Thursday, 29 December 2011

Ini bukan post "Ciri-ciri lelaki idaman saya"

Hai,

Sebenarnya sekarang ni aku ada kerja lain nak buat iaitu buat homework habiskan level Diamond Rush! hiayak! Aku main game ni tak kira masa terutama waktu tengah tusyen, uncle keluar kejap, main. Tengah iklan Tentang Dhia, main. Tengah bosan buat Addmaths, main. Apape jelah weh, aku tak nak dengar cerita mengarut kau ni. Sekarang aku tengah pilih nak tukarkan diamond dengan jacket colour apa. Ada aku kesah =.=

Okay, sekarang perenggan baru, kita kena serious sikit :|  Aku tengok dekat tumblr dan juga berdasarkan dunia realiti, para gadis lebih suka dan tertarik dekat bad boys. Benda ni dah lama dah, aku tahu aku tahu. Tapi apa yang buat aku tertarik nak buat entry ni sebab aku tak minat bad boys!! Sekarang aku dah sedar -.-

Kenapa mereka suka bad boys? Aku lebih suka lelaki yang sopan santun, lemah-lembut (ewah), menghormati orang tua / senior, suka membaca buku (apekah??), tidak mencarut waktu geram, bercakap dengan berhemah, tidak senang terpengaruh contohnya kawan kau hisap rokok pun kau nak try, poyos betui, boleh mati ke kalau orang panggil kau skema tak hisap rokok?!! (cam takde kena mengena.. err. tolong take note point 'tidak senang terpengaruh' sahaja)


Lee Seunggi adalah antara lelaki yang diidamkan abad ini! argh. Semua ciri-ciri dalam diri dia aku suka. Sopan santun, menghormati senior, pandai memasak, merendah diri. Bila attitude bagus, dia pakai baju apa pun, dia buat style rambut macam mana pun, nampak handsome, aku pun senang hati. (...)



Calon seterusnya.. Siapa lagi kalau bukan my Sparta, Kim Jongkook! weee~ Aku penah berangan yang aku pegi Korea pastu tunggu dekat set Running Man sambil pegang banner yang ada nama Kim Jongkook yang besar, kasi jelas siket. Okay, tipu je. Sekarang ni  kan, bila tengok Running Man, aku macam harap Yu Jaesuk yang menang (apekah??)



Adi Putra lagi handsome daripada Aaron Aziz :B
ni yang aku tulis kat facebook dan menyebabkan peminat tegar Aaron Aziz merajuk. Cis. Memang betul apa. Aku asyik kena kutuk je bila suka Adi Putra, eleh, biarlah. Mak aku pun tak suka (peminat tegar Aaron Aziz =.=). Takpelah, janji Adi Putra reti cakap Bahasa Malaysia. Kena mengena ke?




Monday, 19 December 2011

Impression

Sukanyaa ^^
Tak boleh berhenti sengih, ape pasal entah.
Handsomenyaa adik matluthfi ;)




sangat lambat aku mengetahui kewujudan dia ni, bagus gila dia cakap arab :'(

aku sukaaa dia sebab dia suka SoNyeoSiDaibaju !
hihihi :D



Wednesday, 14 December 2011

Give me wings so I can fly

Aku nak jadi anak yang tak risaukan ibu bapa mereka. Aku taknak jadi anak yang menyusahkan mereka. Aku taknak jadi anak yang banyak kerenah yang memeningkan kepala mereka. Aku juga nak sentiasa bersyukur hidup dengan mereka. Aku nak hargai mereka. Aku nak hargai papa. Aku sedih, kecewa dengan diri sendiri. Kalau dipilih untuk jaga perasaan, antara perasaan ibubapa dengan perasaan kita, mana yang patut didahulukan? Aku sentiasa nak jaga perasaan aku, tapi bila tiba situasinya, akan berakhir dengan aku jaga perasaan ibubapa. Tapi kenapa hati kita rasa tak best pun bila jaga hati ibubapa bila hati sendiri tak dijaga? ..


Aku seorang yang pentingkan diri tapi diri sendiri tak kuat untuk pentingkan diri sebab mesti akan pentingkan orang lain. Aku nak jaga perasaan sendiri pun tak mampu.


Aku rasa aku ada banyak tekanan mental sekarang, mungkin dah cukup kriteria untuk jadi penghuni tetap hospital bahagia. Kalau ditakdirkan umur aku panjang, aku nak buat segala-galanya untuk banggakan hati mama ngan papa. Aku sayang sangat sangat sangat kat dorang. Hanya mereka sahaja yang ada super power yang boleh buat aku menangis tapi memerlukan mereka membuat aksi sedih ataupun beremosi bengis.

Aku selalu menangis sebelum tidur walaupun tak kena marah, walaupun tak tengok cerita Korea yang heronya terbunuh, tapi aku selalu menangis sebab rasa bersalah. Teruknya aku, sebagai anak, apa je yang aku bagi. Aku ni macam tak guna. Tak guna punya aku.


Aku nak sentiasa hargai mereka.


Fighting~!


Sunday, 11 December 2011