Saturday, 10 November 2012

Angan-angan selepas habis SPM *spm belum habis lagi!



Gila lah. Sekarang ni aku rasa sakit kepala sebab macam dah terlebih online. Amboi, pagi tadi buat Addmaths dua jam je pun dah mengada nak reward diri sendiri. Tadi aku terjumpa ni dekat dashboard tumblr, omo, rindunya dekat couple ni :')



semua orang nak dapat boyfriend macam Hwang Taehee, hahaha, tapi aku, aku nak boyfriend macam ni









my one and only

Minggu depan waktu cuti dah dipenuhi dengan class dekat genius dengan class cikgu Hasnul, inshaallah, harap library tak semak dengan manusia. Aku ni dahla Demophobia. bhahaha. Ada 10 hari untuk study Agama, Addmaths, Physics (kalau dari harini dah tinggal 8 hari), lepas exam tiga subj ni, ada 4 hari untuk study Chemistry dengan Biology, lepastuu HU YEAH FREEDOMM :D

Sebenarnya aku lebih takut daripada seronok. Takut laaa. Lepas exam, nak kena nervous tunggu result pulak. Aku tak pasti la aku boleh bergembira ke tak nanti. lol

Apa yang aku  nak buat lepas exam?

1. pegi daftar driving class. Sebabnya, banyak sangat benda yang aku ralat tak dapat join hanya sebab. takde transport. :( cedih au. cedih tangat. Terutama ni final year kau dekat sekolah, kalau boleh taknak miss mana-mana event pun. Tapi takpela.
dari kiri : budak mengada, budak garang, budak gedik


2. makan maggi. Lamaaaa dah tak makan maggi. Dah lupa ah macam mana nak masak maggi -..-


3. baca novel Hlovate dengan novel-novel lain. Srsly, rindunyaa nak feeling-feeling baca novel macam dulu T.T  Baca novel bagus tau. Boleh menajamkan daya imaginasi anda. Dahla haritu kena kutuk "imaginasi korang ni rendahlah!"


4. Tengok Adam & Hawa kat tv. lol. Bila kite dah tengok episod awal-awal, rasa macam tak best la terlepas ending dia kan. Lagipun, mengikut pengiraan aku, ending dia habis January tahun depan. omo, adakah aku dah masuk PLKN time tuu? ala, jangan laa~


5. Habiskan tengok episod akhir Love Rain dengan To The Beautiful You. whaaaat?! kau tak habis tengok lagi? Siput mengandung kembar tujuh pun lagi laju daripada kau tahu tak. hmm. Demi SPM, rela daku terlambat tengok.


6. Belajar memasak. ecececeh. Sebagai remaja yang bakal menamatkan zaman 17 beliau, maka haruslah saya pandai memasak. haha. Jangan terkejut pulak kalau entry tahun depan banyak entry resipi masakan, wakakaka


7. erm, nak tengok wayang. Lamanyaaa tak buang masa duduk dekat kerusi panggung tengok movie sambil makan popcorn, eh tak, popcorn dah 78% habis dekat iklan starting tu. Nantikan,  pada tanggal 27 November 2012, tepat jam 0330 pm merupakan tarikh kemerdekaan poyo kami warga budak spm budak sains tulen, tepat jam tu, ktorang nak berjemaah pegi panggung wayang. hoho. over gila



8. Last but not least, nak celebrate birthdayy nurieshah 29 November :D nanti sediakan cake cedap-cedap tau, omo, lamaa tak makan cake birthday. Nanti kitorang buat surprise macam yang awak plan tu tau, pastu nanti awak buat-buat terkejut tau ;D buat-buat taktahu tapi dah siap pakai lawa-lawa hihihi




eh apa lagi. erm, tu je. weeee, tak sabar nak habis. Dalam masa yang sama. sedih and takut untuk habis. Aku akan berusaha yang terbaik untuk exam yang terakhir tu supaya waktu riang gembira aku tak tergugat dengan kegelisahan pasal paper exam yang baru jawab.

Okaylah, aku nak buat Addmaths sampai pengsan malam ni, kalau tak pengsan jugak, aku nak hantuk kepala dekat pagar rumah jiran bagi pengsan jugak. Okaylah, bubye~



p/s : aku dah unfriend dah budak tu dekat facebook. Aku dah takmo susah-susah nak tahan emosi menghadap benda-benda ni. Kalau dah kahwin logik sikit, ni sama hingusan macam aku. Aku yang baca status dia rasa macam nak terjun lombong naga.

Tuesday, 6 November 2012

unfold



:)

Friday, 2 November 2012

Emosi sebelum SPM

Assalamualaikum :)

Aku baru balik solat hajat dekat rumah Ikmal tadi. Gembiranya pegi dengan balik jalan kaki dengan Dayah and Nurie, macam budak baru balik ngaji hahaha maklumlah tak pernah jalan kaki waktu malam sesamer :p Tapi sekarang aku tengah sakit perut, sebab makan banyak sangat, peh



Harini, too many emotions yang aku rasa. Siang tadi menangis sungguh-sungguh dekat sekolah, malam pulak gelak macam nak terbelah dua rongga mulut tu waktu lepas balik solat hajat tadi, gelak bergegar satu taman, ish, dahla sunyi. Tak sopan betul.


Bila ingatkan siang tadi, aku still rasa macam nak menangis. Cerita dia macam ni *eceh*, siang tadi, waktu nak balik dah, dah nak keluar kelas dah, aku dengan gang gangster aku gangster lah sangat tengah kemas kelas, angkat kerusi letak atas meja. Kemas untuk kali terakhir. Lepastu, Jolina and Farah start peluk-peluk and ktorang pun group hug, tetiba lah pulak dorang nak bagi ucapan mencabar jiwa batin, aku tak ingat apa yang Hidayah cakap. Yang pasti, waktu tu kali terakhir kitorang ada dalam kelas tu. Kelas yang ktorang dah duduk dua tahun dari form 4 zaman awkward dulu. Lepasni, dah takde dah dengar budak laki nyanyi lagu jiwang kat belakang aku, dah takde dah Ammar buat perangai mengada-ngada dia, dah takde dah nak tolak-tolak semua orang sebab berebut nak jawab soalan ustazah, dah tak akan rasa dah perasaan malas taknak naik lab and duduk lama-lama dalam kelas, dah takde dah Thivaghar yang buat cerita merepek dan selalu tipu cakap "bangun semua", dah takde dah tidur dalam kelas, dah takde dah gelak macam orang gila dengar lawak cikgu Aini dengan ustazah Maznah.. dekat universiti nanti, ada ke cikgu-cikgu macam tu? Ada? Aku sedih. Semua orang dah tak buat lawak lagi, starting from next week, semua orang dah serius :'( Kenangan dalam kelas tu banyak sangat, ada yang tak tercakap kat sini. That's why lah aku rasa sedih gila tadi sampai buat drama swasta beramai-ramai.



Dalam keadaan menangis tu, ktorang baru perasan Amir and bebudak laki lain tengah tunggu ktorang sebab nak kunci kelas. Waktu nak kunci kelas untuk kali terakhir tu, Amir, Syed, Syafiq, Nazmi sibuk nak bagi ucapan yang sengal sangat.


Sebelum berpisah betul-betul, ktorang minta maaf dengan Syed. Ktorang minta maaf dengan dia sebab ktorang selalu marah dia, ktorang selalu geram dengan dia, ktorang selalu cakap dia tak matang, ktorang tak tolong dia tunjuk direction waktu dalam cab, k sedihnyaa :'( dia suruh ktorang berhenti, sebab dia nak nangis letew, hahaha, kalau ktorang cakap sikit lagi, mesti dia menangis jugak hahaha. Lepastu dia pun minta maaf, dia cakap yang dia akan jadi matang lepasni. Dia kata by the time ktorang jumpa lagi lepas SPM nanti, dia dah jadi matang dah. Dan dia janji taknak duduk dalam kereta 'macamtu' lagi.

ktorang marah dia duduk macamni

Kat sekolah tadi, waktu tengah busy ambik gambar, tetiba lagu yang jiwang dekat dataran tu bertukar lagu Oppa Gangnam Style. Budak lelaki kelas aku and semua budak lelaki dekat sekoalh time tu, pegi menari macam tak ingat dunia ramai ramai atas pentas dekat dataran. omg. Terkejut aku tengah fenomena tersebut, tak terfikir akan ada flash mob camtu kat sekolah aku -.- lol

Btw, dewan peperiksaan dah siap kemas, slip exam dah siap tampal, tinggal nak tunggu jawab kertas exam jee isnin depan. Aku duduk sebelah Ammar, lol, camner la nasib aku nanti jawab exam sebelah dia, semoga aku diberikan ketenangan untuk jawab dengan lebih konsentrasi tanpa gangguan virus mengada dari budak sebelah.

Berikut merupakan gambar-gambar semalam waktu kemas dewan :D

gambar bawak virus bahaya


nurie, jwa, jolina, hidayah. =)

thivaghar, lepasni kau dah tak boleh mintak gula-gula dekat aku lagi..


tu untuk video kelas =)


team perdana, team aku sebenarnya, eh eh, cuma mengada taknak pakai baju rumah sukan, menyesal la :(






bahagianya








lepak dalam bilik cikgu. mungkin untuk kali terakhir...


comelnya cikgu Aini :')

Lepastu kan, ktorang balik then tetiba Athirah Nabilah panggil pegi lab Bio kalau nak test darah,

pemandangan 1/2 dataran daripada lab Biology


jolina : sweetnya cikgu, hadiah akhir tahun bagi ktorang test darah :'D


yang darah comot comot tu Dayah punya, yang aku punya yang sikit tu, puas picit jari aku, sikit gila darah kuar >:O

Gamba pada hari ini belum diimport lagi k, haha. Sedih laa.. Makin nak SPM, makin sedih. Macam ni ke rasa yang semua senior rasa..?

Tahu tak, betapa orang lain tahu cerita kita, tahu kisah yang kita hadapi, tapi diorang tak rasa. Diorang sebenarnya tak akan faham kita, macam mana kita faham diri kita sendiri. Kalau rasa takde orang dalam dunia ni faham korang, nangis lah puas-puas. Tapi ada batasnya tau. Otak mesti kena rasional sendiri untuk fikir yang mana satu lagi penting. Nak nangis mengenangkan kisah sedih atau nak berusaha untuk kisah yang bahagia sampai bila-bila waktu Mac 2013 nanti. Ingatla, satu hari nanti, awak akan jumpa orang yang lebih baik. Belajar pandai-pandai sampai Ireland/Mesir, nanti jumpa orang yang lagii handsome :) Lagi satu, awak kena ingat, kalau ada jodoh, takan kemana. So buat pe cedih-cedih :)

Lepas habis hari sekolah terakhir ktorang tadi, dekat twitter


#SMKTTDIJaya trending. hahaha

sebab gangnam tu kot, amboi, kemainn. ok lah, nak off, bye bye. Kepada calon SPM 2012, kite sentiasa doakan awak dipermudahkan segala urusan untuk SPM, sihat tubuh badan. Good luck!


p/s : drama rupanya tak menipu. Waktu jalan kaki dalam keadaan sedih, memang logik kalau tetiba hujan turun membasahi tubuh. eceh