : Wafiyyyyyyy!! Kau kata Botak mati. Menipu lah kau nii. Penipu penipu penipu!
Wafiy : Memang dia mati lah!, Lan cucuk dia. Pastu dia hidup balik.







ps : Tahu tak kenapa orang boleh gelak waktu dia sebenarnya sedih? Sebab waktu dia gelak tu, dia terlupa realiti jap. lol


Friday, 4 January 2013

Saya Lapan Belas Tahun


Assalamualaikum :)

Yesterday was my 18th birthday and tahu tak apa yang facebook cakap ?!


huh i'm not happy

Okay whatever lah. Yang pasti aku rasa bahagia campur pelik sikit bila dah 18. haha. Waktu 17 tak rasa apa-apa pun. Aku buat ic baru tau tapi dengan fkjkrhkhjrwehjetwhjeifuvrfhgnyaa aku pakai tudung putih. Akhirnya aku kena pakai tudung yang disediakan, omg mood aku down gila masa tu. Geram sangat sebab semua tudung yang disediakan macam style indon tu. Macam nak hentak kepala sendiri dekat kaunter tu waktu abang tu suruh tukar tudung. Dalam tak rela aku pakai juga. sobs. But it's okay la, mak aku cakap aku still boleh tukar ic bila-bila lagi nanti kalau aku nak, heh




Walaupun hari jadi aku tapi aku kena tunggu jugak adik aku yang pendek tu balik sekolah sebelum potong kek. Budak tu macam biasa akan buat hari jadi orang macam hari jadi dia. heh. Aku malas pakai tudung so no picture of 18 me hoho

Sebelum tu sempat lagi aku buat kakak aku jeles mwhehehe


Oii pegi sana belaja jangan nak kisah makan bela badan je :p



budak kecik ni tak pernah tahu hidup dia bila dah besar akan jadi drama macam ni kahkah

Mama, terima kasih sebab lahirkan kite 18 tahun lalu, tak selalu hampakan apa yang kite nak, berusaha untuk ajar kite guna washing machine walaupun kite tak berminat, 
Papa, terima kasih sebab besarkan kite, banyak tolong kite, tambah gambar monyet dalam folder kite, gelakkan kite waktu kena pakai tudung indon,

I love you both forever :*

Kepada mereka-mereka yang buat entry blog yang sweet sangat, wish dekat fon, twitter, facebook,terima kasih daun keladi, nah kasih sayang kite *campak*. Ni kasih sayang diberi ikhlas tau, bukan kasih sayang kite yang tertumpah tanpa rela tu, haha





p/s : dah nak laporkan diri dah semua budak PLKN 1st batch, untungla. Aku harap dorang bersyukur. Aku taktahu apa nasib aku untuk PLKN group lepasni T.T

p/s/s : post manis daripada kekasih kekasih gelap :* DayahNurieJwa =)

Thursday, 3 January 2013

Peristiwa Hebat 2012 *wah

Assalamualaikum :)

Excitednyaa nak buat first post for 2013!! *guling guling atas lantai*

Tengok dekat Time Machine aku kat tepi ni, dah ada tahun baru muncul di situ *excited lagi*

Padahal sekarang dah 3 haribulan... -.- Bukan tahun baru lagi.

First time aku sambut tahun baru malam Selasa haritu dengan Jwa, unforgettable night!


Sambutan Ambang 13 bersama Ustaz Azhar Idrus. Waktu ambik gamba ni, orang tak ramai lagi, lepastu dalam pukul 11 lebih, pusing belakang dah ramai orang, tapi tak pusing belakang lama-lama sebab segan aku ada sorang abang ni baring bersantai sambil dengar ceramah amboi sedapnya kau feel at home.

Okay, jom aku nak share moments paling hebat tahun ni.

Kita mulakan dari tempat yang ke-11 *ceh

11. Berjinak-jinak dengan Livita and Redbull


Semata-mata untuk SPM tau. Mula-mula, aku beli dekat 7e sebelum tuisyen Bio sebab nak elakkan aku tertidur je. Aku menghidapi sindrom mengantuk setiap kali tuisyen subjek Biology, ya Allah, tak boleh tahan. Ajaibnya, selepas aku and the Hidayah minum livita/redbull, ktorang tak ngantuk langsung sepanjang tuisyen malah Hidayah yang culture shock ni tak tidur semalaman. hahahaha

Bagus betul penangan energy drinks ni. Ia tak baik untuk kesihatan so tak boleh minum setiap hari la.

ni gambar waktu aku dengan Hidayah sleepover rumah Nurie. Ktorang tiga orang minum redbull ni lepastu stay up buat latihan Maths sampai 3 pagi. Sangat berguna redbull ni weh! :)



10. Tengok video seram dengan Jwa.

Peristiwa bengong ni terjadi dekat rumah aku lepas balik sekolah. Jwa macam biasa stay back dekat rumah aku. Ktorang depan laptop, pakai earphone pegi nekad tengok video yang Shahmy post dekat facebook page 5 Gamma. Sekali, terdengar satu suara, suara pertama kut, ktorang dah terperanjat siput dekat situ. Aku terus tepis laju-laju earphone dekat telinga (orang normal boleh cabut macam biasa tapi aku tepis. Dehel) sampai aku rasa subang aku nak tercabut, aww. Jwa pula meroyan dia la tapi aku rasa dia macam tak takut. (eh?) Kesimpulannya, jangan la tengok video hantu dengan volume maximum, padan muka.



9. Lambat pergi kelas teacher Tiqa

Aku stayback rumah Jwa kadang-kadang hari Jumaat sebab banyak masa sikit sebelum tuisyen. Satu hari, kami tersiap lambat, sebab tengok movie sambil makan McDonald (order delivery). Waktu sampai je dekat kelas, Jwa bagi alasan kucing dia hilang. Sambil aku pegang cup McDonald. hahaha. Close enough.
Aku tahu teacher Tiqa tak percaya tapi dia tak marah :D Teacher Tiqa tak pernah marah ktorang, walaupun dia garang dengan bebudak lain :)



8. Erythrocyte, he talked to me

Macam mana eh nak cakap, haritu aku kena bertugas. Setiap kali waktu Cikgu Erwani je, mesti dia nak mengajar lepas ktorang bersihkan kelas, dahla dia selalu suruh bersihkan kelas waktu hari aku duty, dahla aku tak suka sapu sampah, dahla setiap kali aku kena bertugas, partner bertugas aku tak datang, badluck! Lepastu kan, penyapu pulak invisible, berasap kepala aku time tu. Aku pun pegi kelas lain nak memburu penyapu, cikgu dorang takde dalam kelas, bebudak kelas dorang berborak sesama sendiri, aku berdiri depan pintu kelas tu macam takde siapa sedar. Tetiba kan....jengjengjeng. Erythrocyte datang tanya kenapa, and aku cakap la aku nak apa, haha, lepastu dia pandang dalam kelas dia, aku pun turut pandang ke arah yang sama *ewah*, budak perempuan kelas dia tengah guna. Dia pergi tanya dekat budak perempuan tu, lepastu dia datang balik dekat depan pintu cakap "dorang tengah guna la. Nanti aku hantar kat kelas kau. :)" tetiba je kan. lol

Ni scene lain pulak. Dekat sekolah aku ada dua golongan yang suka mengacau kerja aku sebagai pengawas, bebudak India ramai-ramai, dengan bebudak lelaki kelas belakang yang bajet gangster tu. Bukan pilih kasih atau nak mengumpat ya, aku cuma btau golongan yang aku dah biasa hadapi, ceh. Biasanya aku tak bagi sesiapa pun lepas pagar tu tak kisah la kau nak pegi toilet ke, pegi jumpa cikgu ke, pegi library ke, pegi office ke, tak boleh! tunggu lepas rehat habis! *garang~haha* Satu hari tu, waktu rehat, aku selaku pengawas aka penunggu tengah bertugas sorang-sorang dekat pagar tangga. Jwa dah hilang pergi cari Thivaghar setelah diperintah Kamal. Aku tak faham dengan Kamal, dia boleh je cari sendiri, tapi...hm takpelah. Tetiba kan, Erythrocyte dengan kawan dia nak lalu pagar yang aku jaga, sambil pegang buku-buku budak kelas mereka, aku pun "err, tak boleh masuk sekarang. kena tunggu lepas rehat." pastu Erythrocyte cakap "erm. tapi ktorang nak hantar buku ni je. Boleh tak Farhana?" omg aku taktahu pun dia tahu nama aku eh aku pernah kelas sekejap dengan dia tapi sekejap je pastu aku migrasi ke kelas sains tak sangka dia ingat nama aku sebab ktorang jarang bercakap. 

Aku pun angguk sambil tarik pagar untuk dia dengan kawan dia. lepas dia pergi, omg apa yang aku dah buat T.T mana boleh bagi masuk........



7. Ice Skating


Aku dah pernah cerita sebelum ni. First time skating, susah sangat weh. Kalau kau takde semangat, kau takan nak skate, menyusahkan dan menyakitkan. Tapi waktu terkedek-kedek skating sambil pegang tangan, aku tengok budak perempuan baya aku laju je. Jealous gila..... Semangat membara tapi still terkedek-kedek. Pengalaman pertama yang banyak mengajar :)



6. Killer Victim

Eh dah nombor 6 dah kita, kalau korang nak tahu, aku susun nombor ni ikut dari yang hebat -------> ke moment paaaaaaling hebat. haha. Okay yang ni aku nak cakap pasal main Killer Victim dekat library dengan my girlfriends, dengan Ammar dengan Shahmy.

Aku paling tak boleh lupa bila masing-masing dah pilih kertas tu, pastu semua nak perhatikan siapa Killer and there goes Ammar buat muka macam retard sangat. Srsly I can't stand that ikan keli anymore. Aku rasa orang dekat sofa sebelah mesti bengang sebab ktorang gelak tak habis-habis, kuat pula tu, ish ish, library kut. So ikut cara sengal Hidayah, gigit kusyen kalau tak tahan nak gelak.

 
ikan keli.



5. 6D

Tengok 6D dekat library for the first time (kecuali aku sebab aku dah pernah tengok sekali dengan Anis sebelum ni tapi cerita lain). Me and my girlfriends masuk 6D theater ni 5 orang. 3D is too mainstream. ceh. Ktorang masuk lepas study and siapkan  beberapa papers, jap aku tak ingat waktu ni trial atau exam biasa, tapi tengah musim peperiksaan la waktu tu, semua orang jiwa terganggu. heh. Maka ktorang melangkah ke tempat 6D tu untuk relakskan minda. Abang yang briefing tu cakap kalau jerit lagi bagus. Ternyata dalam tu, ktorang jerit sampai terasa perit anak tekak pun jerit jugak. haha. Waktu ktorang keluar tu, kering gila tekak. Tak boleh lupa :) Lepas haritu, tengok dengan budak lelaki tak jerit pun. Sebab dah hilang keseronokan kali pertama :p



4. Sketsa kelas.

Yang ni pun aku dah pernah cerita waktu entry Hari Guru. Aku pegang watak partner Nazmi, aku rasa terseksa bukan sebab aku menyampah dekat dia, tapi sebab rasa awkward sangat nak berlakon pandang budak lelaki lama-lama terutama Nazmi sebab dia kan selalu buat muka. Dahla lagu tema waktu aku kena pandang muka dia tu lagu Ombak Rindu, jiwang tercekik aku. Serius aku tak boleh lupa macam mana aku punya gemuruh waktu mula-mula. Syukur waktu atas stage, ramai orang suka sketsa ktorang :) The power of 5 Gamma! huuyeah





3. Perbincangan Dilema Wanita dengan Ammar

Waktu ni dekat Cafe library, kononnya Ammar lah kaunselor rumah tangga and ktorang isteri teraniaya. Jolina isteri yang gersang bahahahaha, Nurie laki dia outstation memanjang, Hidayah pula isteri yang materialistik, tak kisah pun suami dia lol. And aku yang taknak terlibat ni dorang cakap isteri yang kena dera. Kwanghajoo. Tapi yang pasti, ktorang sikit-sikit gelak, sikit-sikit gelak tanpa pedulikan para manusia dekat cafe tu -.- Dorang tak habis-habis dengan perbincangan rumah tangga tu, sampai melarat-larat dekat sekolah.



2. Peristiwa dekat tangga rumah Nurie.

haha. Setiap kali aku teringat peristiwa ni, mesti sengih sorang-sorang. Malam tu ktorang 4 orang sleepover dekat rumah Nurie. Pastu ktorang nak ambik something dekat dapur, tapi ktorang turun 4 orang je, Nurie tunggu dekat tangga. Waktu jalan nak naik tangga tu, aku yang berjalan agak belakang tetiba terasa aura seram, terus aku lari laju-laju ke arah tangga. Apa lagi, Hidayah dengan Jolina yang tak tahu apa-apa tu pun lari sambil jerit sampai ktorang bergelut dekat tangga tu weh. Jwa depan sekali, aku peluk belakang dia, and Hidayah dengan Jolina dekat belakang aku. Ktorang pegang ketat-ketat orang depan sambil berebut nak naik atas. Nurie dekat atas tangga terkejut. hahaha. Aku still rasa benda ni kelakar dan dorang still salahkan aku, tapi kenapa aku pula, siapa suruh dorang lari ikut aku sekali hahaha. Kenangan ni tak pernah gagal buat aku tersenyum. Sweet ken :B



1. peristiwa paling hebat

Nombor satu tempat pertama cuba teka! jengjengjeng














































Sumpah aku tak trauma. Tapi apa yang aku boleh simpulkan melalui peristiwa ni, aku dapat pengajaran yang bermakna sangat. yang tak akan buat aku ulangi kesilapan yang sama. Kalau peristiwa ni tak berlaku, maybe ktorang still masuk kereta berfoya-foya ikut suka hati je, silap-silap, accident lagi teruk daripada ni akan terjadi. Alhamdulillah Allah bagi pengajaran awal-awal. Iaitu sebelum aku dengan Jwa dapat lesen lagi.



Perkara ni yang dirahsiakan dari parents aku dengan Jwa. haha. Waktu accident, semua barang atas riba aku tercampak dekat depan. Lepas ktorang keluar kereta, polis, bomba, semua datang. haha. Lawak pun ada. Lepas haritu, lutut aku dua-dua lebam. Itu pun aku pakai seatbelt, kalau tak pakai dah tentu aku tercampak kat depan, ringan kan. haha. ceh. Jwa pula sengal tak pakai seatbelt pastu duduk tengah-tengah -.- Tak mengamalkan ciri-ciri keselamatan :p Hidayah pulak luka dekat mata dia macam kena belasah, haha, dengan  lebam dekat lutut macam aku.

Ktorang kena bebel dengan sorang pakcik yang agak baik ni sebab lepas perlanggaran, tak keluar kereta dengan segera padahal minyak dah tumpah, nasib baik hidup lagi. Macam drama bila Nurie, Ammar, Fdaus pun sampai di tempat kejadian. Memang tak boleh blah la bagi aku sebab dikelilingi polis dengan bomba, dengan kereta lain. Sempat lagi Hidayah pandang tag nama polis handsome tu, hahaha -.-

Okay tu jelah. panjang gila entry ni. Tapi sangat bermakna buat aku. hihi. Harini hari jadi aku tapi relaks je aku buat entry ni dulu, entry birthday kemudian. Happy birthday to me!


motip?

bai !



p/s : Kamal Adli lawak gila waktu ceramah dengan UAI. Wan Zack Haikal biasa je -_______-