Thursday, 30 August 2012

Pakcik teksi


Assalamualaikum and haii

*kiko pun nak haii jugak..

Dalam kemalasan, aku on twitter jap, tetiba aku terbaca

bhahaha. dehel -.- nasib baik bukan account betul, ceh


Okie semua, entry ni bukan pasal oppa gangnam style ew -..- Aku nak cerita pasal pengalaman tahpape aku tunggu teksi dekat library Shah Alam haritu. Actually semua call dibuat oleh Anis sebab aku tak biasa, ceh. Pastu, ktorang call banyak kali kot, sampai orang teksi tu agak bengang la juga. Masalahnya, teksi yang lalu tu, tak stop pun, dia pegi jalan terus, ada yang pegi masuk kelab golf, ada yang stop dekat mana ntah. Dia macam tak sistematik kau tahu. Dahla aku tak biasa.

Tetiba, ada teksi ni berhenti, pakcik teksi tu tanya "awak ke yang called tadi?", ktorang ye kan jela and terus masuk. Dia tanya "nak pergi PKNS kan?", ktorang cakap "eh tak la. Ktorang nak pegi extream park" pastu pakcik tu kata yang dia tak boleh ambil orang yang salah, nanti kena penalti. Padahal ktorang dah ada dalam tu dah pakcik, nak suruh ktorang keluar balik ke? SRSLY??!!

Pastu pakcik tu sangat jujur, dia siap call jabatan dia untuk dapatkan no fon orang yang call teksi tu. Cis, teksi-teksi yang ktorang call tu takde pun call ktorang waktu tak nampak ktorang. And macam kisah bawang putih bawang merah, ktorang kena keluar daripada teksi tu sebab 'penumpang sebenar' dia dah sampai. Bila keluar, macam 'WTH'..

tahu tak, penumpang tersebut sebenarnya ****! Dia dengan sorang perempuan, girlfriend dia i guess. LOL -.- Aku rasa macam pasrah je time tu sebab kena keluar teksi. Dia tak tegur aku langsung weh. Aku cerita dekat Nurie and Dayah waktu dalam lab Physic, dorang gelak and cakap itu balasan aku sebab reject dia. 

Aku macam nak dapat darah tinggi. Bila masa aku reject dia. Ok, srsly aku tak kesah langsung nampak dia dengan pmpuan tu. Cuma aku pelik la, kenapa dia tak tegur aku macam biasa. Padahal sebelum ni kemainn. Nampak macam aku lak yang buat salah. Takpe takpe, lepas ni, aku pun nak buat tak kenal bila jumpa!

Aku still tak puas hati pasal peristiwa teksi tu!! Dan malu.. Aku taknak selisih dengan **** dekat sekolah. Sebenarnya selisih je tapi aku buat tak nampak. Kau ingat kau hensem? Thivaghar lagi sepuloh kali lagi hensem daripada kau tahu! Sorry la weh siapa yang baca ni, teruk betul aku buat dosa mengata dia. Tapi aku tak mengata dia kan? Aku just cerita pengalaman teksi aku... Maaf zahir batin!

Lepastu tu kan, macam asdfghjkl sungguh sebab purse aku tetinggal dekat library dan aku baru sedar esok pagi sebab dapat duit raya and nak simpan pastu taktahu purse pegi mana, aku check fon jap, ada banyak missed call daripada unknown yang aku tak angkat dari malam tadi sebab aku sakit kepala. Rupanya itu call daripada pakcik security dekat library, pakcik tu baik gila cara dia cakap dengan aku. Rasa macam malas nak pegi ambik purse aku awal-awal sebab ingat orang baik yang simpan ken, mengada seh. Lepastu aku taktahu nak cakap apa nanti dekat ayah aku sebab dia takde dekat rumah waktu tu. Aku pun minta kakak aku hantar pegi library. Kakak aku bawak kereta macam sukehati abah kau je, boleh lak dia cross dua line dekat jalan tu waktu lampu merah sebab dia salah masuk line. Macam..orang semua berada di jalan yang lurus, kau pulak buat gaya horizontal dekat tengah-tengah. Akibatnya aku nampak abang kereta sebelah camni 

Memalukan aku jeh dia ni, tapi takpe asalkan purse aku dah dapat balik, weee~



ganjaran untuk diri sendiri dan kakak aku :D



p/s : the awkward moment when you are looking at your own work and you have no idea how you got the answer


Saturday, 25 August 2012

Ini bukan entry raya, ini entry SPM

Assalamualaikum!







Aku sebenarnya baru balik library Shah Alam dengan Anis. wuu, penat. Sebab aku tak sihat + sakit tekak, sebenarnya aku demam dari malam tadi, tapi orang macam aku, demam still boleh menjalani kehidupan normal, takde la mengada sangat nak rehat sepanjang hari kat rumah, haha, ops

Aku taknak cerita pasal raya sangat sebab tak ingat dah apa aku nak cerita, bhahaha. Tapi aku nak post gamba, bolee? :p




Raya tahun ni tak best sangat bagi aku, tapi sebenarnya nak kata tak best langsung, still ada part best ._. And aku banyak habiskan masa tengok cerita Thailand sebelum tidur. Kakak aku copy movies yang best from laptop sepupu aku, so ktorang layan setiap hari. Nampak tak? Yang aku tak study pun.. Buku-buku dalam beg aku bertepuk sebelah tangan lah nampaknya.. Untuk berlaku jujur, ewah, rumahku syurgaku tetibe. Aku tak reti nak study dekat tempat yang selain rumah aku, kalau study jugak, tak dapat focus sangat. wuu. Aku tahu aku patut ada kesedaran diri, kalau nak study, mana-mana pun boleh. Aku buat Addmaths je waktu dekat kampung. Buku Chemistry? Aku buka. Baca. And keluar balik. Aku taktahu apa yang aku bacaa!!! Geram sebab banyak masa terbuang dekat kampung. Dahla dapat duit raya sikit! Ada orang tu, bagi duit raya dekat adik aku je, dia nampak aku ni macam dah nak kahwin kut? :/

Selain tu, aku nak bagitahu di sini, yang aku bukan taknak reply text kau. Dekat kampung, aku tak suka texting sebab depan sedara mak ra, nampak macam mengada je bila fon asyik bunyi mesej masuk. Aku lebih rela membosankan diri tengok tv yang takde siaran astro, atau dengar sedara mak ra sembang kencang, or buat Addmaths yang aku selalu intai jawapan belakang tuu. Aku bukan apa, kalau text nak bagitahu sesuatu, atau nak tanya kemusykilan yang serius, takpe la juga. Ni text tanya 'hai, tengah buat apa?'. Aku bukan nak burukkan sesiapa, sorry ye kalau kau baca walaupun kau taktahu kewujudan blog ni, tapi aku just, tak suka. haih. Harap sangat kau tak terasa hati sebab kalau boleh, aku pun tak nak kehilangan rakan yang selalu tanya khabar ni...

Wonder macam mana raya aku tahun depan, apa agaknya institusi pengajian yang aku masuk.. Tahun depan, aku akan facing semua orang dan kena prepare untuk jawab pertanyaan orang tentang masa depan aku. Sometimes, bila aku fikir tentang future, aku rasa takut, sebab aku rasa aku tak contribute enough to my future plans.


p/s : anis tanya, dulu aku pernah tak rasa menyesal tolak tawaran asrama tu. Aku sebenarnya. Banyak benda aku rasa masa tu. Aku cakap, aku tak menyesal.

Tuesday, 14 August 2012

Empty Decorations

I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness surround
Floating away with auras of hope
But reality brings me... to the ground


What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

Cause I don't wanna be alone (Oh oh...)
Living life all on my own (Oh oh...)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause I wanna be with people that I know
Who will do the things I do (Oh oh...)
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you...

I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that I'm here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/indecisive/empty_decorations.html ]
Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of overflowing joy

Cause I don't wanna be alone (Oh oh...)
Living life all on my own (Oh oh...)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause I wanna be with people that I know
Who will do the things I do (Oh oh...)
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you...



p/s : dengar lagu ni, terus teringat Hlovate - Tunas, waktu dorang nak struggle untuk SPM. Pasni tak boleh enjoy dah, trial terus lepas raya, omo! Camner ni camner nak baca buku sambil main mercun, camner nak tekan calculator dengan tangan kiri? tangan kanan makan kuih raya..camner :'( 




Friday, 10 August 2012

Bro

Assalamualaikom!

eceh, tajuk nak gangster lak en eh gangster ke Sebenarnya tadi aku tetiba terperasan fenomena pelik dalam family aku iaitu aku ada dua orang adik lelaki yang kadang-kadang kewarasan dia dipersoalkan sama ada keadaan itu disebabkan virus luar ataupun tidak -____-

Aku malas nak bercerita panjang sebenarnya. Memandangkan aku ni pemalas so jom tengok gamba. zass. Persoalannya, mengapakah kewarasan mereka dipersoalkan?

entry ni banyak gamba, so mungkin loading lambat sket T.T


Gamba hidung kembang.



menakutkan okay

ada troll dekat hujung tu --''

bila dia nampak camera, automatic hidung tetiba kembang


Gambar bajet gangster





Gambar bajet comel






Gambar bajet romantik.







Gambar bajet menghulurkan bantuan

nampak camera, terus buat-buat tolong ayah rizal angkat kayu, fake gila !



Memang aku je yang normal sebenarnya..



dan kakak aku lah sebenarnya pembawa virus tidak sihat ini D:


Semua ni bukan gambar tahun ni. Tahun ni aku rasa perubahan drastik dalam diri dorang. Makin kuat melawan, makin menyakitkan sanubari, makin makin lah. Aku harap satu je, iaitu dorang membesar jadi orang yang pandai, lagi pandai daripada aku yang tak berapa pandai ni. So kalau mak ayah aku kecewa dengan aku, at least dorang tak kecewa dengan adik-adik aku.


Sunday, 5 August 2012

Cerita pagi ini


Assalamualaikum :)

Bestnya bangun-bangun tidur tadi, mak aku dah siap belikan cool blog honeydew untuk aku :D tak sedar bila mak ayah aku keluar and balik


macehh :'D


Aku sebenarnya bangun lambat sebab malam tadi aku siapkan module Sejarah tingkatan 5, sebenarnya dah boleh terus print yang original punya tapi aku nak edit-edit sikit, tengok-tengok nak dekat pukul 1 dah, wah, cuba teka, masa yang laju ke atau aku yang tak laju?


Bestnya minum honeydew pagi-pagi yang tak pagi lagi. Haritu aku sedih gila sebab mak aku belikan cool blog honey dew, aku minum sikit lepastu letak dalam peti ais, beberapa jam pastu, cool blog tu dah missing in action. Mak aku ingat aku taknak, lantas beliau dengan adik aku dah habiskan. Sejak haritu aku ungkit kot, huhu.


p/s : baik aku baca module sejarah yang aku baru print tu sekarang, babai ^^



Right Now, It's Girls' Generation


Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up


I love you, just like this. The longed end of wandering.
I leave behind this world's unending sadness,
Walking the many and unknown paths, I follow a dim light.
It's something we'll do together to the end, into the new world.
-Into The New World



Although as time passes, we may change
Let's not let go of our hands
Just for love
Let's let this be our last love forever
I wish for that
-Complete


have you ever shipped something so hard that you started crying ...


#5thAnnivGirlsGeneration


   

Thursday, 2 August 2012

Saya suka Laongmanee, ewah

Assalamualaikum :)




Haritu aku mengalami selsema yang teruk. Hidung aku sentiasa berair, aku bawak 5 packet tisu dalam purse. Kulit bawah hidung aku rasa pedih kut sebab asyik ditonyoh dengan tisu. Ada ketika aku bersin tak berhenti, aku rasa macam organ dalam badan aku nak keluar sekali waktu bersin tu *over tak?*. Ada ketika, hidung aku sakit, aku rasa macam nak bersin, tapi tak bersin, and feeling macam ni berterusan.. buat aku terseksa. Rasa macam nak cabut hidung pastu simpan dalam laci.



Dalam Love at 4 Size, aku tengok banyak kali, still suka dekat Yok. Kenapa aku suka dia? Sebab cara dia layan girlfriend dia kut, sweet je T.T






Aku rasa lepas ni aku nak belajar Bahasa Thailand la. Okay tak? Tapi kan, susah kut tulisan dorang, melentik-lentik tapi lelaki dorang ensem T.T Sesiapa yang percaya tulisan dalam pic atas sekali tu tulisan bahasa thailand, padan muka, anda tertipu :B hehehe. Eh tapi ada sesiapa percaya ke?



p/s : lepas ni aku nak tengok cerita suckseed pulak, lalala~

p/s/s : oh ya, farah, kite tak suka Mr. V awak ok, kite suka Yok je, boley