Thursday, 28 June 2012

Coret - Coret Khamis

Assalamualaikum :)

Hari ni aku ponteng tusyen.



 Aku baru balik sekolah pukul 6 tadi, tolong dorang set up rumah hantu. Actually aku tak penat pun gunting salotape tu tapi kaki aku sakit, sebab aku tak duduk sepanjang waktu. Dorang cakap aku nak potong tangan Faris, ele, cakap jela aku buat keje laju :p

 Sampai rumah aku terus solat pastu online, hehe, say NO to TIDUR

 Tusyen Bio minggu ni, ktorang 4 orang je ada. Aku, Jwa, Amir dengan Afiq. Belajar pun dalam bilik mini tu duduk rapat-rapat, the point is, sangat tak senonoh kalau aku tetidur time tu =.=

 Belajar pasal Reproduction and Growth, aku tahan je ngantuk waktu cikgu cerita pasal sperm berenang-renang and kite ni sebenarnya antara orang yang berjaya sebelum dilahirkan lagi, aku rasa nak sendawa and tut tut pun ada, badan aku banyak angin *eh patut ke aku cerita kat sini*. Nasib baik Jwa kat sebelah ketuk aku tetiba sambil bisik "hoi tidur ke?" walaupun bisik, jarak di antara orang depan sangat rapat so tak gaya bisik pung. Chapter ni dah best dah, cuma nya, aku penat, maka aku perlu tidur. Tapi, aku dapat tahu banyak benda pasal persenyawaan tu. Cikgu Aini pandai terangkan, siap bagi contoh pengalaman kawan-kawan dia, best best. Pengetahuan aku pasal ovary, menstrual dah improve sebab aku baca buku Tentang Gadis tu, tapi aku tak baca lak buku 'Tentang Lelaki' so taktahu secara mendalam tentang lelaki *eh mengada. Ada ke buku Tentang Lelaki, pfft*

 Yang bestnyaa, aku dah cuba urutan hilangkan ngantuk, yeaaahaa. Tak sia-sia aku cuba gaya dalam Star King tu. Malah sekarang aku lebih fleksible *eh eh

 Tahu tak, cerita Rooftop Prince suweet banget, gue mahu cowok kayak getu.

 Aku tak suka kena ignore. Duduk di situ sebelah manusia, tapi manusia tu tak cakap dengan aku, dia sembang je dengan orang sebelah dia. Kira macam aku ni invisible la. Sakit sebenarnya.

 Hari Enterpreneur sabtu ni, kelas aku buat rumah hantu, kalau aku kena pijak, jangan tanya kenapa ada orang tetiba kena lempang dalam gelap

 Mak aku cakap, baju kurung aku pilih colour suram betul, tak nampak macam anak gadis remaja.
Mama, jadi remaja tak perlu nak bergemerlapan sangat lah kan -..-

 The awkward moment bila aku tak sure aku hantu ke manusia waktu Shahmy cakap "weh hantu hantu semua, datang sini..." rupanya aku hantu.

 Baru sedar, sebenarnya kan, waktu perdana kemengantukan aku ialah waktu dalam lab. Tak kisah le lab Physic atau Biology.

 Aku taktahu kenapa. Taktahu kenapa. Aku kebelakangan ni asyik pasang lagu That Should Be Me banyak kali and repeat, tak rasa bosan. Aku bukan nye kipas susah mati Justin Bieber tapi aku suka lagu tu, bole?

 Kepada bestfriend saya, trah, kau sabar jela k? Aku sedia dengar kalau kau tak puas hati pasal kelas kau ke apa. Sabar je, tahun ni kan sekejap je nak habis dah, hehe, aku sentiasa ada untuk kau, insha Allah. Rindu duduk sebelah kau dalam kelas...

 Jolina tak habis-habis cakap dulu aku gemuk sebab dia guna telekung lama aku yang agak longgar :3 Takde maknanya aku gemuk. Anoreksia mungkin kut


note : gamba atas tu takde kena mengena. Gamba dekat Pusat Sains sebenarnya, mwehehe, tapi tak pernah pun publish sebarang gamba Pusat Sains kat blog ni.. Nak tergelak aku tengok tajuk aku "coret coret"



p/s : next entry aku nak cerita pasal silly jokes farah selalu buat kat tusyen Chemistry, nasib le, tiada maaf bagimu...


Saturday, 16 June 2012

Kosong

Assalamualaikum!

E E E ELECTRIC SHOCK~


Haritu kan haritu kan, aku dapat markah BM, dalam banyak-banyak subject, BM lew buat aku sentap sekali. Mengikut pengiraan aku, aku dapat B bila tambah paper 2 paper 1. Taktahu la kalau tetiba cikgu ada bagi markah tambahan, sebab siket lagi boleh dapat A- ...  :( Aku rasa frust betul dengan BM, paper 1 aku dapat bagus kut, 106 walaupun bukan highest okay. Tapi paper 2 aku dapat banyak pangkah, ape kes, kali ni cikgu tanda strict gila, takde dalam skema jawapan, cikgu pangkah terus walaupun jawapan tu relevan kut. Sedih aku sebab penat lelah aku menyumbang ayat berpuitis habis dekat paper 1 and dapat markah yang boleh tahan then dapat paper 2 terus jadi B.... Aku sakit hati sebenarnya dengan kejadian ini -..- Tak boleh diharap, disangka kau akan menyumbang A dalam BLPP ku, ternyata kau hanya pagar makan padi.


letak gamba ni bole?


Takpela. Memang buruk perangai sungguh merungut kat sini. Redha aja deh. Aku sekarang ni taktahu nak describe macam mana perasaan aku dapat result midterm ni, rasa macam kosong kosong ong ong ong~ wah sejak bila aku jadi katak

Tadi aku pergi Chemistry lambat, sebenarnya taknak pegi. cik-merah-campur-biru laa ni. Kiranya awak jadi driving force kite la tadi duk hanta mesej suruh kite pegi jugak :/



video ni wajib tengok, boleh menceriakan mood anda diluar sana, kini dengan sari kata bahasa ingriss






p/s : i tak sabaar nak tunggu ramadhan, deretan gerai delicious dekat depan genius pastinya aw yeah

gerai tu delicious HAHA



Friday, 8 June 2012

Running Man Wedding Race ~


Assalamualaikum~



yay, aku buat 2 posts hari ni. mwehehehahahihi

Aku baru habis tengok Running Man tadi, yang wedding race, yang ada Krystal, Hyuna, Suzy, Sung Yeon dengan Gyuri.

Okay, couple yang aku paling support of cos Krystal & Gary! Tetamu idol paling aku suka memang Krystal. Couple kedua aku suka, Hyuna & Jongkook, lepastu Suzy & Haha, SungYeon & Jaesuk, Jihyo & Seukjin dan Gyuri & Kwangsoo.

Aku memang nak gilaaa Krystal menang dengan Gary sebab dorang sweet sangat, aw. Pastu Krystal bukan macam perempuan jenis lemah lembut sangat, dia athlete yang bagus gila. Lepastu Gary pulak low profile je walaupun dia sebenarnya antara yang famous dalam running man's members. Aku memang duduk depan tv macam orang tengah tengok game bola sepak, menjerit tanpa peduli jiran tetangga. Sebab aku duduk rumah sorang sekarang :B

Sejuk tangan aku tunggu game Running Man ni habis, dan akhirnyaa Krystal & Gary menang sebab dorang dapat keistimewaan pantulan (aku tengok kat 393 malay subs. hee)




Episod kali ni, yang aku betul-betul suka pasangan Krystal-Gary dengan Hyuna-Jongkook je. Muka Hyuna flawless gila huyoo tapi aku kesian dekat dia sebab mengalami trauma jadi couple Jongkook, HAHA.




Gary banyak betul team dengan orang yang aku suka - Jessica, Yoona, BoA, Krystal :D





p/s : aku rasa berat Suzy bukan calang-calang beb, dia tinggi, walaupun tak gemuk tapi tak kurus (?)




Thursday, 7 June 2012

Ini entry forum.








mengada tak? #teamtukangsupport je ni




haa, tu semua peringkat zon punya dekat sekolah ktorang and team ktorang dapat naib johan, panel terbaik pun daripada team ktorang :)

Lepastu team ktorang lawan dekat SMK Seksyen 24. Itu nanti lah dekat part II. *eh sejak bila ber-part-part ni?*

Aku sebenarnya belum mahu buat entry pasal forum tapi nanti lama-lama bosan pulak, so aku letak gambars jela, tapi tak letak banyak HAHA ._. Sekarang ni sebenarnya aku patut print ULBS baru. Cuba teka kenapa aku nak buat ULBS baru padahal yang lama dah siap, cuba teka cuba teka. Aku tetiba pulak tukar fikiran *eceh* taknak buat tajuk merokok tu. Tapi tak type pun lagi pekehal -.- Aku asyik berfikir je ape benda tajuk ULBS yang patut aku buat, dalam kereta fikir, waktu mandi fikir, tapi tak dapat lagi, ciss

Haritu kan aku patutnya keluar dengan Anis and Jwa tapi aku tetidur sebab maybe alarm aku berhantu. Tapi bila time nak bangun pagi pergi tusyen, tak pernah pulak aku tak terdengar bunyi alarm tu! Sajew je :(






p/s : have you ever shipped something so hard that you started crying