Thursday, 29 December 2011

Ini bukan post "Ciri-ciri lelaki idaman saya"

Hai,

Sebenarnya sekarang ni aku ada kerja lain nak buat iaitu buat homework habiskan level Diamond Rush! hiayak! Aku main game ni tak kira masa terutama waktu tengah tusyen, uncle keluar kejap, main. Tengah iklan Tentang Dhia, main. Tengah bosan buat Addmaths, main. Apape jelah weh, aku tak nak dengar cerita mengarut kau ni. Sekarang aku tengah pilih nak tukarkan diamond dengan jacket colour apa. Ada aku kesah =.=

Okay, sekarang perenggan baru, kita kena serious sikit :|  Aku tengok dekat tumblr dan juga berdasarkan dunia realiti, para gadis lebih suka dan tertarik dekat bad boys. Benda ni dah lama dah, aku tahu aku tahu. Tapi apa yang buat aku tertarik nak buat entry ni sebab aku tak minat bad boys!! Sekarang aku dah sedar -.-

Kenapa mereka suka bad boys? Aku lebih suka lelaki yang sopan santun, lemah-lembut (ewah), menghormati orang tua / senior, suka membaca buku (apekah??), tidak mencarut waktu geram, bercakap dengan berhemah, tidak senang terpengaruh contohnya kawan kau hisap rokok pun kau nak try, poyos betui, boleh mati ke kalau orang panggil kau skema tak hisap rokok?!! (cam takde kena mengena.. err. tolong take note point 'tidak senang terpengaruh' sahaja)


Lee Seunggi adalah antara lelaki yang diidamkan abad ini! argh. Semua ciri-ciri dalam diri dia aku suka. Sopan santun, menghormati senior, pandai memasak, merendah diri. Bila attitude bagus, dia pakai baju apa pun, dia buat style rambut macam mana pun, nampak handsome, aku pun senang hati. (...)



Calon seterusnya.. Siapa lagi kalau bukan my Sparta, Kim Jongkook! weee~ Aku penah berangan yang aku pegi Korea pastu tunggu dekat set Running Man sambil pegang banner yang ada nama Kim Jongkook yang besar, kasi jelas siket. Okay, tipu je. Sekarang ni  kan, bila tengok Running Man, aku macam harap Yu Jaesuk yang menang (apekah??)



Adi Putra lagi handsome daripada Aaron Aziz :B
ni yang aku tulis kat facebook dan menyebabkan peminat tegar Aaron Aziz merajuk. Cis. Memang betul apa. Aku asyik kena kutuk je bila suka Adi Putra, eleh, biarlah. Mak aku pun tak suka (peminat tegar Aaron Aziz =.=). Takpelah, janji Adi Putra reti cakap Bahasa Malaysia. Kena mengena ke?




Monday, 19 December 2011

Impression

Sukanyaa ^^
Tak boleh berhenti sengih, ape pasal entah.
Handsomenyaa adik matluthfi ;)




sangat lambat aku mengetahui kewujudan dia ni, bagus gila dia cakap arab :'(

aku sukaaa dia sebab dia suka SoNyeoSiDaibaju !
hihihi :D



Wednesday, 14 December 2011

Give me wings so I can fly

Aku nak jadi anak yang tak risaukan ibu bapa mereka. Aku taknak jadi anak yang menyusahkan mereka. Aku taknak jadi anak yang banyak kerenah yang memeningkan kepala mereka. Aku juga nak sentiasa bersyukur hidup dengan mereka. Aku nak hargai mereka. Aku nak hargai papa. Aku sedih, kecewa dengan diri sendiri. Kalau dipilih untuk jaga perasaan, antara perasaan ibubapa dengan perasaan kita, mana yang patut didahulukan? Aku sentiasa nak jaga perasaan aku, tapi bila tiba situasinya, akan berakhir dengan aku jaga perasaan ibubapa. Tapi kenapa hati kita rasa tak best pun bila jaga hati ibubapa bila hati sendiri tak dijaga? ..


Aku seorang yang pentingkan diri tapi diri sendiri tak kuat untuk pentingkan diri sebab mesti akan pentingkan orang lain. Aku nak jaga perasaan sendiri pun tak mampu.


Aku rasa aku ada banyak tekanan mental sekarang, mungkin dah cukup kriteria untuk jadi penghuni tetap hospital bahagia. Kalau ditakdirkan umur aku panjang, aku nak buat segala-galanya untuk banggakan hati mama ngan papa. Aku sayang sangat sangat sangat kat dorang. Hanya mereka sahaja yang ada super power yang boleh buat aku menangis tapi memerlukan mereka membuat aksi sedih ataupun beremosi bengis.

Aku selalu menangis sebelum tidur walaupun tak kena marah, walaupun tak tengok cerita Korea yang heronya terbunuh, tapi aku selalu menangis sebab rasa bersalah. Teruknya aku, sebagai anak, apa je yang aku bagi. Aku ni macam tak guna. Tak guna punya aku.


Aku nak sentiasa hargai mereka.


Fighting~!


Sunday, 11 December 2011

Monday, 28 November 2011

When I Met You



There I was an empty piece of a shell
Just minding my own world
Without even knowing
What love and life were all about.


Then you came...
You brought me out of the shell
You gave the world to me
And before I knew
There I was so in love with you.

You gave me a reason for my being
And I love what I'm feeling

You gave me a meaning to my life
Yes, I've gone beyond existing
And it all began when I met you.



I love the touch of your hair
And when I look in your eyes
I just know, I know I'm on to something good
And I'm sure my love for you will endure
Your love will light up my world
And take all my cares away
With the aching part of me.



You gave me a reason for my being
And I love what I'm feeling
You gave me a meaning to my life
Yes, I've gone beyond existing
And it all began when I met you.


You taught me how to love
You showed me how tomorrow and today
My life is different from the yesterday
And you, you taught me how to love

And darling I will always cherish you
Today, tomorrow and forever...





P/s : rindu dekat suatu masa dulu..

Sunday, 27 November 2011

Warrior Baek Dongsoo - luahan emosi :'O




Aku memang tak boleh tahan kalau orang yang aku suka berdarah, memang aku yang meraung depan tv. Ah, mengapakah mesti berakhir begini. Walaupun ending dia penuh dengan harapan dan semangat baru, tapi apa guna? apa guna?! Un dah mati.. berdarah.. Sedih tau, nasib baik bukan Dongsoo yang bunuh secara sengaja. Un baling pedang dia dengan gaya superman terbang pastu terus terkena Dongsoo, benjol pale, ceh, tipu je. Terus tertikam, i memang tak puas hati.

Director dia sengaja cari gaduh dengan i lah kan, memang nasib baik dia dekat Korea, kalau tak memang i yang hunus pedang dekat dia! (ecececehh)

argh, tak puas hati! x100

Tahu tak kenapa aku tak dapat terima watak my lovely Seungho (Un) dimatikan?
Sebab dalam cerita tu, dia je handsome, dia je yang muda, dia je yang 18 tahun yang bajet macam dia dah besar sangat, dia je comel, dia je cool, dia je rambut lurus! Waaa, nak nanges lah ni :'(

And ada ke patut part last sekali, Dongsoo bergembira dengan pacar dia, ceh, Dongsoo, i dont believe you anymore! Not again! argh

Okay, memang aku overacting sungguh, memang lah orang jahat mesti kena bunuh untuk keselamatan putera (putera mata sepet) dengan orang awam, dah memang sebagai Dongsoo, kena jalankan tanggungjawab dia walaupun kat kawan baik dari kecil (yang handsome :'O ), tapi memang respect lah kan persahabatan dorang, sampai ke akhir, Dongsoo tak sanggup nak tikam kawan sendiri, Un pun tak sanggup pun nak bunuh Dongsoo padahal kalau dorang nak, sekelip mata 100 orang boleh tumbang lawan  satu. Cewah, hebat tak hebat?




Lepas episode last, aku tengok sebalik tabir, semuanya dekat 393. Walaupun Seungho sangat handsome, aku kena kawal diri depan tv. Kesabaran kena tinggi weh waktu tengok dia rambut pendek dekat sidang media. Episode sebalik tabir, semua part Seungho dorang sengaja je letak lagu I AM THE BEST by 2NE1, nak bagi effect comel maybe sebab pelakon-pelakon kat situ semua jeles dengan kekacakan dia :'D


ni waktu Un (Seungho) nak mati dah. Cenggini muka orang nak mati?!


Un waktu kecil dengan Un waktu besar, ahak, budak tu sebaya aku je wehh :'D


P/s : walaupun tak puas hati, baliklah ke dunia nyata. Pasni dia berlakon lagi, bukannya mati betul-betul, over punya minah. Besar tak gamba atas sekali tu? eheh. Saje nak bagi feeling lebih sikit :p

Saturday, 19 November 2011

Running Man kegemaran !

Entry ni sepatutnya aku tulis semalam (Jumaat) tapi takde masa pulak :D Semalam lepas habis tengok Running Man, macam biasa dia tunjuk la preview untuk next episode,


selaku peminat kipas-susah-mati drama Protect The Boss, hampir terguling aku jatuh sofa waktu tengok preview episode akan datang ni. Nasib baik aku tak hantukkan kepala kat dinding. Seronok tak ingat, tak boleh digambarkan dengan kata-kata wehh *menangis terharu*. Aku tak sabar gilaa tunggu Jumaat minggu depan! Nak tengok kat internet, leceh. Sebab dia bahagi 5 part kot selalunya dekat internet.






yang bestnyaa, No Eunseol satu group dengan Kim Jongkook !





si kachak minum air tu la pakwe i yang ke tiga belas, handsomenyaa dia *____*

Ah, taktau macam mana nak gambarkan perasaan ini, terlalu excited sampai nak terjun bangunan sekolah. eheh. Dalam preview tu, muka dorang bedua ni lain, berseri semacam, ahh, nak menangis ah ni. Kbye



p/s : tengah layan music video T-ara -Cry Cry. Sila check it out dekat Youtube sekarang! Gempak gila tak ingat video tu, dah macam filem aksi dah.

Sunday, 13 November 2011

Love me faster than the devil


Malam tadi, pukul 2:30 aku habis baca buku 5Tahun 5Bulan - Hlovate.

Bestnya :'D

Aku dah macam mereng siket malam-malam buta tu. Semangat habis sampai belum habis baca 5T5B, dah beli novel Hlovate yang lain semalam, Contengan Jalanan. Bersungguh-sungguh jadi sarkastik :'D

Tapi memang best and actually aku terfikir dia sebenarnya study dekat mana. Edinburgh ke Aberdeen ke? Oxford tak? *eh, kenapa aku menyebuk?*

Ahh~ teruja gilaa baca semua karya dia lepas baca Aa + Bb haritu, addicted weh :')

Tapi ada sesiapa tahu tak dia lelaki ke perempuan? Aku tanya orang ni dia kata lelaki. Tapi aku rasa macam perempuan. Aku tanya orang tu, dia kata taktahu, takde siapa tahu.

Hailaa, saje je nak buat aku debar-debar baca karya orang atas angin ni. Walaupun identiti dia dirahsiakan, tapi sebenarnya aku rasa dia perempuan. Tak kisahla orang nak ingat dia lelaki ke apa.

Semoga dia berjaya dalam hidup dan terus hasilkan banyak lagi buku =)



aku baru beli novel baru. Satu lagi bukan Hlovate punya.


P/s : betul ke Hlovate tu maksudnya Hate Love?



Wednesday, 9 November 2011

Monday, 7 November 2011

Charlie bit me :D



charlie bit me :) ouch, charlie! that really hurt :'(

comel gilaaa kan?

video ni famous sungguh sampai ramai orang buat remake,
gila -__-

Buat apa nak buat remake, macam korang baby lagi?!.

*ni memang video lama :) sesiapa yang dah tengok, jangan nak banyak bunyi, tengok jela lagi ^^

Thursday, 3 November 2011

Otak kata JANGAN hati pula kata YA

Sekarang aku dah dapat markah 5 subject exam aku. Lagi 5 tak dapat lagi. Salah satu subject yang aku dah dapat tu teruk sangat. Aku rasa sedih la juga tapi takan la aku nak menangis dalam kelas pula.


Aku tak boleh orang tanya result aku, biasanya aku yang tanya orang punya -.- bila dorang tanya aku punya, aku taknak btau, harap korang tak marah, tunggu aku dapat 100 baru aku heboh satu kampung tau! :B Kalau aku tak tanya markah korang, tu maknanya aku tengah sedih dengan markah aku dan tolong jangan tnya markah aku, boleh menitis air mata beb, aku sensitif bab bab ni.


Sebab tu aku tak cakap dengan sesiapa pun lepas dapat paper, aku terus balik tempat aku pastu focus dekat cikgu yang tengah ajar nak buat correction. Aku nak focus sebab markah aku macam setaraf dengan orang yang tak penah masuk kelas. Tapi sebenarnya aku tak focus pun sebab sebenarnya aku tetidur waktu focus tu. haih, aku harap takde sesiapa perasan. Agak nyenyak lah juga sebab bila aku bangun, aku terlepas 2 soalan pastu aku sambung focus balik =.= Tapi bukan salah aku, aku sedih sebenarnya, sedih sampi tertidur -.-


Aku bukan nak salahkan cikgu dengan uncle yang mengajar ke atau salahkan takdir ke, aku salahkan diri aku la sebab malas study. ish, aku bukan malas study cuma aku study subject feveret aku je >.<


Tahun depan aku SPM, aku harap inilah kali terakhir aku dapat markah yang layak kena humban dalan tong sampah. Aku bukannya takde kesedaran, aku selalu sedar yang aku kena study sekarang, tapi ...

otak : study sekarang!
hati : ye, tahu..
otak : oii, sekarang lah aku cakap.
hati : ee, kau ni bising laa
otak : bising tak bising, pegi study! hentikan tengok cerita korea tu! kau ingat Kim Jaejoong tu boleh tolong bagi jawapan untuk kau ke waktu exam nanti!
hati : kau ni diamlah, tak nampak kah betapa kacaknya dia?
otak : woi minah, kau kena study la sekarang! PEGI CEPATTT!!
hati : okay okay, aku nak study la ni. okay jap, lepas cerita ni habis :)
otak : %#$#!##$%!$#



moral of the story, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan :3

Wednesday, 2 November 2011

The end of final exam, having fun with dissection !

Exam dah habis. Yea~~ Lepas jawab Chemistry paper 3 tadi, lega sudah, Aku tknak fikir pasal result, apa yang aku dapat nanti, redha jela. Lepas rehat ktorang ada experiment Biology, aku akan bedah badan katak buat pertama kalinya! hihihi

ammar yang asyik cakap bosan, bosan-,-

ni time rehat ;D
Jwa :p




main main, hihi



ni nasi rohaizad, nampak sedap ke tidak?


ni air saya dengan sushi saya~


camera aku kena culik dengan ammar, pastu dia buat selca perasan,
kesian sebab pic gelap :p


dari kiri : nana, nadrah, adee, fathin. emma, jwa.


dalam lab, tu katak dan tu tangan izzan


ala, siannye dekat awk mr.froggy kena berhimpit.. nanti kita keluarkan awak tau!

Aku nak keluarkan katak dari balang ni, semua orang ambil katak relaks je, aku pun, tapi tetiba pula seram. Aku dah ada kat depan tu tapi tak ambil lagi katak. Takut tetiba. Pastu Jwa datang and akhirnya Izzan tolong letak katak untuk ktorang. fuhh, tak boleh harap sungguh aku~

ni katak ktorang, tangan dia terpesong ke depan, haih -,-

Then group ktorang kena letak jarum dekat katak ni, nanti dia sedar. Dia pengsan je tu. Tapi nak letak jarum pun ktorang taktahu and confuse, then Izzan yang buatkan dengan katak dia selamba je dia letak dekat sebelah katak ktorang. Macam patung mainan je katak tu.



tu katak dia, kecil je kan katak ktorang? tapi takpe, janji dapat buat experiment ni :)




tajam tak gunting tu? Berkilauan beb ;D


Yang pakai baju coklat tu saya ^^




pura-pura focus ---> me




perkenalkan, Dr. Najihah dan Dr. Tiara


Dr. Nadirah dan Dr. Jwa


mr.froggy : I see you ~






benda tu macam strawberry kan? suwett :)






Sekarang semua organ mr.froggy dah huru hara


group ktorang, jieha je takde .. 

Tudung ku dah macam apa sebab tak boleh pegang tudung sebab tknak sebab geli sebab dekat glove ada darah. tsk