Thursday, 26 July 2012

Saya terpilih

Assalamualaikum :)




Tadi baru balik bazaar, wahaha, setiap petang kut aku pegi, segala air buat aku rasa macam nak menangis, sebenarnya dari first day puasa sampai lah semalam aku asyik berbuka dengan air honeydew, srsly, tak bosan langsung. Tapi harini aku tukar fikiran sebab nampak air nanas yang dipenuhi cube ice sangat wow~

Aku sentiasa pergi bazaar sebab setiap petang tusyen ken.. Tusyen Genius lak sebelah bazaar je, maka setiap hari ktorang nak balik tusyen awal sebab nak pegi bazaar :D Uncle sabar je haha

Hmm. Seperti yang korang semua nampak, aku terpilih PLKN. Srsly aku tak rasa apa-apa langsung tapi mak aku, mashaallah, dari tadi pukpikpukpik, marah aku sebab tak baca doa waktu nak check, kan dah terpilih, mak aku dari tadi tak puas hati dengan aku, mak aku asyik cakap yang PLKN tak boleh kacau proses sambung belajar aku. Mak aku membebel tak berhenti kot, aku just balas "ish mama ni, lek lu~"




haha, yang ni manyak merepek, simsimi niii

Okaylah, aku kena tolong mak aku, nak dekat berbuka dah, byoi~


p/s : aku dah tengok dah video perkahwinan syafiq (16 tahun) dengan yana (14 tahun), ternganga jap. PMR pun tak ambik lagi tu -.-


Saturday, 21 July 2012

Being independent

Semalam hari sabtu. Hari pertama puasa. Lepas zohor, my parents and adiks aku bertolak balik kampung. Aku tak ikut. Sebab aku teman kakak aku, dia ada kerja nak buat. And aku pun ada tusyen Sabtu Ahad (ternyata dua-dua cls cancel!). So hari sabtu, iaitu semalam, aku hidup macam biasa. Online jap, pastu rasa bersalah buang masa tengok allkpop, pegi masuk bilik siapkan tasawwur. Kakak aku forever depan tv. Idk the thing about me, why did i agree to stay at home with my sister? Aku pun tak faham dengan diri aku, kalau taknak, kenapa cakap "okay" ?


sekarang dia dah tak pakai speck hijau, hoho


Dalam pukul 6 petang, aku siap nak pegi bazaar, dekat bazaar aku terserempak dengan ramai orang yang aku kenal dan tak sangka akan jumpa tapi dengan sangat vangangnya aku tak tegur, disebabkan follow kakak aku yang jalan laju. tsk

Waktu berbuka, kakak aku buatkan aku jus epal susu kot. Aku dah beli air honeydew sebenarnya tapi oleh kerana kakak aku semangat buatkan aku air yang kononnya special sangat tu, aku pun telan je laju-laju, the truth is, aku tak berapa gemar air tu tapi aku minum jugak weh. Dia buat special tahu, untuk 2 gelas, dia siap puji air tu sendiri sebab aku tak puji, ops. Sebenarnya, air tu sedap, presentation bagus, aku hargainya, ohohoho. Kalau minum air tu time sahur mungkin okay la sikit.

Lepas maghrib, aku online jap, pastu buka tv tengok cerita Unknown. Sebenarnya aku nak bagitau, yang aku rasa kosong je bila duduk berdua dengan kakak aku. Kakak aku mungkin gembira waktu mak ayah aku takde ni, tapi aku tak. Aku rasa lebih tenteram bila mak ayah aku ada. Dengan kata lain, aku rasa sedih sebab kena berbuka tanpa dorang.. sahur sorang-sorang.. aku just, sedih. Lepastu papa call lepas isha' tanya makan apa berbuka tadi, nanti sahur makan apa, ada makanan ke tak. Aku kata ada..nasi goreng segera... Then ayah aku gelak. Kelaka ke.. :( Lepas balas mesej, aku siapkan tasawwur paper 2 sampai habis, pastu aku masuk bilik air cuci muka before tidur. Dalam bilik air, tetiba aku rasa macam kekurangan entah tak faham dengan diri aku aku tetiba menangis waktu nak cuci muka. Macam orang gila je? Well, aku taknak kakak aku perasan, aku pun nyanyi sikit dalam bilik air "senyum mu menawan, menawaaan~kau buat hatiku tertawaaan~" tetiba -.- maaf

Ini first time aku kena berbuka sendiri, sahur sendiri, tanpa mak ayah aku, semua benda aku kena buat sendiri.

Lol entry ni terlebih emosi sudah. Maybe parents aku balik kejap lagi. Pengajaran untuk aku, pasni aku tak mungkin akan tinggal sorang-sorang dengan sesiapa pun kalau mak ayah aku nak balik kampung.


p/s : Sebelum ni tak suka balik kampung, sebab takde wifi

Tuesday, 17 July 2012

Perbincangan Serius dan McD

Assalamualaikum..

Uh uhuh, ah ahah, hari Sabtu ni dah puasaaaaa, anda gembira? Saya punn, bhahaha

Oleh kerana puasa nak dekat, ktorang, Jolina Hidayah Nurieshah Farah dan aku dah planned nak makan chedap-chedap minggu ni, wahahaha *sedap ke?

Lepas order, terkejut aku dengan Farah dengar harga total sampi seratus, ewah, rancang nak makan kecil-kecilan je kot. Sementara tunggu abang mcd yang lambat sampai, ktorang layan video kahwin Irma Hasmie lagi sekali -,- sambil meluahkan rasa kekaguman wah wah dekat suami dia yang handsome -,- sangat lapar dan akhirnya abang mcd sampai. Sebab tu gambar tak banyak oh sangat lapar lantas ktorang terus makan tanpa pandang rakan sebelah eh yeke dan tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab tudung memasing dah terbang.






Lepas habis makan burger dengan mcflurry, ktorang makan french fries sambil mengadakan perbincangan yang agak serius. Perbincangan tentang... bagaimana cara untuk mengeratkan perpaduan kaum dan sebagainya. puk pek puk pek dah Asar and haruslah solat dahulu sebelum pergi tusyen Bio. Tusyen Bio pukul 4.30, tapi 5.15 ktorang still kat rumah. Maaf cikgu, start minggu depan saya akan pastikan dak farah dengan dak hdayah datang awal dan menjadi lebih berdisiplin tentunya dengan bimbingan dari saya =)





Kat tusyen, ktorang belajar pasal Early Development of Zygote in Humans,dan.. tak sanggup aku dengar cerita cikgu Aini yang doktor seluk tangan nak ambil uri (placenta) yang tertinggal and melekat dalam rahim, oh tidak, taknak ingat. Pastu cikgu cakap pasal hubungan ibu dan anak. Sebab tu la kita senang nak kantoi kalau tipu mak kita sebab attachment antara anak dan ibu tu kuat, maknanya kalau kau nak tipu pun gerak hati ibu boleh tahu yang benar, getu deh. Then aku bisik Farah "tapikan, kite lagi susah nak tipu ayah kite sebab ayah kite sentiasa je tahu kalau kite menipu" and Farah cakap "a'ah laa. Ayah kite pun sama. Adakah ayah kita yang bersalinkan kita?"

Dan aku telah dipandang serong oleh orang lain, sebab ketawa dekat tajuk yang serius.


Sunday, 8 July 2012

Kenangan bulan puasa

Assalamualaikum~

Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga..
Waktu berjalan laju, tidak sabar ku menunggu.
Nenek selalu berpesan jangan mengikut nafsu..
Jika kita ikut, itu perangai hantu...

Aku rasa dah macam orang tua dah, menghidapi sindrom rindu zaman muda-muda dulu bhahaha. Budak tujuh belas tahun cakap camni, pun boleh.

Adik aku suruh aku nyanyi lagu Diari Ramadhan Rafiq sebab suara aku sedap sangat mungkin? haha. Haritu aku nyanyi dalam kereta, dia tutup telinga, eleh, suka cakap suka.

Tetiba aku rasa sedih sangat bila nyanyi lagu tu. Sedihla.. Teringat zaman aku sebelum PMR dulu, sebelum naik tingkatan 3, waktu duduk dalam tudm. Memekak nyanyi lagu tu dengan May dengan Trah sambil tunggu bas. Waktu tu bulan puasa. Bila nyanyi lagu tu, rasa macam hilang segala penat dan dahaga, maklumlah, dengar suara sendiri yang merdu kan. May waktu tu over gila nyanyi bajet suara paling sedap, ceh. Nyanyi lagu tu ulang-ulang tak rasa bosan pun waktu tu, rasa bahagia semacam je bila budak-budak lain yang tunggu bas rasa annoyed.

Aku ingat lagi Trah tak boleh puasa, waktu jalan nak tunggu bas, dia singgah kedai, beli air coca cola letak dalam beg. Dia memang suka hati. Rindu la. Rindu nak solat terawih sama-sama. Rindu nak tolak May waktu dia tengah rukuk lantas gelak macam orang gila sehingga dijeling oleh makcik-makcik di sebelah. Pastu curi anak orang dalam toilet and tangkap gambar dengan budak tu. haha. tapi gamba tu dah hilang, sebab gamba tu ada dalam fon lama aku, fon tu dah hilang dengan ajaibnya waktu balik tusyen malam. Nak nangis la camni..


muka aku terpotong

muka may terpotong :p

muka aku dengan may dah tak terpotong, haha

muka hazizad pun tak terpotong, bhahaha

Dalam pendrive aku ada banyak gamba-gamba lama yang banyak kenangan, contoh macam ni :


ni waktu aku dengan may terus pergi rumah makcik sedara ainnur lepas habis sekolah. Dengan baju sukan nya, sampai tengah malam kut. Waktu form 1 kan balik sekolah dekat pukul 7 camtu. Sempat lagi parents ainnur bawak ktorang pegi shopping time ni, dahla lepas sukan dekat sekolah, semua pun bau wangi beb


ni waktu dengan may melantak lauk dekat dalam pinggan pengantin, dekat kampung trah. Demand, taknak makan lauk lain, nak jugak lauk pengantin, patutnya pegi la tolong nenek dia basuh pinggan ke apa, ish ish anak siapa ni duh

eh kenapa aku buat segment pasal memory-memory lama ni. Tadi bukan ke kita cakap pasal kenangan bulan puasa? Ish!

Masalahnya aku takde langsung gamba waktu pegi terawih dulu, wuu, rindu sangat <3
Bila boleh jumpa lagi weh. Aku memang tak boleh dengar lagu rafiq tu dah sekarang, sedih kot

Kalau aku jarang text korang, tu bukan maknanya aku dah sombong sekarang, sedih je aku dengar kalau orang cakap aku sombong, padahal takde orang cakap pun tetiba nak sedih

Adat la kan, bila dah 17 tahun, rindu dekat zaman 13 tahun, bila dah 22 tahun, rindu dekat zaman 17 tahun.. eleh, apa yang nak dirindunya pun? 17 tahun hanya penuh dengan kelas tambahan, tusyen, kepenatan, chemistry, exam -.- Cakap pasal exam, aku check result online haritu, speechless, taktahu nak gembira atau nak kecewa, kedudukan dalam kelas dengan dalam tingkatan naik mendadak, kedudukan dalam tingkatan naik, beza dalam tiga puluh lebih daripada sebelum ni, mendadak ke tak tu kiranya? Tapi kan, peratus aku tak meningkat weh, bukankah itu menakutkan?


p/s : aku harap ramadhan tahun ni best dan boleh jadi kenangan yang manis =)

Sunday, 1 July 2012

Hari Entrepreneur SMK TTDI Jaya

Assalamualaikum~


30 Jun semalam sekolah ktorang ada Hari Entrepreneur, tapi takde gamba pung, sebab sangat takde masa nak tangkap gamba sebab keadaan yang kelam kabut, tapi dalam camera Jwa ada la gamba, gamba hantu 5 Gamma, nanti aku upload, ngee

Rumah hantu ktorang start dari pagi, aku ingat sampai pukul 12 dah boleh rehat, tapi Syafiqah cakap pukul 1 baru rehat, tapi sebenarnya pukul 1.30 kut baru aku keluar rehat, bayangkan la betapa kelaparan dah kedahagaan, tapi nak buat macam mana, pelanggan didahulukan, pencapaian diutamakan *eh eh

Aku sakit lutut sebenarnya, dari malam sebelum entrepreneur lagi, aku rasa aku dah macam orang tua dah nak sakit-sakit lutut bagai, tapi lutut kiri je sakit, aku rasa sakit gila bila nak bersila, taktahu nape, sadisnyaa

Waktu rehat rumah hantu, aku kelam kabut cari Anis, kesian dia datang jauh-jauh nak kena tunggu aku lama, aku suruh dia masuk rumah hantu taknok. Lepas dah jumpa, aku main tarik je Anis pegi mana-mana gerai yang jual air, sampai dekat gerai si-budak-bespren-farah, dia promote air dia kat aku, "haaa, kalau beli air ni, failed matematik, kalau beli air tu pulak, failed tasawwur, haa, kalau beli air ni haa, lulus Bio!" cett, apa-apa jela aku haus gilaa~

Lepas tu aku beli ayam goreng BBQ, nom nom sedap, makan dengan Anis. Sebenarnya aku ternampak SV dating dengan boyfriend dia, terkejut sebenarnya, haha, sebab sebelum ni dia nampak macam bukan macam tu, dia macam lain, dia macam.. macam hmm, macam kau tahu lah kan, em macam, macam-macam lah! sebab hari tu aku nampak the other side of her. eh aku tak kisah pun

Waktu berfoya-foya dekat gerai, aku jumpa Hazizad! Last jumpa dia bila eh? Waktu ambik result PMR pun tak jumpa, kira dah lama laa. Dia nampak lain waktu form 5, ceh, tipu je. Dia nampak sama je aku rasa. Dia boleh pulak cakap "kau dah lupa aku eh?". Macam mana boleh lupa budak bising belakang aku waktu form 3, yang tanpa sedar tahu banyak rahsia aku *tanpa sedar aku selalu share rahsia dengan dia* yang selalu kutuk aku. Lepas fon aku hilang, aku tak minta pun nombor dia, maksudnya aku tak contact dengan budak-budak dulu, sebab apa eh? sebab waktu form 4 aku ada konflik jiwa sikit, so aku tak rasa nak contact dengan sesiapa time tu. Aku rasa dorang mesti ingat aku sombong, hmm. Dia cakap dia nak tunggu aku minta nombor dia. Aku nak minta nombor kau? Aku ni ada muka budak suka minta nombor tepon orang ke -..-

Lepas habis rehat, shift yang kedua best siket sebab aku jadi guider dekat pocong, best sebab banyak budak perempuan takut dekat part ni, tapi aku tak faham kenapa si pocong tu nak terkejutkan aku tak habis-habis, kau kenapa? Aku tak bayar 4 ringgit untuk ditakutkan lah wei, heiiii, nasib baik aku penyabar. Ada satu group ni masuk, jalan sambil tutup mata, aku kata "pegi kanan jangan pegi situuu" dia marah aku balik "kanan mana?!" sambil suara nak nangis. Hai, nasib baik aku penyabar. Ada orang ni, aku suruh dia jalan straight (maksud aku straight lepas belok kanan) tapi dia straight terus ke dinding, tak faham aku, aku rasa sedih, kalau kau rasa tu dinding, kenapa kau taknak belok? kenapa? kenapa? :'O Tapi part best yang dua orang budak perempuan terkejut dekat hantu sharma sampai terkebelakang and terjerlus terperosok dalam lubang meja, aku yang terkejut terus tolong tarik dia, aku bukan apa, bukan risau sangat dekat dia, aku risau dekat langsir tu haa, hampir tercabut kot

Tak sangka ada budak sampai pengsan lah, menangis lah, rempuh pintu nak keluar balik lah, aku sebenarnya sehari sebelum, dah test masuk rumah hantu ktorang dalam gelap, itupun aku dengan Jolina berpaut dekat Hidayah, cis, seram gak rumah hantu ktorang sebenarnya

Ada budak gangster waktu aku shift pagi, dia bukan main jerit "weii, jangan weii, aku gangster ni, aku gangster", ek eleh, tapi kat first sec dah terkejut, terjatuh tertonggek taknak bangun, ape kes weh ape kess.


Kesimpulannya, Jolina cakap untung rumah hantu ktorang lagi banyak dari form 6 punya ^^ Lepas dah setel, lepas yay yay semua, lepas berjam-jam diselubungi kegelapan, buka pintu dewan, bunyi angin tiup daun~sunyi~ semua orang dah balik, wah, meremang bulu roma tengok sekolah sunyi macam ni. Aku balik pun pukul 6.

Ni first time aku terlibat dalam rumah hantu segala bagai, tak pernah terfikir langsung sebelum ni yang uruskan rumah hantu sangat memenatkan, itu baru jadi guider macam aku dah penat, yang lain lagi lah kan.

Penat tapi seronok~ :D

5 Gamma fighting!