Tuesday, 21 February 2012

Saya nak jadi lebih bersyukur

Assalamualaikum~

Harini sebenarnya mood aku tak baik, lepas waktu rehat tadi, aku turun tangga tanpa hirau sekeliling, kan ramai orang nak naik tangga lepas habis rehat, oleh kerana aku tengah mood lepas kena marah, aku main redah je, lantak lah kau yang menghalang jalan aku. Aku rasa macam nak jerit dekat muka sesiapa yang annoying. Macam-macam benda malang yang buat aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Aku buat ni tak kena, aku buat tu tak kena.




Aku tak salahkan kau nak tegur ke apa, tapi aku tahu la nak handle budak-budak tu, tu kawasan aku kot sebelum kau datang, aku makan garam dulu and aku buat pun ada sebab kan, aku cakap baik-baik, pastu kau balas sampai berdesing telinga aku pastu main blah je. Okay, aku tak boleh salahkan kau. Ni semua sebab aku hanya fikir chemistry tak siap time tu. Tapi kita sesama manusia, nak bagi teguran, bagi secara baik kan lebih berkesan..

Dalam kelas, aku tak boleh berhenti ungkit kekhilafan aku tu (cewah). Aku tak boleh nak redakan apa yang aku rasa, stress!

Tapi lepastu, aku dah tak rasa marah. Hmm. Mungkin sebab aku bukan orang yang senang rasa marah kot, apa yang jadi tu, biarlah, dah jadi, aku pun satu, pentingkan diri je. And harini banyak je benda yang buat mood aku baik.


Aku taktahu aku suka siapa, kenapa banyak sangat orang yang sweet dalam dunia ni?! Maknanya aku kena bersyukur lah kan?. Sebab aku dikelilingi orang yang baik, kawan-kawan yang baik, classmates yang baik, budakbukanclassmate yang baik,  tak dikelilingi budak-budak teruk. And ada cikgu yang best, mood tak baik rasa macam nak jerit kat muka orang pun boleh berubah.

"Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan
untuk mensyukuri nikmat-Mu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku
dan kepada kedua orang tuaku,
 dan untuk mengerjakan
amal soleh yang Engkau redhai,
 serta memasukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hamba Mu yang solleh
Kasihanilah kami wahai Yang
Maha Penyayang diantara para penyayang.
Amin"


P/s : harini kat tusyen aku tumpahkan coki-coki kat atas buku Bio, selekeh tul :( walaupun sikit je, tapi ada kesan minyak oh


Saturday, 18 February 2012

Tolong jangan terasa.

Assalamualaikum~

Harini penat + mengantuk gilaa walaupun sekarang pukul 4.15 petang. Aku pegi sekolah tadi. heh, sabtu pun pegi sekolah ok. Untuk tolong PRS jadi faci je. Lepas balik sekolah pukul 1 lebih, terus bertolak pegi ke Kedai Buku Tanjung sec9.



Aku sangat mengantuk, walaupun buat kerja yang memerlukan aku naik turun tangga, jalan sana sini, tapi aku rasa bila-bila masa je boleh tetido zzzz~

Malam tadi aku online tumblr, lepastu ada lah pulak anon buat aku takde mood.
Aku taktahu kenapa, aku tak suka la kalau ada orang tak kenal tetiba ckp "hai farhana!" atau "fanaaaa :> ", then bila aku tanya siapa, dia cakap "manusia leeer". Laa, memang la manusia, ada ke makhluk Allah yang lain yang boleh type msg. Aku sangat tak suka orang buat camni. Terutama bila dia hanta text dekat fon, atau tumblr, blog, apa-apa yang allow anon lah.

Macam kalau dia buat camni, biasanya aku akan hilang mood and garang tak pepasal, aku kalau orang gatal msg aku and cakap benda merepek, memang aku jadi kurang ajar la. Tapi macam mana kalau anon tu bestfriend aku and aku tadi tak sengaja pegi cakap benda tak patut dekat dia. Sebab tu lah aku tak suka kalau ada kawan aku yang main-main buat macam tu. Aku tak suka. Sebab benda anon ni kalau dorang dah mula merepek, apehal aku kena cakap baik-baik. Aku takut aku terkasar dengan kawan sendiri and dorang terasa --"

Btw, sekarang ni badan aku sakit lagi sebenarnya lepas training taekwondo semalam. And pertama kali dalam hidup aku buat sit-up dekat rumah  (>^.^)>

Haih, aku rasa aku dah 2 minggu tak cukup tidur. And kelas jadi bilik tidur no.2 aku. Aku mengantuk lagi ni, tapi tunggu papa masak spaghetti jap -.-

Okay la, nak makan dulu, bye~



p/s : Menyampah bila orang cakap hai, and bila tanya siapa, dia cakap, orang la, takan hantu. Lame



Friday, 3 February 2012

Top 10 cute Korean guys

Post ni tentang lelaki korea sahaja. So sesiapa yang takde minat apa-apa pasal korea, jangan nak tipu diri sendiri cakap gamba-gamba di bawah ni langsung tak handsome/comel. Terimalah kenyataan hidup ini memang tidak adil :3

#10 : Choi Jonghoon



#9 : Kevin Woo



#8 : Henry Lau




#7 : Lee Taemin





#6 : Jung Jinyoung




#5 : Kang Minhyuk





#4 : Nam Woohyun





#3 : Lee Donghae







#2 : Yoo Seungho








#1 : Lee Byunghun / L.Joe






p/s : Teen Top menang Music Bank lawan MBLAQ tadi, aku rasa macam nak menangis, nasib baik dorang menang sebab aku takut sangat, first time dorang bertanding dekat Music Bank and lawan MBLAQ pula, kalau dorang kalah, mungkin post ni tak sempat nak type, aku akan menangis dulu. ahak

Teen Top, chukahae ~~!

Wednesday, 1 February 2012

Tell me your wish

Kalau kau diberi satu permintaan yang boleh ditunaikan, kau nak apa?


Kalau aku, aku nak jadi lelaki. Kalau aku jadi lelaki, aku nak jaga hati semua perempuan dan tumbuk budak lelaki yang kurang ajar.





p/s : realizing that some people are just not worth your time.