Wednesday, 24 October 2012

Ni semua duniawi je

Bila study atas katil sorang-sorang sambil dengar lagu kpop, beria nyanyi and hentak kepala dekat angin melebihi tangan bergerak bulat jawapan dekat kertas latihan. Tetiba.. lagu sedih keluar. .. Lagu lama.. Lagu yang aku pernah ketagih nak dengar setiap saat suatu masa dulu. Bila dengar lagu tu, terbayang semua cerita lama. Hidung tetiba rasa sakit. TBH, aku. memang menyesal dengan apa yang pernah terjadi. Tapi bila fikir balik, buat apa? Kita tak boleh ubah benda yang dah lepas pun. Semua yang pernah jadi, bagi pengajaran yang besar untuk masa sekarang dan masa depan. Aku. cuma sedih. Sebab sesuatu yang sepatutnya berakhir dengan damai, tapi realitinya berakhir dengan dingin sangat. Aku sedih tahu. Lepasni, kalau kau nampak aku, jangan la pandang aku macam kau tak pernah kenal. Kenapa kau mesti macamtu. Kalau aku buat macamtu, kau jangan, boleh..?..

Teringat dekat bestfriend aku jugak, rindu terasa sampai tulang rusuk weh *hiperbola siut*

Aku dah buat keputusan nak berbaik dengan sesiapa saja yang pernah bersengketa dengan aku dulu. Aku rasa macam tak professional je bila asyik tolak huluran damai dari dia. Padahal benda lama kan. Teruk gila aku.

Ok dah, ni semua gara-gara lagu jiwang secondhand serenade arghhh, stress

nak ni :3

Korang perasan tak yang aku tengah update blog sekarang ni, haha, kata haritu taknak update dah, ceh, sila baling telur dekat blog ni sekarang.
Walaupun nak spm, tak semestinya tak buka laptop langsung. Kadang-kadang tak dapat focus buat kerja kalau ada benda kte nak publish kat blog ni tapi tak buat buat lagi! Tapi kan, actually takde menda penting pun nak publish, cuma semalam aku tengok video ni


TEENTOP dengan SHINee datang Malaysia!!

hari kedua spm weh, takpela, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kite. bak kata hidayah, ini semua duniawi!


Aku rasa sedih, rasa macam nak baling handphone adik aku dalam toilet and flush, baru lah aku akan rasa lega. motip guna handphone adik aku untuk tenangkan diri? Takpe la weh, aku redha, sebab SPM :"O


Siang tadi, aku tengok Romeo and Juliet, aku rasa, aku. tak boleh tengok cerita yang tak happy ending. Aku rasa macam nak kena darah tinggi je bila orang handsome mati, argghhhh

lol

Tadi jumpa ni, untuk awak Dayah,

sabar k, ni semua duniawi saja.



p/s : apa gunanya stay up sampai pagi untuk study kalau dalam kelas nanti tidur tak ingat dunia. aku lah tu, jangan terasa

Monday, 22 October 2012

Thought











p.s : malas nak besarkan gamba, kena edit template bagai. klik gamba kalau nak kasi besar k. heh *tak bermaya*

Sunday, 14 October 2012

High School Graduation Day

Assalamualaikum.



Aku dah tinggal sikit je lagi hari untuk jawab paper SPM dan aku di sini, di depan laptop sambil dengar lagu Sad Song, nak buat entry pasal Graduation Day haritu. Aku malas nak postpone dah weh sebab aku dah malas dah nak log in blogspot nanti.

Graduation ktorang dekat MSU hari rabu lepas. Malam rabu tersebut iaitu petang selasa, ktorang dah berada di rumah Nurie untuk sleepover. Kemain kan, esok nak graduation, malam tu nak sleepover dulu, hahahaha. Tapi sleepover ktorang la yang paling nerd di dunia sebab ktorang study sepanjang malam. err, maksud aku sebelum tidur tu ktorang memang tengok Woman in Black dulu. Tapi tak tengok cerita hantu pun, ktorang dah takut. Sebab, ada hantu di kalangan ktorang. Soalnya, siapakah? hahahaha. Party Bedak Sejuk bertukar menjadi igauan ngeri buat mereka, muahahaha k.

So esoknya ktorang bangun awaaaal, tapi tetap terlambat pegi sekolah -.- Sebab 4 orang (tak termasuk Nurie) nak mandi memang lah kan, tapi antara dorang, aku mandi paling cepat of course, well.

Ktorang lima-lima pakai dress tapi malangnya tak bawak camera pegi majlis tu. Sengal betul. Cikgu kata jangan bawak camera, jangan bawak beg, jangan pakai kasut tumit tinggi, jangan warnakan kuku. So kami warga budak skema ikut jela kan, rupanya ramai yang tak ikut cakap cikgu tu. Tapi takpe la,

dekat MSU. ni dari camera Syed, curi kat twitter sobs
 Nanti kalau ada masa aku nak upload gamba lagi, gamba budak kelas aku yang lain, budak perempuan, budak lelaki, tapi bukan sekarang. sobs

dekat rumah nurie





hidayaaah and me :)

pose patah pinggang. hahahahaha. aku pun taktahu kenapa aku letak gamba ni sebab sebenarnya aku malu tengok diri aku sendiri yang sebenarnya orang ingat aku tak malu tu sedangkan aku malu dan dorang yang taktahu aku malu tu taktahu malu sebenarnya sebab ingat aku tak malu sedangkan aku malu

Rasa terima kasih gila dekat mama dengan Marina yang tolong hantarkan shawl coklat tu malam tu ='D Rasa terima kasih jugak dekat mak nurie sebab sediakan tempat yang selesa untuk ktorang ='D dan juga kakak dia :) Oh, dan rasa terima kasih jugak dekat Faris, Amir dengan Ariff yang bagi ktorang tumpang kereta waktu balik, nasib baik jumpa dorang, tak perlu jalan bawah matahari terik tu ='D Dan dan dan tak lupa jugak jasa baik cikgu Edayu sebab bagi duit dekat ktorang untuk beli kotak biru tu, omo, cikgu sangat remaja dan memahami ='D

Bila tengok budak-budak pandai dapat anugerah tu, hmm, rasa macam, meremang bulu roma, rasa diri ini sangat kerdil. Ya Allah, aku tengah mengusahakan kejayaan tersebut, permudahkanlah urusanku, dan juga urusan semua calon SPM tahun ni :'O

Waktu prof dato wira tu bagi ucapan, taktahu la aku syok sendiri ke apa, tapi aku rasa dia banyak kali pandang aku. hahahahaha. Maksud aku, aku terasa yang ktorang buat eyecontact banyak kali. Mungkin tempat aku depan sangat kut, lol

Taaaaaapi, sedih gila doh, aku tak pandang camera waktu dapat scroll! TENSION. Mesti buruk gambar aku nanti, cis

okaylah, aku nak log out dah, hahahaha, banyak gila aku type. Mesti orang tetidur oh baca. Macam aku.....




p/s : rasa sedih la lately :/

Friday, 5 October 2012