Sunday, 9 December 2012

Live a happy live for them

Assalamualaikum.


Tak cabut lagi semua benda alah tu dari dinding aku. Rasa macam taknak cabut.

Aku sebenarnya baca novel Gurindam Jiwa yang gabungan Hlovate - Schubert's Serenade, Imaen - Vendetta, Noor Suraya - Hati Adriyana. Aku nak baca sebab ada Hlovate je dan dah habis dah pun baca Schubert's Serenade tu. Tapi Vendetta tu, err, macam extream sangat laaa..., ibarat cerita Athena the Goddess of War tu dibukukan -________-

Rabu ni kan aku ambik test undang-undang (hidayah cakap tak payah nak 'test undang-undang' sangat lah, computer test cukup.) ek enaa, biar la, okay apa ^^


Semoga aku lulus sekali test. Tak perlu la nanti Encik Rafi kena hantar aku ulang alik lagi kalau tetiba aku gagal kan
 -_______-

Sebenarnya aku ni bangun pagi terus mengadap laptop, tetiba la pulak aku mimpi aku tengah buat entry baru dekat blog masa dekat kampung. Hari Rabu lepas, suami sepupu mak aku, merangkap ayah kepada kawan aku meninggal. Kawan aku dekat kampung masa kecik, nama Rizal. So kelam kabut mak ayah aku balik kampung time tu jugak, tinggal aku sorang la dekat rumah. First time dalam sejarah aku duduk sorang sampai malam and tidur sorang, kiranya, berani jugak la aku kan, kakaka. Petang tu aku order pizza untuk makan sorang-sorang, aku usaha taknak sampai pukul 7 sebab nanti dah gelap, bahaya lak lol tetiba teringat cerita Don't Answer the Door tapi ala benda creepy macam tu selalunya dekat Korea Jepun je.


Bar delivering tu lama gila kut, berjanggut aku tunggu, dahla Jo woon tengah ada dekat win win. Akhirnya orang tu sampai dalam 0705 atau lebih kot, dah maghrib time tu. Ni yang aku tak suka ni.


Dapat lagii coupon ni, nasib.... Tapi untung jugak sebab dapat free satu lagi pizza nanti, heh heh. Pakcik yang hantar tu pun aku tengok tak sampai hati lak nak buat muka masam. Pakcik macam umur ayah kawan-kawan aku je, nampak macam bersalah hanta lambat, kesian dia, mesti kelam kabut nak pegi solat Maghrib tapi kena hantar pizza dekat budak perempuan ni dulu, dush

lesson of the day : lain kali order awal-awal, sebelum pukul 6.

Sooo back to the topic, ayah Rizal meninggal Rabu, tak silap aku dorang kebumikan hari Khamis. Mak aku and adik aku balik Shah Alam hari Jumaat, tapi ayah aku dengan adik aku yang first balik dulu dah, takan aku kena duduk sorang lama sangat T.T kang mamat creepy dalam Don't Answer the Door tu berdiri depan pagar rumah aku camne T.T

Lepas mak aku balik, mak aku cerita la, petang Rabu tu Rizal still baca buku dalam suasana semua orang duk tanya dia macam-macam. Biasa la makcik-makcik dekat kampung. Ayah dia kan meninggal pagi, petang tu dia ada exam ekonomi, subj last SPM. Time ni semua bebudak SPM lain sibuk huha huha bakar mercun and baling tepung lah bagai, merdeka kan *aku dah merdeka awal. Tapi suasana lain bagi dia. Aku still tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat dia, maybe tak baca buku pun time petang tu, menangis dalam dewan exam mungkin?.

Aku doakan yang terbaik untuk arwah. Dan semoga Rizal dan keluarga terus tabahkan diri dan semoga dia dapat result cemerlang gemilang kasi gegar kampung!



Live a happy life. For them.
Kita bukan selama-lamanya hidup, satu hari nanti akan jumpa balik dengan arwah. Janji Allah.

AL FATIHAH




Saturday, 1 December 2012

Cerita habis SPYEM

Assalamualaikom! :D

ewah, bertemu lagi kite disini. Nak tulis entry pasal tamat SPM tapi sekarang dah 1 Decemberrrrr dan aku menamatkan riwayat zaman sekolah aku pada 27 Novemberrrr. Lambatnya aku update blog? Tengok semua orang dah berzaman buat entry pasal ni. lalalala

subj SPM terakhir ialah Biology

gelabah mak nenek nak baca. hahahha


Lepas habis je paper 3 petang tu, semua orang dekat tempat duduk memasing dah tersengih-sengih dan aku pula tetiba rasa emosi, tetiba je lol

Sedih tau, sebab fikir, itu yang terakhir.

Dah merdeka dua-dua anak dara mama :'D rasanya macam baru haritu aku dengar kakak aku terpekik macam orang gila dalam bilik "Merdeka! Merdeka!" sebab baru habis upsr... :B

muka baru keluar dewan exam. Lega + Gembira + Sedih + Terharu =asdfghjkl


ktorang team BH101





Ok lah, lepas feeling terharu bagai, masing-masing balik rumah. Plan pertama ktorang : sleepover rumah Dayah! selama dua malam

Balik-balik rumah, jap................ aku taktahu apa aku buat waktu balik rumah pukul 0330 tu, yang pasti waktu ayah Jwa datang jemput aku untuk bertolak rumah Dayah, aku dah terhegeh-hegeh pakai tudung dan lempar beg dalam bonet. Lepas balik sekolah tu sebenarnya aku ingat nak update blog lah kan, nak buat entry secara live, tapiiiii, busy gila kut aku? Bilik dah bersepah dengan tak nampak lantai sebab penuh kertas semata-mata. Pesakit diabetes mahupun sakit paru-paru berair tak boleh masuk bilik aku, nanti bertambah lagi satu penyakit -..-

Lepastu aku pun segera kemas beg baju, mandi, pakai baju kurung dan lepak jap depan tv dengan mama tengok Pangako Sayo. Handsome tul dak Angelo tu. dush

Sampai je rumah Dayah, memasing dah excited. Malam tu ktorang layan cerita Liar Game. Cerita tu ada beberapa episod tapi satu episod sekejap je. Sangat best tapi sempat habiskan tengok game yang pertama je. Nanti aku akan sambung tengok le, banyak masa lagi, aku kan tak dapat PLKN kumpulan 1....sobs :(

Esoknyaaaaa, pergi Sunway Pyramid! Kenapa excited sangat ni?! Padahal dah banyak kali pergi tempat yang sama.?? Sebab kali ni ktorang naik train and lepastu naik bas dari Subang Jaya. Kalau korang nak tahu, masa yang diperuntukkan naik benda-benda macam ni bukan sekejap, tapi best :) Naik bas macam naik roller coaster siot haha

Sebelum pergi, ktorang makan Red Velvet mak Dayah buat. Sedaaaaap sangat :')




Dekar Sunway, first sekali ktorang pegi tengok tiket wayang! Lepastu barulah pegi jenjalan kejap sebelum movie start.

Kuasa power ladybird rangerzz bergabong! :D


Okay, ktorang tengok movie Breaking Dawn part II. Malam tadi telah berlangsung sesi mengundi and ada lah makcik tu tak setuju nak tengok Breaking Dawn. Disebabkan ktorang mengamalkan demokrasi, maka terhapuslah parti berhaluan kiri tersebut. hahaha. Aku bagi Breaking Dawn part II ni 5/5. *pemurahnyaa aku* Sesiapa yang tak tengok lagi boleh lah tengok sekarang eh, best sangaaat omg. Part I kan macam apa je Bella jadi keding nak mati pastu tetiba dia hidup balik and become a vampire. Sebab waktu Bella nazak *cewah*, Edward ada bagi suntikan apebendatah kat Bella yang pasti benda tu scary. Part II tunjukan ending yang sangat happy, happy yang sangat ending, happy ending! haha. Siap highlight word forever tu, sweet sangat :')


tambah-tambah lagi lagu yang waktu ending ehem ehem.  Edward si bapak Renesmee ni sangat lah handsome omg aku sanggup tengok lagi sekali sebab dia ♥.♥

kalau gabung muka Edward dengan Jacob


omg!! double handsomeeeee!!


Hikhik. Okay, kita ke destinasi seterusnya, Asian Avenue. Ktorang pilih restorang makanan korea, The Street Cafe, lalala





lunch box Nurie ^^

Kimbab. Inilaa yang paling sedap dan puas hati sangat. Siap beli lagi dua roll untuk stok dekat rumah :'D

aku tak ingat ni apa, tapi ada Dukbokki (Korean Rice Cake) dalam tu. Jwa punya.

Ni pun aku taktahu. hahaha tapi ada Dukbokki jugak. Dayah punya.

ni aku punyaa~ ^^ JJajangmyun. Mi Kacang Hitam.

mashitaa! *bajet korea pulak -.-


yang tengah tu kimchi, kiri tu serbuk cili, yang kanan timun tu aku taktahu ape dia dan aku tak makan pun. Kimchi tu masin nak mampus, sekali masuk mulut, kelam kabut capai apa-apa makanan nak sumbat dalam mulut sekali, nak hilangkan rasa dia ~(-.-~)



Korean Tea ni yang paling tak boleh blah. hahaha. Nak menangis aku minum sebab terharu. Rasa dia macam beras hangit campur panadol yang dikisar. Sekali minum rasa macam lidah aku menjerit minta tolong, help mee~

Lepastu ktorang pergi Ice Skating :)









Best sangat :D Tapi kalau aku main, kena pegang tangan orang ataupun pegang tepi-tepi tu. Susah gak la bagi aku. Cuma bila aku dapat nak jalan sendiri tanpa pegang, masa tu la ada orang buat keputusan nak redah belakang aku. Yang pasti, 3 kali aku jatuh. Kali ke-3 sebab si mamat cina baju oren main langgar je, kebas bontot aku sebab terhentak secara tetiba. Geram betul! Tak pepasal seluar aku dengan Dayah basah. Tapi seluar aku basah dekat bontot, nampak macam baru kencing dalam seluar pun ada. cis. Ada sekali tu, siapa tah hampir je nak langgar aku, hampir ok, tak langgar lagi tapi aku dah jerit sampai aku rasa tingkat atas sekali boleh dengar. Hidayah cakap aku dah buat budak tu trauma. Ewah. Dia yang buat aku trauma patutnya. Tapi lepastu jerit banyak kali jugak. hahaha. Actually dalam tu, takde siapa pun kisah kalau kau jerit. Dan ada orang seluar lagi lencun daripada aku :D walaupun kaki aku sakit gila asdfghjkl tapii best, wee~


ni masalah dunia apa tah taktahu -..-

Chatime~

Nak balik dah ni... bersambung hari kedua pulak. Btw, malam tu best sangat. Dua-dua malam best. Bergosip semedang. Dan malam yang kita nak jadikan memori ni, adala pulak yang pegi tidur awal. hmph! Tapi malam kedua aku tetidur jugak :p Tapi tak awal ok. Dahla aku tough gila untuk tahan tak tidur sebelum tu :D bukan aku jela, Dayah dengan Nurie pun

Tapi malam tu, hanta jugak text Happy Birthday dekat Nurie walaupun dia kat depan ktorang. lol. Esok birthday Nurie dah ktorang rancang nak jenjalan dekat-dekat je macam Space u8. :)

wreck it ralph comel tapi ada la certain part buat aku rasa terharu *apekah -.-* And first time aku duduk dekat couple seat dalam wayang. Duduk couple seat dengan Dayah dengan dia pakai glove sepanjang cerita. hahaha. Panggung U8 ni memang sejuk lain macam.



Ktorang tengok Wreck it Ralph, tapi saje la tangkap gambar dengan cerita semalam ^^

tengok tu Dayah -.-

Lepas tengok wayang and makan semua, nak balik dah.

Sampai dekat taman rumah Dayah, dah sampai depan rumah ktorang pegi straight kat taman permainan. Rasa macam nak bersenam pulak, wakakaka

kanak-kanak ribena betul

Tau tak, malam tu, dari malam semalam sebenarnya, kaki, peha aku semua sakit. Lepas ice skating tu. Rasa dia lebih sakit daripada lepas training taekwondo. Adakah ini menandakan tubuh badanku manja? lol


Sekarang ni aku ngantuuuk sangat sebenarnya, tapi nak jugak buat entry ni. Sebab aku dah taknak buat sistem autokratik dekat rumah, adik aku tak dapat guna latop sejak aku balik semalam, muahahaha.

Terima kasih korang untuk dua hari yang best sangat. Best sampai tak tercerita dalam blog ni. Apa-apa yang kite cerita sama-sama malam tu, hikhik, tengok besar nanti apa jadi dekat jodoh memasing :'D



Ingat tak berapa kali hujan turun bila kita dekat luar dan tak bawak payung? hahaha. Tak terkira kan. Langit jeles letew :D