Monday, 24 September 2012

My 6D experience

Assalamualaikum :)


Dekat tuition BI petang tadi, aku ngantuk gila nak mampus. lol aku sentiasa je ngantuk. Time exam paling bermaharajalela la perasaan itu. Kekadang rasa macam jealous je dekat orang lain yang relaks je time aku tengah nazak nak jatuh kerusi sebab nagntuk *over seh* Dahla time tengah buat karangan, ngantuk la pulak, so tulisan aku pun dah macam orang kena rasuk.


pegi kelas tambahan dulu sebelum pegi library :p


betapa gigihnya Jolina nak explain dekat Ammar k





nasib baik ada Ammar, boleh tolong tangkapkan gamba, hahaha




So cerita dia macam ni, beberapa hari yang haritu, ktorang tengok teater 6D. Dekat library Shah Alam. Ktorang kan hardcore library, siket-siket library sebab sangat selesa dan boleh duduk sampai malam. Tambah-tambah lagi time exam ken. Waktu ktorang masuk tengok 6D berlima, tengok Canyon Coaster, lepas keluar je dari bilik tu, masing-masing hilang suara jap *kisah benar*. Release tension kut sebab dapat jerit tak terkawal. Aku tak boleh lupa betapa aku jerit walaupun tekak dah rasa tegang pun still jerit. Nurie tak payah cakap la, belum start lagi, dah jerit. Kerusi tu bergegar, so kalau kau buat muka serius je taknak jerit, lemak-lemak dekat pipi kau akan bergoyang-goyang lol apa yang aku cakap ni! Wuhuu


Lepastu, ktorang try masuk lagi nak tengok cerita lain pulak. Ktorang masuk dengan budak laki. And pecah jadi group, tak muat nak masuk semua ye. Tapi okay la sebab group aku tertib je hahahaha,



yang group satu lagi tu sibuk gaduh dekat depan kaunter sebab nak pilih cerita. Malu je, rasa macam nak buat tak kenal jap. Ktorang tengok Haunted Mine. Sebenarnya aku dah pernah tengok dah so tak terasa apa sangat :/

Tapi kaaaaaaan, bila masuk dengan dorang, jadi macam tak terasa nak jerit. Srsly, bila masuk dengan budak lelaki, tak sama feeling dia macam bila masuk denga kengkawan perempuan. Bukan tak best ye kawan-kawan, tapi bila dengan kawan baik kite mestila lebih terbuka, tak terkawal getu :p haha

my love muah muah :*

Aku dah tak dapat buat entry baru dah lepasni. Sebab SPM lagi 5 minggu. ketaq lutut cek



10:42 p.m.
current status : waiting for a miracle to happen..

Wednesday, 19 September 2012

Serius

Assalamualaikum :)



aku. nak update blog.

 tapi taktahu nak cakap pasal apa dulu. Trial? Library? 6D? Raya? Result exam? Annoying people? Erythrocyte? *eh eh


Tapi nanti dulu la

Sejak belakangan ni, ktorang asyik bincang perkara yang serius. Pasal masa depan. wah, seriusnya. haha *rasa dalam hati, siapa yang tahu kan

p/s : pegi library sumpah bukan sebab nak tengok abang vanilla coklat.

Tuesday, 11 September 2012

Friday, 7 September 2012

Trial yang seronok, haha *ketawa tawar*

Assalamualaikum.


Harini nampaknya bukan la hari yang bertuah untuk aku. Walaupun aku banyak gelak jugak tadi, tapi kesedihan kat dalam, siapa yang tahu haha *ketawa tawar lagi*

Aku jawab paper Physic dalam keadaan pasrah. Pasrahh... Dugaan harini :

1) Kat sekolah tadi, aku keluar rehat macam biasa, makan sambil bercakap, lepastu dah habis makan, ktorang jalan nak pegi kelas, lalu dataran, terasa sunyi gila dataran tu, and ktorang tengok semua kelas, takde student jalan-jalan dekat koridor. Rupanya.. Physics paper 2 dah start T.T Ktorang lari naik tangga dah macam gorilla

2) Buka page pertama, soalan ammeter. Tengok semua page.. sebijik macam soalan spot yang aku dapat, dan dengan vangangnya aku tak study semua tajuk dalam soalan spot tu, haha *ketawa tawar. lagi*

3) Lepastu, tengah jawab paper 2, aku tersedar, yang aku takde testpad. Aku pun pssst pssst dekat nurie, nasib baik dia pandang T.T kalau dia tak pandang, memang aku rampas testpad farzana gamaknya

4) Soalan Physics sangat susah aku, aku rasa macam nak menangis jalan balik rumah

5) Aku susah nak rasa geram dekat orang yang annoying, sucinya aku

6. Aku tengok Adam & Hawa, mungkinkah Aaron Aziz banyak makan? Sihat sangat dah dia ye

7. Apa aku buat ni -.-

Aku tinggal lagi paper Chemistry, Biology, Addmaths dengan Physics paper 3 je. Lepastuuu, merdeka! aku nak study secara serius untuk SPM pulak! Semoga aku ditambahkan kerajinan, amiin.

Weekend ni, aku target nak setelkan nota Sejarah dengan bersungguh-sungguh! Dengan nak susun nota Agama yang dalam file. Menyusahkan aku je haritu sebab dalam file tu, berterabur susunan dia, sekejap Akidah, sekejap Ibadat.

Sekarang ni sebenarnya aku baru balik tusyen Chemistry, ingatkan malam ni nak setelkan matrikulasi tu tapi ahh penat lah. Esok aku tusyen dari pagi lepastu terus berangkat ke library Shah Alam. Nurie dah fotostatkan trial Bio dari beberapa negeri, tak sabar nak study Bio esok! hihihi *ketawa ikhlas*

Semoga urusan kami dipermudahkan esok, amiin!

Byebye

*oh ya, haritu aku stalk Nora Danish punya instagram, terjumpa gamba ni and aku terbaca comment yang buat aku tak boleh tahan gelak. lol. Sangat susah untuk buat aku gelak sorang-sorang tahu

baca comment dari atas tau. *klik untuk besar*


p/s : banyak sangat benda yang aku nak buat lepas SPM. tak sabar nak habiskan tahun ni dengan jayanya. Lepasni i bakal jadi junior balik, ewah