Thursday, 21 November 2013

Jiwa kental

Assalamualaikum


Haritu, rumet aku bagitau aku "wei aku rindu rumah la.....rindu gila", pastu aku jawab "kau ni...jiwa tak kental lah".


Sebabnya hampir sebulan kut?ktorang tak balik rumah. Selalunya rajin je nak balik sabtu ahad, setelah menyedari betapa banyak masa dibuang bila balik rumah, ktorang decide la untuk takmo balik saje saje dah. Tahan tahan....


Tetiba dia kata macamtu. Rindu rumah segala.


Dan aku masuk toilet dan tetiba aku nangis sensorang. lol kental konon


Sebab kan. Aku dahla stress sangat. Pasal semua benda. Pasal kerja nak kena hantar segera. Pasal topic nak kena faham segera. Pasal lecturer yang selalu target tanya soalan tetiba suruh explain kat depan. Pasal makan nasi hari hari lauk ayaaaam takpun hari hari nasi goreng. Pasal akak akak senior yang selalu bising waktu aku tengah buat kerja.


Dan haritu aku rasa rindu gila kat mama. Aku rasa kalau aku jumpa mama semua beban aku hilang. Aku nak lari dari semua beban tu and I miss my mom A LOT, and my family... sebab aku dapat rasa ketenangan tanpa sebarang stress bila balik rumah.


Ni cerita haritu la. Haritu.


Dan esok aku akan balik matrik. Sem 2. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen.

Thursday, 14 November 2013

Cuti sem satu


Assalamualaikum!




Dah dua minggu aku cuti sem. Minggu depan aku dah kena balik matrik ngeri pulak tetiba. Aku balik Shah Alam haritu awal iaitu 31 OCT walhal aku sebenarnya nak balik 1 NOV. Tragik betul hidup aku. Kalau lah dapat diputarkan balik masa, aku taknak balik 31 OCT, penat kut. Terbayang bayang aku. Hm. Minggu depan aku kena balik 22 NOV sebab 23 ada muet. Ah sudah. Dahla aku selalu tetidur setiap kali practice muet listening. Yela kan setiap kali kelas kena rush sana sini, dari bilik tutor nak pergi lecture hall, berlari kut jangan memain sebab takmo duduk tempat tak best, pastu tetiba bila time English buat muet listening, duduk dalam language lab, dengan tenangnya isi kertas, memang tenang habis lah zzzzzzz -___- Ok ni alasan, sebab orang lain tak ngantuk pun.


Btw buruknyaa blog ni ! ew
haha.

Aku dah malas nak google tutorial untuk hias hias blog. Zaman muda muda dulu rajin la jugak, hahaha sekarang dah tua weh sedihnyaaaaaaaaa TT.TT

haih aku memang emo sikit cakap sal tua ni aku tak sanggup nak bayangkan aku akan tamatkan zaman 'teen teen' aku, tidakkkkk



btw haritu aku baru habiskan cerita ni King Of Ambition.



Sedih gila tahuu :( Jahatnya perempuan ni. Wujud tak pompuan jahat camni eh? Kesian laki ni. Sepatutnya dia dah boleh bahagia dengan anak dia, dengan isteri dia. Kenapaaa kenapaaaa

Cte ni dah berzaman dah sebenarnya, duk ulang dekat 393 beribu kali pun aku asyik tak dapat tengok episod akhir -___-

Tapi aku pelik kenapa dia tak lupakan je perempuan ni. Sebab dia tak bahagia kan. Cari jela perempuan lain. Belambak. Aku kan ada. ehem Kenapa la dia sanggup hidup macamtu? Demi cinta. cis


Haaaaa, aku ada kisah menarik di sini. Cewah. Kat matrik ni aku telah ditakdirkan bertemu dengan seorang lecturer yang sangat baik. Nama dia David Ng. Dia suka buat lawak macam Mr. Bean pastukan kawan aku selalu gelak pastu aku tanya lawak ke lepastu lagi kawan aku gelak. Yang pastu aku respect la lecturer yang banyak idea lawak ni, walaupun tak lawak tapi gelak juga ler kite, sebab dia sangat comel buat camtu. Dia buat surprise birthday party weh waktu ada kelas malam, dia bawak kek ADA KE LECTURER LAIN BUAT CAMNI ARGH pastukan kalau waktu dia tak bawak kek, dia lukis je kek kat slide tu. Comel tak?


Pastukan dia selalu tanya benda random yang lecturer lain takde masa nak kisah. Tahukah anda, dalam kelas tutor, kalau anda cakap "Sir, saya lapar....", Sir David akan tetiba hilang pastu datang dengan satu plastik sandwich. That is why I like him a lot because he is the only lecturer that will buy me food!! And guess what, he will be my maths lecturer for my next sem too ahakss. Tapi kan jangan memain, kat kmpk, yang baik, memang baik, yang garang tuu usah dikhabarin lagi, emang garang banget, semua student masuk lab tanpa ada bunyi, pastu sunyi sepi sampai lecturer tu buka mulut. Tak tau la apa nasib aku sem depan T.T bertahan lah bertahan lahh~~


Sebab lecturer Maths aku baik sangat, aku selalu rasa bersalah bila dapat markah hampas dalam test. So next sem ni, aku berazam la gituu untuk lebih berusaha. Taknak lagi tangguh tangguh nak tanya benda yang taktahu, because he always there for us, jumpa je bebila dia senang hati je ajar balik. Pastu buat lawak dia. Eh kenapa tetiba rasa sebak ni


Aku selalu lapar dalam kelas. Aku mana turun breakfast dekat cafe, takde masa nak buang masa siap awal semata mata nak breakfast kat cafe ahak lagipun makan situ pepagi buat aku sakit perut. So aku pegi kelas tak makan kekadang pastu merungut kat kawan aku lapar lapaaar LAPAAAR sampai nak terjatuh kerusi, keadaan bertambah parah kalau break pukul 2. Sebab kalau break lambat, akan ada gap sebelum tu dan selalunya gap tu aku guna siapkan kerja kat library!! :(






Dulu waktu sekolah selalu buat azam tahun baru, konon la tu, ew mengada je kan. Tapi kali ni aku nak buat azam untuk sem baru. Mengada kan. Biarlah :p Perkara yang aku nak ubah dan nak tambah. Aku taknak lagi jadi diri aku yang sem1, lemah sangat. Sesikit stress takmo cakap dengan sesaper, sesikit marah smorang, sesikit merungut.


Next sem, aku nak berusaha lebih. Bukannya sem 1 aku tak berusaha, sebabtu aku kata "lebih". Nak kurangkan bersembang benda buang masa, nak kurangkan tidur, nak sentiasa ready dengan soalan tutor so that takyah risau kalau cikgu nak suruh explain kat depan, nak siapkan soalan tutor dan kalau taktahu pegi tanya, siapkan pastyear questions kepentingan pastyear q baru disedari bila nak pspm padan muka, nak sentiasa ready dengan experiment dalam lab so that aku boleh buat sendiri tanpa harapkan partner, dan apa lagi tah tak ingat. Semua benda ni aku bukan tak amalkan dekat sem1 tapi tak consistent la. Tapi apa yang pasti aku nak contohi Chong. Dia pun manusia biasa jugak kan.


ni namanya gwiyomi tak jadi. roomates tersayang


my bestfriend, bila aku stress rasa nak nangis tak reti jawab soalan tutor, aku pegi bilik dia. Kenkadang dia terpaksa bangun pagi awal hari cuti sebab aku datang lalala

kmpk waktu pagi


macam bes je kenderaan pakcik potong rumput tu


M2T11





ps : oleh kerana blog ni tak lawa so dengan sukacitanya saya akan guna blogskin. kut. kalau jumpa yang berkenan di hati lah. ewah

Friday, 12 July 2013

All of your tears will dry faster in the sun

Assalamualaikum and hai~


ah lamanya tak buka blogspot rasa terharu sangat sekarang. boleh?


Aku balik cuti ni sampai Ahad je, bajet bawak balik homework and assignments segala entah sempat buat ke tak kerana godaan di rumah ni lain macam sikit. Syaiton dah masuk penjara pun ada godaan ye?



So macam mana belajar kat kmpk so far?


Penat.


Kat memana pun penat sebenarnya, sama je. Stress tu tak mampu ditafsirkan. Kekadang bila turun tangga bangunan tutor, dalam hati aku kata "kalau jatuh tangga, meninggal, aku redha."


Pun boleh.


Aku, biasalah, sikit sikit rasa macam nak give up nak jadi suri rumah je, dasar pemalas. Cuma bila aku fikir secara mendalam, cewah, mesti ada hikmah disebalik apa yang Allah aturkan, mesti ada hikmah kenapa aku kena belajar kat situ, dapat pulak modul 1 yang banyak budak A lurus, budak cina manyak. Hari hari aku kena kejar dorang. Bukan lari tau. Tapi lari pun ye jugak sebab dorang jalan nak pegi kelas pun laju. Semua benda laju kat sini.




Kenkadang aku rasa aku dah tenggelam timbul. Tapi cikgu kat sini baik. I mean lecturer terutamanya lecturer tutor Chemistry, Pn. Noor Aini, masa tengah mengajar mesti akan tanya "Farhana okay tak?" "Boleh buat tak?". Bila jumpa lecturer chemistry lain kat cubicle, pastu Pn. Noor Aini lalu pastu dia stop cakap, "haa belajar betul betul nanti dalam kelas saya tanya". Dia macam sangat memahami aku yang takleh pressure sangat ni.

Matriks dah buat aku suka subject yang aku tak suka waktu form 5 dulu, dan juga buat aku tak suka subject yang aku suka waktu form 5. Cuba teka? Waktu form 5 aku suka Biology, dan tak suka Chemistry.


Lecturer Biology aku? Tak payah cerita lah, haha.


Lepasni kalau aku suka Physics pulak, haa, dah cukup syarat untuk tukar cita-cita. /eh





budak kecik pakai tudung kuning ni haha, classmate aku yang banyak buat aku gelak


Bila study kat library, ktorang duduk dekat meja yang untuk sorang sorang sebab aku takleh berhenti becakap bila dengan dia kut -.-


Aku gerak balik Shah Alam lepas kelas hari Jumaat. Hari Jumaat ada tutor Chemistry, aku selalunya duduk depan sekali sebab....semua orang nak duduk belakang -.- Hidup aku dekat sini takde warna weh. Aku rasa dunia aku warna kelabu sejak aku masuk matriks. Macam macam benda jadi dan aku kena sabar je duaplohpatjam. Aku hanya fikir yang parents aku harapkan yang terbaik. Aku tak berani nak janji tapi aku cuba pastikan yang apa aku hadap sekarang berbaloi, ada ganjaran in the future.


So apa motif post kali ini? Untuk bagitahu yang saya masih hidup. kut

heh


so... sampai sini saja, selamat berpuasa dan jangan main mercun !




ps : ada benda yang berbeza antara dulu dengan sekarang, apa dia ha?

Friday, 29 March 2013

Bakal wirawati


Seriously?!

Apa yang aku rancang nak buat sebelum PLKN kebanyakannya hanya omongan kosong semata-mata sebab tak buat pun sebab kesuntukan masa. Tu lah kau, semua benda last minute.


Esok aku bertolak pegi Rembau, Kem PLKN Bintangor. Sebenarnya aku rasa nervous dan kurang semangat sebab May cakap aku mungkin jumpa erm seseorang yang aku kenal. Oh tidak, aku dah terkaku di situ. Apa aku nak buat ni? Mengapaaa mengapaaaaaa

over nau


Bila fikir balik, aku pergi PLKN dengan semangat baru dan apa kata aku jangan fikir pasal benda yang aku tak perlu kisah. Ayah aku semangat gila dalam kereta nyanyi lagu apa kono ejang kut ke macam mana tah ejaan dia aku taktahu haha. Semata-mata sebab aku tercampak dekat kem Negeri Sembilan. peh



Aku akan jadi tough balik nanti. heh



btw haritu aku dapat lesen malangnya gamba aku dah tertumpah dakwat kut? So jadi bintik-bintik. Sedih gila sebab aku tak pernah tengok lesen orang lain secomot aku.



Apapun, aku bersyukur dapat lesen sebelum PLKN so that pasni aku boleh la tidur lena ^^. Hanya aku je tahu betapa tragisnya pengalaman untuk dapat sekeping kad di atas. K.


Aku harapkan pengalaman yang berguna dan bagi pelajaran sikit dekat orang macam aku dekat sana nanti, inshaa Allah :)


Bai Assalamualaikum!




ps :  tajuk macam tak sesuai --"

pss : sedih pulak tak sempat tengok Running Man yang ada Uee -_-

Tuesday, 26 March 2013

When a zombie falls in love with human


Assalamualaikum :)

Siang tadi ktorang makan bibimbap dekat rumah Nurie. Alkisahnya, ktorang nak pergi tengok wayang tapi nak tunggu Jolina habis kerja petang so duduk lepak dulu rumah Nurie sambil mengadakan sesi perbincangan tentang masalah dunia serta masalah asasi vs diploma vs matriks. Kemainn -.-

Lepastu Nurie nak bagi ktorang makan bibimbap dia. Bibimbap tu rupa dia macam nasi goreng bila kau gaul-gaul, heh. So ini hasilnya




Sepatutnya kena makan dengan telur goreng, tapi dorang taknak so aku jela goreng -..- lepastu dorang gelak dekat cara aku goreng -..- lepastu dorang gelak sebab rupa telur tu tak seindah khabar, hek eleh janji sedap!

Hasil telur goreng aku, sangat memukau
























berkilauan kot!


Lepas dah siap semua letak dalam mangkuk, gaul sampai sebati dengan nasi. Tapi aku gaul sampai tertumpah sikit. --"

So lepas makan bibimbap~perut kenyang sambil layang Running Man. Aku baru tengok Running Man dekat Macau dengan Vietnam tuu, how I wish dapat peluang buat bungee jump dekat Macau, ah



Lepastu ktorang sampai Space U8 pegi masuk Subway tanpa order apa-apa. ha ha. Tunggu Makcik Jolina, tetiba i dapat hadiah :B


thank you~~ sayang awak ketat ketat ;D


Ktorang tengok movie Warm Bodies.




omg omg omg, R zombie paling handsome pernah aku tengok. Tak kisah pun kalau R nak bawak lari aku, lol. Aku duduk sebelah Dayah dengan Nurie, dan macam biasa Nurie tidur waktu tengah-tengah cerita. Tidakkah anda sedar betapa coolnya lari bersama zombie berlawan dengan rangka jahat nama Bonie, macam nama kucing Jwa, aha. Macam mana la awak boleh tidur dalam wayang, nikmatilah kehidupanmu, tak feeling tau kejap kejap tetidur.


comel gila part ni, tengok Julie bagi dia pakai spec 3D :B


Part comel plus kelakar : waktu R nak bagitahu nama dia, dia pelat rrrrrr, waktu R cakap dekat diri dia 'don't be creepy don't be creepy' sebab taknak Julie takut, waktu R bawak kereta, sekejap sekejap brek tetiba , waktu R dengan awkwardnya cakap "hai" dekat Nora, waktu R takut sebab Nora observe muka dia and soal dia macam-macam, ha ha, 




waktu R mandi, dia tak bergerak pun, dia just berdiri pegun bawah shower tu, pastu lepas mandi, pakai make up pakai blusher , waktu R nak nampak macam manusia, dia tegur guard tu "how are you?", ha ha, waktu R kena tembak, Julie tanya sakit ke tak, dia cakap sakit dengan muka gembira  . And and and waktu R cakap dekat Julie jangan over sangat -___- waktu Julie kena pura-pura macam zombie. Banyak lagi yang comel.



Scene yang last sekali paling handsome. K.



Kalau sesiapa perasan, R ni lah beast dalam X-Men tu. Perasan tak? K.





ps : Aku harap R gosok gigi. Sebab dia makan otak boyfriend Julie, lepastu kiss Julie, lol.

Thursday, 14 March 2013

Happy sweet 18 Makcik Jolina Ahmad

Assalamualaikum.




Sebenarnya aku nak update blog minggu depan sebab minggu ni masih lagi minggu perkabungan yang tiada sebarang kaitan dengan kematian. Nak hiatus. Tenangkan fikiran.

Tapi harini JOLINA dah lapan belas~~~



Lepas ni dah boleh tengok movie rated 18 and above bersama. ahak ahak



Jolina ku sayang, nanti kita keluar dating lagi tau sebelum PLKN, dating beramai-ramai. haha. Actually, boleh tak kita jangan mention PLKN, duh




Jolina, awak kena janji, yang awak kena kahwin dengan orang Melayu. Okay? Please i malas nak sesusah beli tiket kapal terbang pergi Nepal. no no no /gaya almy nadia/ Anyway, ajar lagi mencarut bahasa Nepal tau, bukan apa, kut nanti warga mereka cakap apa-apa ke, kita boleh mempertahankan diri.


Jolina, awak kena yakin, yang awak akan jumpa lelaki terbaik sebab awak tahu tak, lelaki yang terbaik je deserve orang macam awak, dahla rajin /ewah/, suka buat kerja amal /betulkan carpet dekat bilik solat library/, pandai masak /walaupun masak lemak haritu tak jadi sangat, eh janji kenyang dan gembira ! /, pandai buat addmaths /fuyooo. kau ada? /, pandai kawal kelas, peramah, kritis, dan inovatif. /kemainnn/ So, awak kena yakin awak akan jumpa lelaki yang baik NANTI /coming soon~~/. Jangan pandang kisah lama ok :D


Jolina, tolong jangan pertikaikan kekacakan orang yang kita suka!

<3



Jolina, semoga awak jadi muslimah sejati yang taat sentiasa inshaaAllah, marilah kita berusaha!!




ps : nomu nomu sarangae :*
pss: serius sakit perut sekarang. akibat makan secara rakus tadi. sobs
psss: best gilaaa harini dapat novel, tshirt, keychain, sweet angat ;)
pssss : button yang "excuse you" tu click tau!

Tuesday, 26 February 2013

Random


Assalamualaikum.


Aku taktahu nak cerita apa dulu sebab aku ada beberapa benda nak catat di sini, err.




 Aku baru habis baca Twenties Girl. Daebak! Ed Harrison sangat manly~~~~~~~ dan kacak! aaaaaaaaaaaaaaa. Suka sangat. Kadang-kadang aku tak faham dengan apa yang Lara fikir, kenapa mesti kita kena bersungguh-sungguh terkejar-kejar ex-boyfriend? Obviously, kalau dia betul suka kita, dia takan putuskan hubungan. Kan? Lambatnya nak tunggu Lara kena lempang dengan realiti.


Because you can want and want and want.” She turns away, hugging her knees. I can see the bony line of her spine through her dress. But if he doesn’t want you back… you might as well wish the sky were red.” 

-Sadie Lancaster



 Malam tadi, actually beberapa malam ni, sebelum tidur, aku asyik terbayang result SPM. Terbayang hasil segala usaha aku. Terbayang saat aku bangun dekat dataran dan berjalan dalam barisan nak masuk dewan. Terbayang bayang bayang. hahah. Aku ingat lagi yang aku buat banyak latihan dekat satu part dalam tajuk alkene kut? dan turn out benda ni tak keluar langsung dalam paper Chemistry.



 Awkwardnya bila aku tengah tengok Starking, dan ayah aku decide untuk tengok sekali dengan aku. Tetiba ... ada lelaki pakai seluar dalam keluar tayang otot. er aku tak sure tu seluar dalam atau seluar pendek ketat. (╯°□°)╯︵ ┻━┻



 Tengah hari tadi, jiran aku buat apa tah dengan rumah dia. Renovate bahagian dapur kut?. Bunyi bising tu sangat jelas dekat tingkap bilik aku. Aku tak dapat layan youtube dengan tenang. Tapi sekejap jela. heh :B



 Aku baru tahu Erul masuk KPOP Star Hunt. hahaha. Sebab aku tak ikuti pun benda tu dekat tv sebabnya? Aku tak suka orang Malaysia jadi artis kpop. Apatah lagi orang Melayu? Orang cina boleh diterima akal la. Macam mana orang Islam nak survive jadi artis kpop ni?



 Gambit akhirnyaaaa dah tersingkir dari Fear Factor. Partyyyyy
Moral of the story : Kita hidup di muka bumi ni bukan sahaja kena jaga hubungan dengan Allah, tetapi juga kena jaga hubungan sesama manusia.
Dahla partner Gambit, si Alif tu kacak. -___- Tapi of course la bagi mak aku, Dazrin paling terkacak sekali. Masih tak pasti kenapa (¬_¬)


 Cara untuk rasa sedih teringat kenangan-kenangan waktu sekolah senang je, layan gambar dekat fb, gambar yang kena tag tu. Baca komen. Baca inbox, yang penuh dengan conversations lama. /eh perlu ke


 Dah lama tak makan karipap :(


 Tak suka cara fangirls dekat China main rempuh je Kris dekat airport, pastu halang jalan dia. Dahla dia sorang-sorang waktu tu.


SM patut sediakan bodyguards untuk Exo! Scary ok fangirls dekat sana.



 Oh ya, aku nak share video favourite aku. hihihihi. Putih gila Daehyun! Bila artis korea datang Malaysia, dorang tetiba nampak macam putih gila, padahal waktu dekat Korea biasa ja -.-


Jangan baca comment dekat youtube. Stay innocent ok. haha


 Aku baru edit blog. Girlish tak background ni? lol. Taktahu nak guna background apa lagi T T   Dan aku taktau nak tambah apa lagi dekat sidebar T T  twitter punya widget gedabak sangat T T


 Tak dapat nak luahkan macam mana betapa aku kagum dekat orang yang pandai melukis. Kelebihan tu. *o* Kalaulah aku ada kelebihan tu jugak.... Macam mana rasanya meluahkan perasaan melalui lukisan agaknya....


 Tetiba aku terfikir, kalau dekat universiti/matrikulasi nanti, kalau aku jumpa orang yang ada minat yang sama dengan aku, nak ke aku kawan dengan dia? hahaha. Maksud aku, tetiba kan, aku jumpa orang yang claim yonghwa tu boyfriend dia. Mesti aku sedih. ok mengada


Bye!



ps : bila tetiba radio mainkan lagu girl on fire tu, tetiba aku teringat cikgu aku sing along lagu tu dalam kereta dengan penuh perasaan "THIS GIRL IS ON FIREEEEEEEEE!!!!  THIS GIRL IS ON FIREEEEEE!!!" haha. Actually semua lagu dia nyanyi sekali. Aku tahan gelak je drive sebelah dia. 

Wednesday, 13 February 2013

Kisah sedih

Pada satu hari, seorang gadis berjalan melangkah ke dalam bilik. Belum sempat sampai ke katil, beliau telah rebah ke lantai. Mungkin sebab sedih sangat kut? Baring atas lantai yang sejuk sambil pandang ke siling. Tiba-tiba dia mengeluh. The end.



Yang penting, kena ingat,

Gagal sekali












bukan bermakna

















takan gagal lagi lepasni. -Nurie




bai ! nak nangis sambil dengar lagu Bruno Mars.

♫  ek ek ek ek ek ek ek ek OOH  ♪ ♬


pft, tertekan gila


Monday, 11 February 2013

Lazuardi by Nasz

Assalamualaikum.


Wei apa kes pasal Rabiatul Afifah? Okay aku rasa dia memang cantik macam Yoona. Kan memang dalam dunia ni ada 7 orang muka serupa, untungla boleh serupa dengan Yoona -.- hm. Tapi of course la aku suka Yoona lagi daripada dia.  motipp



Haritu aku pergi popular sebab kakak aku nak redeem voucher buku dia, oh tidak, tapi aku pilih satu novel je, manakala kakak aku beli satu bakul -______- Masalahnya novel yang aku nak takde, Sweet Sour takde, tah pape la popular ni. So aku beli Lazuardi je la.




Aku baru habis baca malam tadi. Siapa yang tak baca lagi tak digalakkan baca tulisan aku ni sebabnya, spoil nanti. heh. Aku suka starting cerita ni dimana Shark masih budak sekolah, comelnyaaaa. Aku suka sangat persahabatan Odie dengan Anaz waktu starting. Tapi bila muncul je watak Ain dekat tengah-tengah cerita, aku dah terbakar. Aku start tak suka Odie. Kalau aku jadi Anaz, susah untuk aku terima Odie jadi kawan balik atas apa yang berlaku. Sampai hati Odie tak percaya dekat kawan sendiri, yang dah kawan dari tadika, yang dah setiap hari kongsi cerita suka duka, sampai hati!


Sampai dekat tengah cerita, berdarah darah peparu aku baca.



Lepastu ending dia ringan je :) Si Ain ni memang la penjenayah tegar. Cuma aku terfikir, betul ke wujud orang jahat macamtu? Yang benci orang tanpa sebab munasabah pastu bersemangat buat macam-macam nak tengok orang tu susah. Bersemangat gila sampai dia hidup hari-hari sebab nak plan apa lagi nak buat bagi orang tu susah apa lagi nak buat ni apa lagi. Takde kerja?!


Aku nak cakap aku kagum dengan Shark. Aku suka dia :B


Dia sangat matang. Dia tak kedekut langsung nak tolong Anaz (yang aku rasa kena mandi bunga bawah jambatan sebab nasib malang sangat!). Shark juga penyabar sebagai seorang suami. Mengikut cerita-cerita motivasi perkahwinan yang aku baca *motif baca?* Dalam rumah tangga ni, kalau ada masalah dengan pasangan tak kira serius mana pun, kita kena cuba membaiki hubungan, cari jalan penyelesaian. Ibarat macam, kalau rosak baiki, kalau rosak baiki, kalau rosak baiki. Bukannya macam kasut, kalau rosak, buang, beli baru. Dalam rumah tangga, bila ada masalah, kena bijak guna akal nak baiki balik hubungan bukannya give up dengan hubungan yang dah rosak and start a new life with a new partner no no no, ini bukan kasut. Sebab perkahwinan yang kita nak mesti la untuk sampai seumur hidup. Eh apekes aku samakan rumah tangga dengan kasut? Sekian.




Okay sampai mana tadi aku puji Shark? Oh dan juga, Shark ni tak berpura-pura, contoh kalau dia suka Z, dia tunjuk yang dia suka. Kalau dia tak suka C, dia tunjuk. Shark juga pandai dan boleh diharap, macam kalau homework/assignment kau tak siap tapi kena hantar esok, tak sia-sia minta tolong dia. Actually kan, kalau aku ada boyfriend, aku tak suka minta tolong pasal pasal ni -____-


Yang si Anaz pula, memang pemikiran dia tak sama macam aku atau mana-mana gadis cliche di luar sana, dimana dia banyak buat aku bengang. Sekarang bukan zaman cinderella lagi nak hidup tragis harapkan prince charming tolong pakaikan kasut -.- Kita sebagai perempuan kena la kuat! Contohla, kalau Anaz dengar orang tengah menfitnah dia atau bercakap buruk-buruk pasal benda yang dia tak buat, apa yang Anaz buat : hanya berdiam diri sebab malas nak layan. What the fish?
Dia tak rasa bertanggungjawab pun untuk clearkan orang lain punya salah faham, yang melibatkan dia pula tu. Dia relaks je buat tak dengar, kebalnya hati kau. Tapi sebenarnya bagus juga macamtu, after all, silence is the best revenge.


Watak Odie pula, aku suka waktu awal je. Tapi kecewanya aku sebab senang sangat dia dipengaruhi oleh anasir luar. Rapuh sangat kepercayaan dia walaupun dah lama kenal Anaz daripada Shark kenal.


Aku rasa, watak Nueq macam sikit sangat, serius cakap. Dahla dia kawan Shark :( .Watak Lily waktu last last pun sikit, takde pun actually? Hm. Tu je. Yang lain semua okay! :D







ps : Esok ada kelas driving

malasnyaaa